TERENGGANU menghadirkan kekalahan ketiga buat Perak musim ini, apabila membelasah skuad kendalian Norizan Bakar 3-0 untuk kembali melonjak ke tangga kedua liga dengan 28 mata, satu melebihi Kelantan.
Gol Terengganu muncul pada minit ke-15 menerusi Abdul Hadi Yahya yang mendapat hantaran Ashaari Samsudin sebelum merembat kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Nasril Nourdin.
Pada babak kedua, tuan rumah memperoleh gol kedua menerusi Reeshafiq Alwi (m-68) yang mendapat umpanan cantik Abdul Hadi dan Joseph Kalang Tie menjadikan kedudukan 3-0 selepas bijak menyambar bola muntah dari dakapan Nasril pada minit ke-68.
Sementara itu pendahulu liga, Selangor kekal empat mata di depan Terengganu selepas menundukkan penghuni tangga tercorot, Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Sabah terlebih dulu menggegarkan jaring pelawat pada minit ke-10 hasil tandukan Rosdin Wasli selepas menerima hantaran cantik hasil sepakan bebas Hariri Mohd Safii.
Namun anak buah K Devan bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Bunyamin Umar pada minit ke-36 dan Selangor memperoleh gol kemenangan apabila Mohd Amri Yahyah menyempurnakan hantaran Safiq Rahim pada minit ke-65.
Perlawanan lain menyaksikan Kedah tewas 1-2 kepada Harimau Muda A di Alor Setar, manakala Johor FC mencatat kemenangan 2-1 ke atas T-Team di Pasir Gudang.
Aksi di Paroi pula menyaksikan Azraai Khor memperoleh kemenangan pertama sejak dilantik selaku ketua jurulatih Negeri selepas anak buahnya menewaskan Pahang 3-1.
Related posts
- Azraai Khor jurulatih baru Perak
- Perak buru John Carew
- Video Perak 1-0 ATM [Piala FA 2012]
- Video Lions XII 2-1 Perak [Liga Super 2012]
- Negeri Sembilan tanpa lapan tonggak
- Video Gol Michal Kubala [Perak vs Selangor] Liga Super 2012
- Kelantan kembali di puncak liga
- Video Perak 2-1 Kuala Lumpur [Liga Super 2012]
- Kelantan pasukan ketiga berjaya pertahan gelaran liga super
- Video: Lapan pasukan terbaik Piala Malaysia 2011
Main topics: Liga Super
Sub topics: Liga Malaysia, Liga Super 2011, Perak, Terengganu