Piala Malaysia 2011

SKUAD The Red Warriors yakin mengekalkan rentak kemenangan menjelang pertemuan kedua saingan Piala Malaysia 2011 menentang Johor FC di Kota Bharu esok.

Penyudah yang tajam bakal menjadi sandaran Kelantan, jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu semasa merobek gawang Sarawak 2-0 dilihat akan sekali lagi menjadi senjata utama Red Warriors.

Kelibat Chanturu yang lincah serta bijak menyudahkan peluang dilihat dapat diulang di dalam perlawanan menentang Johor FC.

Lawan mereka, Johor FC pula hadir ke Kota Bharu dengan diganggu berita ketua jurulatih, Azuan Zain tidak sihat walaupun misi mereka di Kota Bharu sekadar membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang lawan.

Selangor pula pastinya mahu memadam badi kekalahan di tangan T-Team dengan kapten Amri Yahya mahu memastikan kegagalan menjelmakan kekalahan sentuhan pemusnah tidak berterusan ketika melayan kunjungan Polis Diraja Malaysia.

Berbeza dengan Terengganu, skuad kendalian Irfan Bakti tersebut dilihat tidak bermasalah untuk meeraih kemenangan menentang Selangor PKNS di gelanggang sendiri.

Kemenangan 3-0 ke atas Sime Darby menjadi ukuran sebenar para pemain Terengganu yang dibarisi pemain utama mereka seperti Abd Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin.

Selain itu, pemain lain seperti Joseph Kalang Tie dan Reshafiq Alwi mampu tampil untuk menjamin kemenangan buat Terengganu.

Dalam satu lagi perlawanan tumpuan, Kedah akan melayani kunjungan Sabah di Stadium Darul Aman.

Anak buah Wan Jamak Wan Hassan yang menang selesa 2-0 ke atas Johor dilihat mempunyai kelebihan terutamanya beraksi di gelanggan sendiri Sabtu ini.

Namun, keupayaan Sabah tidak boleh dipandang rendah kerana mereka berjaya mengikat Perak 0-0 pada perlawanan pertama.

Saksikan perlawanan di antara Perak dengan Johor secara langsung pada esok 8 malam dan siaran tertunda Felda United menentang Sarawak bermula jam 10.30 malam.




coded by nessus

Main topics: Piala Malaysia

Sub topics: , , , , , , ,


Readers Comments (0)