Selangor atasi Sabah 1-0
JARINGAN hasil dari sepakan percuma Azidan Sarudin sudah cukup untuk memberi tiga mata penuh kepada Selangor selepas menang tipis 1-0 menentang Sabah di Stadium Shah Alam.
Kedua-dua pasukan bermula hambar di separuh masa pertama dengan masing-masing gagal mendapat rentak.
Amri Yahyah membuat percubaan pertama untuk Selangor pada minit kedua tetapi percubaan dari luar kotak penalti itu mudah ditangkap kemas Syed Adney Hussein.
Sabah membalas serangan dengan sepakan percuma pada minit ke-14 menerusi Shahrul Azhar Ture yang dikeluarkan oleh penjaga gol Selangor, Mohd Saiful Amar.
Pemain berpengalaman, Hardi Jaafar nyaris meletakkan Selangor dihapadan pada minit ke-28 tetapi percubaannya sedikit tersasar.
Selangor sekali lagi garang dengan serangan daripada hantaran Amri Yahyah tetapi gagal disudahi dengan kemas oleh Mohd Amirulhadi pada minit ke-41.
Sebaik sahaja bermula babak kedua, kedua-dua pasukan lebih banyak berhati-hati dengan gerakan mereka.
Selangor memecah kebuntuan pada minit ke-71 apabila sepakan Azidan, gagal ditangkap kemas oleh Syed Adney dan bola terlepas masuk ke dalam gol.
Ia ternyata kesilapan bekas penjaga gol kebangsaan itu yang seolah-olah mengambil mudah dengan sepakan percuma itu.
Kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat. — Arena.MY
April 20, 2011 - 10:43 am
adney wajar diberi pujian ketika sabah menentang selangor kerana banyak menyelamatkan serangan bertali arus red giant…..gol azidan hanya nasib semata mata