Kejadian lampu limpah SSINS padam tak patut berlaku - MB

Datuk Seri Ahmad SaidKEJADIAN lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu terpadam kira-kira setengah jam ketika aksi Liga Super antara Terengganu menentang Kedah malam kelmarin tidak sepatutnya berlaku.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kejadian itu amat memalukan kerana ia membantutkan perlawanan yang sedang berlangsung.

“Kejadian lampu terpadam ketika perlawanan berlangsung amat memalukan dan saya amat tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

“Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) atau pihak-pihak yang berkenaan memaklumkan masalah sebenar kepada kita (kerajaan negeri) supaya kita boleh mengatasinya,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kuala Terengganu semalam.

Ahmad berkata, sehingga kini pihak yang bertanggungjawab terhadap stadium itu langsung tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah lampu limpah di stadium itu yang berlarutan sejak sekian lama.

“Kalau kita tahu apa masalah sebenarnya, boleh kita cari jalan menanganinya. Kalau FAM tetapkan limpahan cahaya lampu 800 lux, kita pasang 900 lux, kalau mahu ikut peringkat antarabangsa iaitu 1,200 lux, kita pasang 1,300 lux walaupun ia menelan belanja sehingga RM3 juta.

“Tapi kalau ia perlu pasang tiang dan kabel baru memerlukan RM3 juta, sedangkan kabel yang sedia ada kita sudah belanja RM1 juta. Kalau buat baru membazirlah. Susah-susah kita main siang saja,” katanya.

Pada aksi kelmarin yang menyaksikan Terengganu dan Kedah terikat seri 1-1, stadium bergelap selama setengah jam sebaik separuh masa kedua bermula disebabkan kerosakan teknikal yang menyebabkan keempat-empat lampu limpah terpadam serentak.

Sebelum ini, FAM yang telah melakukan pemeriksaan di stadium itu mendapati perlawanan tidak sesuai diadakan pada waktu malam disebabkan bacaan pencahayaan di kesemua lampu sekadar mencatat bacaan 500 lux berbanding 800 lux jumlah maksimum yang ditetapkan.

Keadaan itu menjejaskan rentak permainan, sekali gus menaikkan kemarahan kira-kira 8,000 penonton. Perlawanan juga ditamatkan lewat berbanding perlawanan yang berlangsung di tempat lain. -BERNAMA

Lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terpadam

Related Posts

4 Responses to Kejadian lampu limpah SSINS padam tak patut berlaku - MB

  1. ye lah babi..dah duit peruntukan stadium ko dah guna buat renovate rumah ko anjing..!

  2. apela..cane lah ley pdm lak.
    ni kes xbyr bil elektrik la tuh..haha..
    miskin ke ape..:P

  3. ha ape lg saman la! hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>