Norshahrul rayu isu perpindahan selesai sebelum Piala AFF

Norshahrul Idlan Talaha

PENYERANG sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha merayu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) segera memberi kebenaran kepada dirinya untuk berubah angin pada musim depan.

Pemain berusia 26 tahun itu berharap KAFA memahami keputusannya kerana sebelum ini sudah memberikan surat menyatakan sebab untuk berhijrah.

“Saya harap mereka (KAFA) faham, saya bukan boleh bermain dengan pasukan lain apabila sudah berusia 40 tahun. Bukan masalah gaji menjadi persoalan namun beberapa sebab lain seperti soal keluarga,” katanya selepas tiba bersama skuad negara, semalam.

Tambahnya, kemelut terbabit diharap mampu diselesaikan sebelum bermulanya saingan Piala AFF agar tidak mengganggu tumpuan dan fokusnya membantu skuad negara mempertahankan kejuaraan Piala AFF yang bermula 24 November itu.

Mengenai kenyataan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan imbuhan dijanjikan hanya untuk pemain setia saja, Norshahrul berkata: “Sebagai presiden, beliau boleh menilainya, itu hak beliau,” katanya yang membantu Kelantan menjulang tiga piala musim ini, termasuk Piala Malaysia bulan lalu.

Sementara itu mengenai persiapan skuad negara, Norshahrul menjelaskan dua kekalahan (kepada Vietnam dan Thailand) menjejaskan sedikit moral pemain negara namun berharap ia dapat dipulihkan menjelang aksi persahabatan menentang Hong Kong, Rabu ini.

“Saya belum mencapai prestasi terbaik. Dalam tempoh singkat ini, saya harap dapat meningkatkannya terutamanya sentuhan penyudah,” katanya yang bergandingan bersama Mohd Safee Sali di jentera serangan.

Pemain kelahiran Terengganu itu mengaku gandingannya bersama Safee tidak mempunyai masalah cuma penyudah saja belum menjadi.

“Kami hanya menunggu masa untuk ‘gempur’ dalam Piala AFF,” katanya.

Related Posts

32 Responses to Norshahrul rayu isu perpindahan selesai sebelum Piala AFF

  1. bagi je la pegi kesian aku tengok jangan nagis keno tampor dah la

  2. kesian pada mat yo,tapi takpa sebab KAFA dah hampir nak lepas kan mu,tggu saja la mat yo..

    PBNJ punya pasal la ni,kecoh saja..

  3. meme pun…. TSAM dah bagi lampu hijau dah tu…tp bonus tak dapat ye mat yo…ribu2 jugak tu…bye bye

  4. peminat semua faham kalo Matyo nk pindah, cari duit & pengalaman…tp yg masalah nya sekarang kontrak Matyo masih ada…rasa KAFA akan lepaskan secepat mungkin kalo PBNJ wat tebus kontrak yg xmerugikan KAFA..Matyo jgn byk sgt bg media statement..nti memakan diri.. :-)

  5. Atas sbb keluarga? Aku xcaya. Kalau matyo kata atas sbb tamak dn xbersyukur aku caya. Bukan kebulur pn main ngan kelantan. Dok kelantan pn gaji dh banyak, cuma gaya hidup tu mnntukan cukup ke tak cukup. Aku rasa KAFA brsedia lpskn matyo skiranya Johor byr brpatutan dn ikut prosedur. Adat org brjual beli lah. Org mnjual berhak sepenuhnya brapa harga dia nak jual. Kalau yg nak mmbeli xsetuju, cari la org lain. Ini belum apa2 lg dh kecoh, KAFA mintak sejuta la, harga tak patut la. Kata banyak duit, apsal kecoh lak. Walau pn kau anak sultan sekali pn, kau kena ikut dn hormat muamalat jual beli bai. Ini main redah je. Aku setuju ngan TSAM, kita buat apa yg patut asalkan hak kita trjaga. KAFA berhak ke atas matyo kerana ada kontrak. Kalau KAFA tak setuju ngn terms and conditions dp TMJ dn PBNJ, korang angkat kaki boleh blah. Kalau nak sgt matyo tu, ikut adab dn cara jual beli. Sekian.

  6. yg ko heboh dlm media mcm org bodoh tu kenape? guna saluran yg betul la aaa… nak gaji 80k tp bodoh…. buat org makin meluat….

  7. kalau ko anak raja sekali pun hormati peraturan syarat pasukan lain sbb yg ko nak tu pemain ada kontrak berbaki setahun lagi ko faham tak fazura!!!!!!!!!!!!!!!!

