SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh menegaskan Mat Zan Mat Aris masih kekal sebagai ketua jurulatih Skuad Penyu berdasarkan perjanjian yang dimeterai pada Januari lalu.
Abdullah berkata, PBSNT bersedia untuk berunding mengenai masa depan bekas jurulatih Pos Malaysia itu bersama Terengganu dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar.
Terdahulu, Mat Zan direhatkan oleh PBSNT selepas menyaksikan Terengganu tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas kepada Sime Darby menerusi agregat 2-1 pada 1 Mei lalu.
Namun, status Mat Zan mula menjadi tanda tanya apabila PBSNT bertindak melantik Peter James Butler sebagai pengendali baharu naib juara Liga Super musim lalu.
Sejurus pelantikan tersebut, ramai pihak yang mendakwa PBSNT dilihat tidak profesional apabila melantik Butler sebagai jurulatih baharu ketika Mat Zan diarah berehat.
Mengulas lebih lanjut, Abdullah mendedahkan jawatan Mat Zan masih kekal semenjak direhatkan sehingga 15 Mei lalu.
Jelasnya, PBSNT melantik Butler sebagai Pengarah Teknikal Kejurulatihan Terengganu dan PBSNT bersedia untuk menjelaskan situasi sebenar mengenai status Mat Zan.
“Mat Zan masih merupakan ketua jurulatih Terengganu berdasarkan kontraknya. Sementara Butler dilantik sebagai pengarah tektikal sahaja.
“Tidak dapat dinafikan timbul kekeliruan berhubung status Mat Zan tetapi PBSNT bersedia untuk menjelaskan situasi sebenar apabila mengadakan rundingan dalam tempoh terdekat.
“Saya ada menghubungi Mat Zan beberapa hari lalu dan beliau mengesahkan akan bertandang ke Terengganu bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
“Justeru, kami berharap pihak lain tidak memandang serong terhadap PBSNT yang mana kami akan menghormati kontrak beliau sehingga November depan,” katanya.
Sementara itu, Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, pihaknya berhasrat untuk mengekalkan khidmat Mat Zan dalam skuad Peteh pada musim ini.
Begitupun, Che Mat yang enggan mengulas lebih lanjut, mendedahkan beliau akan menghormati segala keputusan Mat Zan dalam satu perbincangan dalam masa terdekat.
“Sekiranya sebarang keputusan tidak tercapai dalam rundingan tersebut maka PSBNT akan mengikut apa yang sudah dipersetujui dalam kontrak antara PBSNT dengan Mat Zan.
“Kami akan meneliti perjanjian di dalam kontrak yang mana PBSNT masih berminat untuk mengekalkan khidmat Mat Zan.
“Terpulang kepada beliau untuk menentukan keputusan dan saya berharap perkara ini tidak perlu dibesarkan memandangkan Mat Zan masih merupakan ketua jurulatih Terengganu,” katanya.
Isu Mat Zan jelas tidak menunjukkan sikap profesional PBSNT.
Jika PBSNT tidak berminat dengan khidmat Mat Zan, persatuan tersebut seharusnya mengeluarkan surat pemecatan sebelum melantik pengendali baharu.
Dalam kes lain pula, Mat Zan dikatakan tidak mengemukakan sebarang surat peletakan jawatan kepada PBSNT ketika dia diarah berehat seketika.
Che Mat Jusoh sedia selesai isu Mat Zan di mahkamah
JUMPA di mahkamah nanti! Itulah saranan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Che Mat Jusoh selepas menemui jalan buntu mencari penyelesaian penamatan kontrak bekas ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris.
Che Mat yang juga pengurus pasukan berkata, khidmat peguam mungkin terpaksa digunakan selepas Mat Zan menolak pemberian bayaran pampasan berjumlah dua bulan gaji.
“Mengikut kontrak ditandatangani, pihak kami cuma perlu membayar satu bulan gaji kepada jurulatih andai kontraknya ditamatkan awal. Kami sudah menawarkan dua bulan gaji sebagai pampasan, namun Mat Zan tidak setuju dan meminta kami membayar semua gajinya hingga akhir tahun ini,” katanya.
Menurutnya, permintaan jurulatih berusia 54 tahun itu yang mengikat kontrak hingga akhir tahun depan tidak dapat ditunaikan walaupun persatuan mungkin sedia menimbangkan tambahan satu bulan gaji lagi.
“Kami diberitahu Mat Zan sedia melantik peguam bagi mencari jalan penyelesaian dan kami juga terpaksa mengambil tindakan sama dan menyerahkan kepada mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian.
“Kami sebenarnya ingin menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada pasukan dan kami harap Mat Zan juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Katanya, persatuan boleh mengekalkan Mat Zan yang sebelum ini mengemudi Pos Malaysia dalam Liga Perdana dengan memberinya tugas baru dalam pasukan kerana posisi ketua jurulatih sudah diisi bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler.
“Namun kami tidak mahu memalukan Mat Zan dengan memberinya tugas kelas bawahan kerana dia memiliki sijil kejurulatihan kelas tertinggi.
“Kami ingin berpisah dengan Mat Zan secara baik dan juga mahu dia kembali menjadi ketua jurulatih pasukan lain dalam masa terdekat,” katanya selepas sidang media pengumuman perlawanan persahabatan Terengganu menentang kelab Indonesia, PSM Makassar di Kuala Terengganu, 9 Jun ini. — Harian Metro
Related posts
- Kemelut jurulatih Terengganu selesai, Butler bimbing T-Team
- Ahmad Said kecewa prestasi buruk Terengganu, T-Team
- PBSNT naikkan harga pas bermusim 2013
- Video Terengganu 1-1 Felda United Liga Super 2013
- Senarai Pemain Terengganu Musim 2013
- Kejadian lampu limpah SSINS padam tak patut berlaku - MB
- Isu penamatan kontrak Mat Zan-PBSNT ke mahkamah?
- Terengganu didenda RM50,000, tidak boleh merayu
- Terengganu nafi cubaan pancing Forkey Doe
- Piala FA 2013: Misi getir 4 pasukan terbaik
Main topics: Liga Malaysia, Liga Super
Sub topics: Liga Malaysia, Liga Super 2012, Mat Zan Mat Aris, Mat Zan vs Che Mat Jusoh, Mat Zan vs PBSNT, PBSNT, Terengganu
Hahaha…che mat…che mat!!! Buat kerja x pernah professional!!!! Berat 66!!!
Orang mintok turun xboh,sombong kemain..cam same je dengan kes FAM sampai sekarang berat batu nak tinggal takhta..cube teka sape?
bincanglah dgn hati terbuka..ada penyelesaiannya
Br dngar guruh brdentum dilangit, air tmpayan dh dibuang… dh rsa salah percaturan tarik balik cakap, nk buat 2 kna pk la, ikut undang2 biar btul…..siap cakap ‘see u in the court’ kt Mt Zan!!! Alih2 PJB jd pengarah teknikal dlu sblum Mt Zan tmat kontrak. Ape barang?????
Gila Kuasa…