KAFA serah pada polis siasat insiden gaduh babitkan Nwaneri

Obinna Nwaneri

Polis ambil keterangan Nwaneri, Pengurus pasar raya

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan berkenan dengan insiden pergaduhan melibatkan pemain importnya, Obinna Nwaneri di Shah Alam, Sabtu lalu.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, oleh kerana perkara berkenaan disiasat polis, ia wajar diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Perkara ini sudah dilaporkan ke pihak polis, dan masih dalam siasatan, jadi kita tunggu keputusan selanjutnya,” kata Azman.

Laporan media menyebut Nwaneri dipanggil polis kelmarin untuk memberi keterangan polis berhubung insiden pergaduhan dengan pengurus syarikat sebuah pasar raya di Plaza Masalam di sini.

Dia dikatakan berang sebelum bertindak kasar terhadap pengurus pasar raya berkenaan.

Pemain itu menyumbangkan gol penyamaan kepada Kelantan ketika menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa dan pemain bola sepak itu sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.

- Sinar Harian

Related Posts

7 Responses to KAFA serah pada polis siasat insiden gaduh babitkan Nwaneri

  1. potong barisan mmg la org marah, org kita sendiri pun bengang. org lain pon nak cepat jgk. ape pun nwaneri ptt control ckit marah tu, nanti akan ada org ambik kesempatan. ape pun xelok gaduh2, raya lagi ni. :D

  2. Ni agok2 bilo FAM nk jatuh hukum ni?Kalu jupo Selangor atau kalu Kelate masuk final baru nak jatuh hukum?
    F.A.M = Fool at Management

    • Kalau ada rezki Tunggu semi final atau final baru gantung mace abe ya kena dulu…..
      tapi lani napok FAM dah slow down dah sikit bila Prof K.K.Kim tegur suruh puak2 FAm ni masuk sekoloh semula..(Bakali lani dok tengah studi nak exam..ha.ha.ha…
      So lagi nak tambah F.A.M= Funny At Management.

  3. Negro ni mari dari Afrika, rata-rata kita lihat sbg tempat mundur lagi celaru. Kita Malaysia ni negara yg di hormati Selatan-selatan. Dulupun kita dikenali sebagai orang timur yang bersopan santun hingga pelancong mat saleh pun puji. Sekarang, rasanya punah banyak sangat budi pekerti kita nih, terutama bab potong Q, kat kaunter bayaran, jalanraya, beratur ambil makanan kat restoren dsb.

    • Sorilah aku sokong nwaneri. Kalau semua orang buat macam dia, lama2 takdelah orang potong Q. Dibarat, orang tak berani buat sebab takut kena jerkah. Aritu aku tegur sorang amoi yg booked Q tanpa barang, pastu mari kawan dia penuh trolley. Aku membebel, dia buat derk aje. At other time 1 couple apek tua buat drift trolley dia potong aku, serupa jugak, depa buat derk aje. Ikut geram aku nak lepuk macam nwaneri.

  4. hahaha… ambo pun samo… pantang orang potong q… pernah soundpak arab… ambo sokong kalau ramai yang tegur….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>