Ahmad Said kecewa prestasi buruk Terengganu, T-Team
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa dengan prestasi buruk skuad Terengganu dan T-Team yang masing-masing kini berada di tangga ketiga dan kedua tercorot Liga Super selepas empat perlawanan.
Sehubungan itu, beliau mahu kedua-dua pasukan membaiki segera kelemahan mereka.
“Saya harap pihak pengurusan dan juga jurulatih dua pasukan ini dapat meningkatkan prestasi mereka dan membaiki kelemahan yang ada.
“Saya agak terkilan dengan apa yang berlaku. Nampaknya kedua-duanya (pasukan Terengganu dan T Team) teruk setakat ini,” katanya ketika ditemui di majlis Hari Keluarga Kelab Warga Darul Iman (KWDI) di sini, semalam.
Ahmad berkata, beliau akan melihat perkembangan seterusnya sejauh mana dua pasukan ini mampu menunjukkan perubahan dan akan melakukan sesuatu kerana tidak mahu keadaan menjadi semakin buruk.
“Saya akan tengok sama ada akan panggil semua pihak yang terbabit dengan pengurusan untuk membincangkan prestasi kedua-dua pasukan itu,” katanya.
Di Singapura, skuad Penyu tewas kepada Lions XII 1-2 pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Terengganu yang terlebih dahulu mencipta jaringan pada minit ke-33 selepas bola sepakan percuma Vincent Bikana tepat kepada Effa Owona yang menggunakan ketinggiannya menanduk kemas biarpun dicabar Baihakki Khaizan yang menewaskan penjaga gol, Izwan Mahbud.
Pada babak kedua tuan rumah mencipta gol penyamaan pada minit ke-66 hasil jaringan pemain pertahanan, Safuwan Baharuddin.
Serangan bertali arus tuan rumah membuahkan hasil pada minit ke-78 selepas bola sepakan lintang Shahfiq tepat kepada pemain gantian, Syafiq Zainal untuk menanduk kemas bola menewaskan Wan Muhd Azraei sekali gus memastikan kemenangan berharga buat Lions XII.
January 22, 2013 - 1:28 pm
SABO LAH GU WEH ….GAME BANYOK LAGI ,BOLEH BAIKI LAGI…
January 22, 2013 - 9:42 pm
Nak wat camna warga tranung pon kecewa dpt MB yang berwajah buruk
January 23, 2013 - 8:09 am
wajah buruk takpa asal hati baik beb…