Kontrak Mat Yo bersama Kelantan disahkan tamat
KEMELUT antara Norshahrul Idlan Talaha dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan bahawa pemain paling bernilai itu kini ‘bebas’ daripada sebarang kontrak dengan KAFA.
Ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM, hari ini.
“Setelah mendengar dan meniliti dokumen yang dikemukakan, maka jawatankuasa yang bersidang memutuskan bahawa kontrak Norshahrul atau dikenali Mat Yo tamat dan berkuat kuasa hari ini.
“Hari ini juga secara rasminya, wakil KAFA yang hadir di hadapan Jawatankuasa Status turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak akan mendaftar nama Mat Yo bagi mewakili Kelantan pada tahun 2013.
“Jadi, Mat Yo kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan,” katanya.
Menurut Takiyuddin, setelah kontrak tersebut ditamatkan, maka dari segi undang-undang, pemain tersebut boleh didaftarkan oleh mana-mana pasukan yang berminat untuk mengambilnya dalam Liga Malaysia musim depan.
“Apabila diumumkan telah bebas, maka dia sudah tidak terikat dengan KAFA. Jadi mana-mana pasukan boleh mendaftarnya untuk musim depan.
“Begitu pun, pihak terbabit perlulah mematuhi setiap syarat yang ditetapkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menjelaskan bahawa pemain yang menamatkan kontraknya secara sebelah pihak, perlu membayar baki bayaran kontraknya kepada pasukan asal.
“Mengikut perkara 8.5 kontrak pemain - pemain yang menamatkan kontrak sebelah pihak perlu mmbayar baki kontraknya kepada pasukan asal.
“Dan kami dimaklumkan kontrak Mat Yo dengan KAFA masih berbaki setahun, jadi, Mat Yo perlu membayarnya.
“Jumlah bayaran tersebut bagaimanapun tidak dapat dijelaskan hari ini,” kata beliau.
Tambah Takiyudin, “Mat Yo perlu membuat secara afidavit mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Kelantan, seperti mana yang diminta oleh KAFA.”
“Dan Kelantan akan menjawab dalam bentuk affidavit jawapan.
“Apabila ada afidavit dan jawapan, barulah FAM akan memanggil untuk mendengar isu berkaitan tebusan kontrak dan lain-lain.
“Selepas itu, baru kami akan putuskan mengenai jumlah bayaran tersebut,” jelasnya lagi. — Sinar Harian
November 27, 2012 - 3:34 pm
fokus pada AFF dulu ler …. byk duit nak byr balik baki setahun atau tmj bayor kan..?
November 27, 2012 - 3:47 pm
gua syak malaysia tk dpt piala aff
November 27, 2012 - 3:59 pm
lepas percuma kor nie atau bayar tebuh..
November 27, 2012 - 4:37 pm
Harap-harap dah tak ada isu dah lepas ni…
November 27, 2012 - 4:37 pm
pelepasan bersyarat boh. .. Kalo team lain ambil, kene bayar baki kontrak…. Kalo tiada team matyo tahun depan… Matyo kene bayar sendiri la….. Mcm yang disebut afidavit
Pingback: » Norshahrul ikat kontrak dengan Johor | Sokernet
November 27, 2012 - 5:43 pm
HAHAHAHA PLAYER BAYAR CLUB….. BODO BODO
November 27, 2012 - 5:51 pm
what are you gonna to say?
November 28, 2012 - 10:17 am
haha… x penah jd kat mana2 player yg bayar dekat kelab… Fokus AFF dulu.. lps habis AFF, suka hati ler nak buat apa pun..
November 27, 2012 - 9:19 pm
Sepatutnya kelab johor bayar kt KAFA..undang2 bangan FAM..haha