  8. kenapa tekan kafa aje persatuan johor pon kena tekan jugak. tak kan nak beli brg baik tapi bayar murah

    • Jawapannya mudah je. Sebab yang kena tekan tu KELANTAN, yang menekan tu BUKAN KELANTAN. Cuba kalau situasi terbalik, pasti berbeza layanan FAM dan media. FAM takut nak tekan johor sbb ada penglibatan anak sultan kat situ. FAM dan media memang racist!!!

    • dah anak tiri kena korban . tak sabar aku nak tengok ada orang mengamuk sebab team main tak best

  9. Mat Yo.. betul ke ini luahan Mat YO atau media buat.. sendiri.. Kalau idea media sendiri buat memang tak patut..Kalau artikel luahan Mat Yo biarlah dilepaskan keluar dari kelantan..Kerana nampak jelas takbur tak perlu atau sesuai dibuat kawan.. nanti kita keseorangan juga.. Dah dpt apa dia nak itulah gayanya membalas budi.. Tk Mat Yo ..
    hrp tak perlulah blk kelate lg.. SPatutnya buatlah mcm Farham dgn Indra tak kecoh kat media .nak gi T-team lps tu blk juga. jadi peminat TRW tak tersinggung mcm mat yo..
    Pergilah Mat Yo.. dgn ingkar kontrak dan cemuhan peminat setia.. sampaikan kawe sudah hambar Bila sebut nama MAT YO….gow ..ay

  10. sungguh ko johor nak beli tu ?bimbang nya wat lolok jah.. malu wei.. kafa nak lepas dah.. hak lek sana tu nampak mcm x sungguh jah.. perasan tu controllah sikit ( baik kena timpa balak dari timpa ko perasaan )haru mu mat yo..

  11. kau ni mat yo umpama seorang prmpuan yg msih bergelar ‘ bini orang’.bile ade laki lain yg jnjikn lbh kemewahan dr suami kau skrg,snggup kau mnta cerai dr seorang suami yg tlh mnjaga n melayan kau dgn smpurna.yg si lelaki tu,dgn angkuh snggup byr utk tebus talak.tp bile suami kau ltk hrga tnggi utk brcerai,lelaki tu plk brdiam diri dan menyerahkan segala urusan penceraian pd kau.skrg rmhtngga kau dh retak.suami kau skrg ni dh tawar hati trmasuklh saudara maranya.semua org dh mula benci pd kau.dlu sblm kau khwin,kau ni hodoh.tp lps khwin suami kau bt kau jd cantik.guna make up mhal la,cucuk botox la.bile dh jd cntik mula lupe diri nk khwin dgn lelaki lain.itulh sifat2 pnderhaka.

  12. matyo patut hormati kontrak..habis kontrak next year ,baru baleh bincang..!! jgn fikir psal offer lumayan jadi kelabu mata..ingat lah sikit jasa TRW dan TSAM..dari seorang pemain yg tidak dikenali..digilap oleh TRW.Ramai pemain yg bermain dgn TRW jadi famous dan naik harga,cth Azamuddin Akil(pinjaman Pahang).Awe( johor fc)..sampaikan Afiq Azmi(pinjaman KL) pun famous bila main dgn TRW afiq skrg naik tagan laku dan main dgn selangor..hoktu lah bisonya TRW..!!

  13. sepatutnya matyo rayu kat johor utk cepat2 bayar ke klatan..sebab kelantan dah sanggup lepas dia….ni dah terbalik…

    • SERABUUUUUUUUUUUUUTTTTT WEIIIII…. CERITO MAT YO -YO NI…MAIN BOLA CERDIK,BIJOK ..TP DALE BAB NAK PINDOH NI BODO KETOKK…(kalu buleh okkkk setaong lagi bereh..abih doh kontrakk..ni masih bini ore dok gilo ko jate lain..kalu tok laki tok serr cerai guano gamokkkk…mung jugok rugi..baso bodo.

  14. Sepatutnyer matyo berdiam diri tnpa mbri apa2 statement pd press agar pihak KAFA dan TSAM dpt selesaikn isu ni secpt mungkin tp mkin menjd2 lak si matyo…mcm kacang lupakn kulit pun ader!!! Sedarlah matyo..kemewahan bukan segalanyer!!! Btol ko kater nak ubah angin sal umur bkn muda lg…tp ko patut sdar yg ko still ader kontrak ngan TRW!!! No more question about that…abiskn dlu kontrak ko,then klu nak blah,blah jlah!!!! Mcm azuan roya..KAFA xmarah sal mmg die xnak sign kontrak lanjutan ngan KAFA,so KAFA pun xleh wat aper!!! Klu main ngan TRW lg thun dpn then ko tunjuk form naper semo team nakkn ko,compirm thun 2014 team2 trsbut akan dtg lg offer kontrak yg lg ummph dr skrang… Bknyer cbuk dok canang saner cni kater nak kuar tp xsdar yg kontrk dok ada lg!!! Pd PBNJ,aku xbrani nak komen aper2…t xpsal2 kena dakwa menghina!!! hahahahahahaha Peace bro…

