SELANGOR merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Kelantan apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor kini mengumpul 17 mata iaitu sama dengan mata yang dikumpul oleh Kelantan selepas lapan perlawanan.

Gol awal pada minit ke-5 dan 7 memastikan Selangor berjaya menyekat Pahang daripada membawa pulang sebarang mata.

Tuan rumah yang terpaksa mengharungi perlawanan dengan 10 pemain selama 35 minit terakhir bagaimanapun berjaya mempertahankan kelebihan mereka untuk menang 2-1.

Gol Gergasi Merah Kuning hadir menerusi ledakan Hardi Jaafar dari sudut kiri memerangkap penjaga gol lawan, Mohd Suffian Ab Rahman.

Selang dua minit kemudian, Stadium Shah Alam bergema lagi dan kali ini menerusi giliran Amri Yahyah yang berjaya menanduk masuk sepakan lintang Safiq Rahim.

Pahang terus bergelut untuk mempamerkan rentak mereka berikutan gerakan teratur di bahagian tengah memastikan mereka banyak mengumpan di bahagian sayap.

Selangor bagaimanapun terpasa membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Khairul Anuar Baharom dan memasukkan Yosri Dermaju.

Belum sempat memanaskan badan, pemain pertahanan itu dilayangkan kad kuning dalam usaha menyekat gerakan serangan pantas pemain Tok Gajah, Abdul Malek Mat Ariff.

Abdul Malek sebelum ini dimasukkan bagi menggantikan R. Surendran yang gagal meneruskan permainan akibat kecederaan.

Seperti perlawanan sebelum ini, rentak permainan pertama Pahang pada babak kedua lebih teratur.

Anak-anak buah Dollah Salleh menggandakan asakan mereka sehingga memaksa para pemain Selangor melakukan kekasaran. Pemain sayap kiri, Fazli Baharudin sering mengkucar-kacir bahagian yang dikawal Razman Roslan dan menyebabkannya turut mengutip kad kuning.

Pada minit ke-55, Nasriq Baharom menerima padah apabila melakukan terjahan keras ke atas Karthigesu dan mendorong pengadil, Shamsuddin Ibrahim melayangkan kad kuning buatnya.

Situasi itu memaksa K. Devan merombak kesebelasannya dengan mengeluarkan Rudie Ramli dan memasukkan Asrarudin Putra Omar bagi mengukuhkan benteng mereka.

Sebaliknya, Pahang bukan sahaja kekeringan idea untuk menembusi kubu lawan, malas gawang mereka nyaris dibolosi.

Hantaran lintang rendah Amri Yahyah tepat kepada Amirulhadi Zainal di depan gol, namun dia memilih untuk melorong pendek kepada Safiq Rahim yang berada di kedudukan tempat untuk melakukan tindakan penyudah bagaimanapun sekadar menyepak angin.

Situasi itu memaksa Dollah Salleh membuat percaturan drastik dengan mengeluarkan pemain gantian, Abdul Malek dengan pemain berjersi nombor tujuh, R. Surendran dalam usaha mereka untuk bangkit.

Tekanan Munir Amran berjaya mengekang Amirulhadi daripada membuat cubaan tepat ke pintu gol pelawat.

10 minit terakhir Pahang memberi tekanan ke atas kubu lawan, Pahang sempat memperolehi gol namun keceriaan itu dipadamkan dengan ofsaid.

Pada minit ke-85, lorongan Fazli Baharudin gagal dibaca dengan baik Azamudin di depan gol.

Pahang akhirnya berjaya memperolehi gol saguhati apabila R Karthigesu sempat menguis bola melintasi garisan gol sekalipun dia telah terjatuh. -Arena.my




coded by nessus

Main topics: Liga Super

Sub topics: , , ,


Readers Comments (0)