Isu penamatan kontrak Mat Zan-PBSNT ke mahkamah?
Mat Zan Mat Aris ketika bersama Datuk Che Mat Jusoh
Datuk Che Mat Jusoh rela selesai kes di mahkamah selepas Mat Zan tolak pampasan dua bulan gaji
JUMPA di mahkamah nanti! Itulah saranan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Che Mat Jusoh selepas menemui jalan buntu mencari penyelesaian penamatan kontrak bekas ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris.
Che Mat yang juga pengurus pasukan berkata, khidmat peguam mungkin terpaksa digunakan selepas Mat Zan menolak pemberian bayaran pampasan berjumlah dua bulan gaji.
“Mengikut kontrak ditandatangani, pihak kami cuma perlu membayar satu bulan gaji kepada jurulatih andai kontraknya ditamatkan awal. Kami sudah menawarkan dua bulan gaji sebagai pampasan, namun Mat Zan tidak setuju dan meminta kami membayar semua gajinya hingga akhir tahun ini,” katanya.
Menurutnya, permintaan jurulatih berusia 54 tahun itu yang mengikat kontrak hingga akhir tahun depan tidak dapat ditunaikan walaupun persatuan mungkin sedia menimbangkan tambahan satu bulan gaji lagi.
“Kami diberitahu Mat Zan sedia melantik peguam bagi mencari jalan penyelesaian dan kami juga terpaksa mengambil tindakan sama dan menyerahkan kepada mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian.
“Kami sebenarnya ingin menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada pasukan dan kami harap Mat Zan juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Katanya, persatuan boleh mengekalkan Mat Zan yang sebelum ini mengemudi Pos Malaysia dalam Liga Perdana dengan memberinya tugas baru dalam pasukan kerana posisi ketua jurulatih sudah diisi bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler.
“Namun kami tidak mahu memalukan Mat Zan dengan memberinya tugas kelas bawahan kerana dia memiliki sijil kejurulatihan kelas tertinggi.
“Kami ingin berpisah dengan Mat Zan secara baik dan juga mahu dia kembali menjadi ketua jurulatih pasukan lain dalam masa terdekat,” katanya selepas sidang media pengumuman perlawanan persahabatan Terengganu menentang kelab Indonesia, PSM Makassar di Kuala Terengganu, 9 Jun ini.
Katanya, perlawanan persahabatan itu termasuk dalam Siri Nusantara antara Malaysia dan Indonesia yang dianjurkan Broadway Media.
“Kami anggap perlawanan ini penting kerana perlu membuat persediaan untuk bertemu T-Team apabila Liga Super bermula kembali 15 Jun,” katanya. — HMetro
Jodoh Mat Zan dengan Penyu diketahui hari ini
MASA depan bekas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris bakal terjawab hari ini.
Mat Zan dijangka akan menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung statusnya selaku jurulatih skuad Penyu.
Terdahulu, bekas jurulatih Pos Malaysia itu menegaskan bahawa beliau masih lagi jurulatih pasukan Terengganu kerana memiliki baki kontrak sehingga November tahun depan.
Mat Zan mendedahkan mengenai perkara tersebut selepas Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu Kosmo! pada 8 Mei lalu bahawa ketua jurulatih skuad Penyu itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
Begitupun, Mat Zan mengesahkan mengenai perbincangan tersebut tetapi pada masa yang sama menegaskan, beliau masih lagi jurulatih Terengganu berdasarkan kontraknya dengan juara Piala FA musim lalu itu.
Mat Zan yang pernah membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia pada tahun 2001 terpaksa direhatkan selama dua minggu oleh PBSNT bermula 1 Mei lalu.
PBSNT bertindak demikian selepas menyaksikan skuad Penyu gagal untuk memperta- hankan Piala FA musim ini setelah tewas kepada Sime Darby dengan agregat 1-2 pada aksi separuh akhir.
Sejurus kekalahan tersebut, Mat Zan digantikan oleh penolongnya, Mohd. Khalid Dahan yang dilantik sebagai pengendali sementara dan dibantu oleh bekas penjaga gol Terengganu, Zuber Ibrahim.
Namun, lebih menimbulkan kontroversi, PBSNT melantik Peter Butler yang menamatkan kontraknya dengan kelab Indonesia, Persiba Balikpapan sebagai pengganti Mat Zan dalam tempoh beliau direhatkan.
Tindakan PBSNT dilihat seperti tidak menghormati kontrak asal Mat Zan apabila bertindak melantik pengendali baharu, Butler sebagai pengganti.
Situasi yang menimpa Mat Zan dan PBSNT ini dilihat cukup kompleks, namun PB- SNT harus bertindak profesional dengan mematuhi kontrak yang ditawarkan kepada Mat Zan pada awal Januari lalu.
Justeru, setiap persatuan negeri dan kelab harus bertindak dengan lebih profesio- nal yang mana mereka berhak untuk menentukan khidmat jurulatih tersebut sama ada kekal atau sebaliknya.
Berdasarkan rekod Mat Zan sepanjang empat bulan mengemudi Terengganu, beliau berjaya membawa pasukan gergasi Pantai Timur itu mara ke separuh akhir Piala FA dan pusingan kedua Piala AFC. — Kosmo
May 31, 2012 - 9:11 am
Bagaimana kalau PJB pula tak berjaya dalam 3 atau 4 perlawanan?. Nak pecat lagi ke?….naik mahkamah lagi.
Bila nak fokus pada Bola? asyik naik turun mahkamah saja.
May 31, 2012 - 9:41 am
orang politik kerja dia naik mahkamah turun mahkamah pahhh cerohhhh
May 31, 2012 - 9:15 pm
che mat mu balik kampong mok bapok mung di gong kepas dalam lah toksoh dok caro ko bola ..mung tu sajo nok ko namo jah…main bola tok reti sikit rabuk pong..gilo pitih…baso bengong
June 1, 2012 - 9:58 am
kegagalan bukan sebab mat zan sekor, seme kena tanggong jawab. Bayar lah pampasan mat zan , dah lah pecat dia . Zalim kalu x baya
June 3, 2012 - 1:00 am
mak jermah heranla kat Malaysia ni jer ade term “Direhatkan” walhal sebenarnya dipecat dalam diam. Kan bagus be direct. Head coach plak kene la ade win-win situation dalam contract in case nak ditamatkan,ada klausa jumlah pampasan yang akan diterima.
Come on la semua FAs di Malaysia,be professional in works,not just rethorik semata
June 9, 2012 - 3:59 pm
bodoh la… yang sebelom ni terengganu dok menang2 tu sbb matzan kan??? bile da kalah nk pecat jurulatih.. bodoh bangang la wei… masalah skang terengganu amik JPT pon xmnjadi jgk kan???? bodoh.. spatotnyer ko kene tgok prestasi terengganu dulu.. kite tgok jap g r.. lpas JPT pgang tgganu menang hebat tak?? kite tgok yerr..
dari : penyokong kelantan