Cabaran getir Kelantan pertahan gelaran Liga Super

Kelantan The Red Warriors 2012
Kelantan The Red Warriors 2012

‘Belum tiba masanya bagi kami menekan butang panik’. Itu komen Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim ketika ditanya mengenai prestasi hambar The Red Warriors buat kali ketiga setakat ini.

Sabtu lepas, Kelantan sekali lagi menghidangkan aksi di bawah keupayaan sebenar dan hanya mampu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pasukan bermasalah, Sabah sehingga mengundang kritikan penyokong setia mereka.

“Mungkin pemain berdepan tekanan menjaringkan gol. Apabila Lions menang 9-0 dan PKNS FC membelasah Sabah 4-0, jadi sangkaan peminat kita mampu melakukan perkara sama,” katanya sejurus perlawanan berakhir.

Malam ini Kelantan berdepan satu lagi tugas berat apabila berkunjung ke Kuala Terengganu untuk berdepan naib juara Liga Super 2011, Terengganu.

Jika misi malam ini berjaya, Kelantan hanya perlukan tujuh mata dari baki lima perlawanan berikutnya untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut dan trofi kedua musim ini selepas muncul Juara Piala FA 2012.

Namun, menariknya bermula malam ini Kelantan berdepan empat perlawanan ‘besar’ secara berturut-turut.

  • 26 Jun: Terengganu vs Kelantan
  • 29 Jun: Kelantan vs Selangor
  • 3 Julai: Negeri Sembilan vs Kelantan
  • 7 Julai: Kelantan vs Perak
  • 10 Julai: Felda United vs Kelantan
  • 14 Julai: Kelantan vs Sarawak

Liga Super 2012

Related Posts

15 Responses to Cabaran getir Kelantan pertahan gelaran Liga Super

  1. yg penting skrang adalah point,walaupon gol different adalah penting.tapi mak rase dengan perbezaan perlawanan yg ada pada Kelantan,menjadi kelebihan buat team ni….

    • a’a.. btl tu.. insyaAllah lions tweh xkn bwk pulang piala…

      • HAiz… Aku x terkejutlah kalau lionxii dapat piala tahun ni…. Dorang mmg ada byk improvement tau… KAlau kelantan tak baiki defence dorang malam ni…habislah dibaham oleh terenganu….

  2. BETUL KATA MAK JERMAH TU…YANG PENTING SEKARANG ADALAH ‘MATA’ PENUH UTNUK MENCAPAI JUARA LIGA..ITU SUDAH MEMADAI..DAN PIALA LIGA SUPER TIDAK BERALIH ARAH KE KOTA SINGA…FROM MAYHEM BACHOK…

  3. Kelantan memerlukan 10 mata dalam 6 baki perlawanan kerana Lion 12 hanya akan memungut 56 mata sekiranya menang 2 baki perlawanan mereka. Beza mata Kelantan: 47 dan Lion 12: 50. Namun begitu Kelantan tidak boleh memandang ringan pasukan²lawan mereka bermula dengan perlawanan menentang Terengganu malam ini. GKG.

  4. Selain 4 pasukan ini, Felda United dan Sarawak juga mampu cipta kejutan sekiranya kita terlalu memandang rendah pd mereka.
    So, malam ini adalah detik kebangkita TRW utk lebih garang dan berbisa. GKG

  5. Kemong TRW!!! Wake up5x!!! Ini realiti bukan fantasi….truskan perjuangan yg blum selesai, berjuanglh dgn smangat kental Tok Janggut sehingga ke tiupan wisel yg trakhir!!! Insyaalah kejayaan menjadi milikmu!!!

  6. kawe tok gobar lasong. sebab kawe yakin the red warriors boleh menae lagi Liga Super. gomo kelate gomo

  7. kawang rase ganu ngan kelatang seri 0-0

  8. gomong kelatang gomong…gomong biar habih…sokongang kawang dengang ting red wrriors tidak berbelah bagi…

  9. sek2 kito meney jujur…hok2 lain meney sebab beli game…bookie pah ceroh…

  10. Klate perlu menang semua game slps ini…

  11. Apa yg getirnya admin..kan lebihan utk skuad gomo. Pandai pandai buat tekanan..Gomo Kelate Gomo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>