PERTEMBUNGAN dua pasukan finalis Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan menentang Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini memberikan signifikan berbeza buat kedua-dua pengendali pasukan.

Bertandang ke gelanggang lawan bukanlah satu tugas yang mudah buat barisan bimbingan Datuk M Karathu untuk menjinakkan tuan rumah biarpun Skuad Jang dimalukan Sabah 0-2 sebelum ini.

Selain berusaha mendapatkan tiga mata, The Red Warriors pastinya mahu meneruskan rentak kemenangan dalam usaha mengukuhkan cengkaman di puncak liga.

Karathu mengakui pertembungan dengan Negeri Sembilan bukan sesuatu yang mudah.

“Bermain di tempat lawan, kita kena pamer satu semangat yang tinggi, mereka pasti akan turun bermati-matian selepas kecundang dengan Sabah tempoh hari. Menewaskan Kelantan adalah impian setiap pasukan, jadi kita tidak boleh ambil mudah dalam perlawanan malam esok (hari ini).

“Apa yang penting, kita kena kekalkan momentum kemenangan, menang di tempat lawan adalah satu motivasi yang baik buat Kelantan.

“Beraksi di tempat lawan kita baru menang sekali, itupun ketika menewaskan Johor FC, saya harap kita boleh menang. Menang dengan Negeri Sembilan adalah tonik baik buat kita sebelum bertemu Selangor dalam Piala FA,” katanya.

Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah yang meratapi kekalahan mengejut 2-0 kepada Sabah enggan kecewa lagi, sementara Kelantan ingin mengukuhkan kedudukan memburu kejuaraan liga buat kali pertama.




coded by nessus

Main topics: Liga Super

Sub topics: , , ,


Readers Comments (0)