Lebih baik kalah persahabatan daripada tewas perlawanan sebenar
Thailand 2-0 Malaysia | Friendly
KEKALAHAN skuad Harimau Malaya 2-0 di tangan Thailand pada perlawanan persahabatan di Bangkok semalam perlu dilihat secara positif kerana ia dapat memberi gambaran sebenar keupayaan skuad itu pada Kejohanan Piala AFF Suzuki pada 25 November ini.
Ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal, berkata anak buahnya tidak berasa panik dan tertekan dengan kekalahan berkenaan, malah yakin skuad Harimau Malaya akan menampilkan persembahan yang lebih baik apabila kejohanan peringkat kumpulan bermula di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
“Jika kita melepasi peringkat kumpulan, ada kemungkinan kita bertemu Thailand di peringkat separuh akhir.
“Sekiranya kita tidak mengadakan perlawanan persahabatan ini, sudah pasti saya dan juga pemain tidak mengetahui corak permainan pasukan Thailand.
“Lebih baik kita kalah di sana (Thailand) berbanding kita kalah di laman sendiri semasa AFF Suzuki nanti,” katanya kepada pemberita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Thailand hari ini.
Semalam, pasukan negara tewas 0-2 kepada pasukan bimbingan Winfried Schafer menerusi gol hasil jaringan Prayat Bunya pada minit ke-26 dan Artit Suthornphit minit ke-81.
Ia kekalahan kedua berturut-turut pasukan negara dalam tempoh kurang seminggu selepas tunduk 0-1 kepada Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu.
“Dahulu masa perlawanan pertama kita tewas 5-1 kepada tuan rumah Indonesia tetapi lihatlah outputnya yang mana kita berjaya membawa pulang piala.
“Saya kenal pemain saya dan yakin mereka akan mempamerkan aksi lebih baik apabila bermain di laman sendiri nanti,” katanya.
Dalam pada itu, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yakin walaupun kalah semalam, pasukan negara akan bermain lebih baik semasa perlawanan pembukaan nanti.
Malaysia, disenaraikan dalam Kumpulan B bersama Singapura, Indonesia dan Laos manakala Kumpulan A terdiri daripada Thailand, Vietnam, Filipina dan Myanmar.
Perlawanan Kumpulan B akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala Kumpulan A akan diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir.
Malaysia akan memulakan kempen mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lalu dengan menentang Singapura pada 25 November ini, diikuti Laos (27 November) dan Indonesia pada 1 Disember.
- BERNAMA
November 9, 2012 - 12:02 am
hahaha.”sya knl pemain sy”.thailand turunkn 2nd sequad dia je,rasanya klu nti team malaysia ke separuh akhir n jumpa thai..gamaknya thai kenduri gol kot..star player thai msti turun main semua..bungkus lah nti team king gopal.spttnya king gpol da xblh turunkan team eksperiman da.AFF pn da dkt.so dia ptt turunkan bygn player yg akn main 1st eleven AFF nti.team malaysia main semalam sama jer cm team bdk2 sekolah..xde tektik lnsg.pandai sepak jer bola 2.control ball hancur,passing lk entah kemana..xde tujuan..
November 9, 2012 - 6:36 am
K . RAJABEBAL !
Pingback: » Tengku Abdullah titah Rajagobal henti eksperimen pemain | Sokernet