NEGERI Sembilan yang bakal menerima kunjungan Selangor malam ini kini dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan kempen mereka musim ini setelah hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada enam perlawanan. [VIDEO]

Pasukan kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu juga tidak berupaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lepas setelah disingkirkan oleh Kuala Lumpur menerusi penentuan penalti 4-2 dalam perlawanan yang berkesudahan 0-0 dalam waktu permainan biasa, minggu lepas di Paroi.

Jurulatih itu kini panas punggung untuk merangka kemenangan ke atas Selangor yang berada tiga tangga di atas mereka di dalam Liga Super dan perlu menggunakan segala kepakaran dan pengalamannya dalam pertemuan malam ini.

Walaupun menampilkan ramai pemain berpengalaman seperti Idris Karim dan Shukor Adan serta menyaksikan Hairudin Omar kembali dari Kelantan untuk mempertajamkan bahagian serangan, Negeri Sembilan masih gagal mencapai kemuncak prestasi.

Namun pertembungan di Paroi bertemu Selangor malam ini menyajikan peluang terbaik buat mereka untuk memastikan kempen musim ini kembali ke landasan sebenar.

Selangor pula terpaksa berhempas-pulas untuk menundukkan Harimau Muda B 2-1 minggu lepas dalam saingan Piala FA dan K. Devan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap prestasi beberapa orang pemain yang gagal menggalas tanggungjawab mereka dengan baik dalam perlawanan itu.

Namun begitu, pasukan Red Giants itu masih lagi kebal dengan tiada kekalahan dicatatkan di laman lawan setakat ini, satu-satunya kekalahan ialah kepada Kelantan dalam perlawan pembukaan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, dan mereka sepatutnya boleh pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata dari Paroi.

Tetapi harus diingat, Negeri Sembilan bukanlah pasukan bertaraf Liga Premier seperti Harimau Muda B dan bakal memberikan tentangan sengit kepada Amri Yahyah dan rakan sepasukan.

Pertemuan kedua-dua pasukan dua ini juga bakal menyaksikan pertarungan kepakaran taktikal di antara kedua-dua jurulatih mereka, namun kelebihan mungkin sedikit berpihak kepada Negeri Sembilan yang bermain di tempat sendiri serta kebolehan Wan Jamak membaca permainan dan menukar strategi bila perlu.




coded by nessus

Main topics: Liga Super

Sub topics: , , ,


Readers Comments (1)

  1. firdaus

    kobin jang kobin….hahaha…gomo kelate gomo….i love kelate

     Reply