    • Betul..byk sgt bg statement media memakan diri..peminat pun jd berkecil hati..skang ni pon,peminat dah tak kisah & ada sesetgh fan TRW xnk dah Matyo dgn TRW. Ni semua sebab mulut badan binasa..kalau diam2 je,bg KAFA & PBNJ yg setelkan kes ni xde peminat nk marah dgn ko Matyo oii…ko cuba tgk Azidan Sarudin Perak FA dgn Pahang FA pun duk berebut dia dr FAS..tp dia diam je,xde bising2 mcm ko..over betul,sekurang2nya jaga hati pihak lain jgk..jgn pikir diri je..nk org hormat kita,maka kita pun perlu hormat org…Gud Luck la utk ko bersama2 team Johor idaman ko tu… ;-)

  15. Ore main bola mace mat yo nii bodoh, ngaji tok pandai sebab tuuu tok leh nok mikir. Kalu dia senyap biar kafa dan pbnj settle lebih senang. Tapi dia nyibuk sgt semua jadi benci …. Kalu pbnj tok see doh muuu …. Kafa benci ke muuu … Muko mu nok letak mana? …..

    Se lagi mu ingat dapat gaji besar di johor tu TM johor nok bui sene sene ko!!! Dia nok semua piala … Tok leh kalah main kena bagus mace gaji besar…… Kalu kalah main tok bagus … Mampus mu keno maki hamun … Panas jubor muuuu … Baru menyesal kemudian hari. …. Fikir fikir lah keselesaan dan long term.

  16. Dengar guruh langit nyor cuoh abes air payey kalu ujey dok jadik bru nyesal dop sudoh.dop dey nok ok setaun jah lagi kalu berenti nga molek xdop sapo pun nok maroh

  17. SALAMMM.. SABAR KITA SEMO WEII.. JANGAN DOK ULAS LA BERAT2 TUU.. BIAR LA DIA G.. BAYAR JE PAMPASAN KONTRAK ABIS CITER.. DIA NAK CARI PASUKAN LAIN NAK WAK GANO.. KITA GILAP MAT YO LAIN LAH.

  18. negeri yang miskin, persatuan bola pun miskin , rakyatnya pun bodoh dan miskin, habiskan duit pasal bola, maka bertambahlah penduduk miskin kat negeri tersebut… tengok la negeri kami.. kelantan yg kaya, kaya dengan org miskin

    • awe!!!adakh kau rasa bngga bile dpt mnghina org lain?kau suka lh ye blh provok org kltn.org yg mcm kau ni lh yg merosakkn matlamat sbnar sokernet.dlm ruangan ini ianya diwujudkn utk brtukar pndapat psl bola.bkn utk mnghina sesama islam.x ade manusia ingin hidup miskin diatas muka bumi allah ni.semua manusia nk hidup senang.tp klaulh dh ketentuan Illahi rezekinya mcm tu,kite sesama hamba tidak berhak utk mnghina.cubalh kau renung2kn awe.malu skit pd diri sndiri.x pyhlh nk provok kat sini.

    • Alhamdulillah. Semoga dengan cacian ini Allah memberi sebanyak banyaknya pahala kepada kami di atas kesabaran. Jelas di situ kamu bersikap sombong. Sombong boleh membawa kepada syirik. Bertaubatlah.

    • awe terencat akal

      Apa yg awe cakap tu lahir dari akal yg terencat. Orang yg akal sihat dan ada sekelumit iman tak akan cakap lagu tu. Kesian ngan kau awe. Untuk mengubati jiwa kacau kau tu, banyakkan Istighofar. Atau boleh amalkan zikir harian Al-Ghazali….hari ahad…Ya Hayyun Ya Qoyyum.

  19. G2 la mt yo srbut pert r….

  20. alahai MATYO dah 2 thn dpt MVP liga trbaik n trnilai
    kalau iye pun nak cari angin lain buat pe nk main dlm
    liga M lgi…kalau brani test la kat liga2 luar sana
    mcm siam league ka K league ka K league ka..ni tak
    kecoh bagai nal rak nk main dgn Johor..aduhai sayang
    nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>