Felda United hampiri kejuaraan
KETIKA aksi Liga Super menyaksikan saingan sengit antara Selangor dan Kelantan, Felda United pula semakin kukuh di takhta Liga Perdana selepas menumpaskan pencabar di tangga kedua, Selangor PKNS 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi.
Selangor PKNS yang sebelum ini mengutip 42 mata, kurang satu mata di belakang pendahulu liga itu membuka tirai jaringan menerusi Mohd Alafi Mahmud pada minit ke-64.
Namun Md Hasmarul Fadzir Hassan kemudian menyamakan jaringan untuk Felda United pada minit ke-70 sebelum Mohd Munir Amran menjaringkan gol kemenangan Felda United, pada masa kecederaan.
Kemenangan berkenaan melebarkan perbezaan mata kedua-dua pasukan dengan Felda United mengutip 46 mata sementara Selangor PKNS kekal 42 mata, selepas mengharungi 20 perlawanan. [Carta Terkini Liga Perdana]
Di KOTA KINABALU, Sabah menumpaskan Sarawak 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas.
Gol pertama tuan rumah dijaringkan oleh Md Farid Ideris pada minit ke-45, dan gol kedua disumbangkan oleh Alto Linus pada minit ke- 89.
Gol tunggal Sarawak pula disumbangkan menerusi Wong Sai Kong pada minit ke-38.
Luahan Perasaan