Mat Yo ikat kontrak dengan Johor


Norshahrul Idlan Talaha sarung jersi Johor 2013

Hasrat Mat Yo sertai Johor tercapai

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan bahawa kontrak Norhsharul Idlan Talaha bersama Kelantan FA tamat dan berkuat kuasa hari ini.

Setelah berminggu-minggu isu kontrak Norshahrul dengan Kelantan berlarutan, akhirnya kemelut itu selesai apabila FAM memaklumkan bahawa beliau bebas dari sebarang kontrak mulai hari ini.

Beliau yang kini bersama skuad kebangsaan dijangka akan megikat kontrak dengan Johor secara tertutup di Kuala Lumpur pertang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM memberitahu: “Setelah mendengar dan meniliti dokumen yang dikemukakan, maka jawatankuasa yang bersidang memutuskan bahawa kontrak Norshahrul atau dikenali Mat Yo tamat dan berkuat kuasa hari ini.

“Hari ini juga secara rasminya, wakil KAFA yang hadir di hadapan Jawatankuasa Status turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak akan mendaftar nama Mat Yo bagi mewakili Kelantan pada tahun 2013.

“Jadi, Mat Yo kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan,” katanya.

Menurut Takiyuddin, ini bermakna penyerang itu bebas untuk mengikat kontrak dengan mana-mana pasukan untuk siangan Liga Malaysia musim depan.

“Apabila diumumkan telah bebas, maka dia sudah tidak terikat dengan KAFA. Jadi mana-mana pasukan boleh mendaftarnya untuk musim depan.

“Begitu pun, pihak terbabit perlulah mematuhi setiap syarat yang ditetapkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut menjelaskan bahawa pemain yang menamatkan kontraknya secara sebelah pihak, perlu membayar baki bayaran kontraknya kepada pasukan asal.

“Mengikut perkara 8.5 kontrak pemain - pemain yang menamatkan kontrak sebelah pihak perlu mmbayar baki kontraknya kepada pasukan asal.

“Dan kami dimaklumkan kontrak Mat Yo dengan KAFA masih berbaki setahun, jadi, Mat Yo perlu membayarnya.

“Jumlah bayaran tersebut bagaimanapun tidak dapat dijelaskan hari ini,” kata beliau.

Tambah Takiyudin, “Mat Yo perlu membuat secara afidavit mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Kelantan, seperti mana yang diminta oleh Kafa.”

“Dan Kelantan akan menjawab dalam bentuk affidavit jawapan.

“Apabila ada afidavit dan jawapan, barulah FAM akan memanggil untuk mendengar isu berkaitan tebusan kontrak dan lain-lain.

“Selepas itu, baru kami akan putuskan mengenai jumlah bayaran tersebut,” jelasnya lagi.

- espnstar.my

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

61 Responses to Mat Yo ikat kontrak dengan Johor

  1. seems Johor will pay on behalf Mat Yo. Make back to back contract agreement

  2. prgi aje mane2 team yg kau suka.tp aku rasa zaman kegemilangan mu dh mula hilang.aku yakin mat yo baru yg lbh hebat akn muncul dlm trw thn dpn.

  3. Buat apa nak bayar KAFA kan dah bebas tunggu kiamat la….

  4. patutnya langsai dulu hutang tebus kontrak dan penuhi kehendak KAFA baru dinamakan bebas…aiiiiik ini kes belum clear boh……

  5. percayalah matyo x leh main tanpa pia…ini dalah fakta…cuba lihat semua jaringan matyo atas usaha siapa…bandingkan jika ketiadaan pia…berapa jumlah gol yang dapat dicipt?

  6. Mat yoyo…. ikat kontrak biar lama sikit dgn Johor tu, @ 10 tahun ker baru kaya……RM80K x 12 bulan x 10 tahun = kaya kaya kaya kaya.

  7. Main aff suzuki pun tak jumpa lubang gol.. kat mana hebatnya, Kita yg lebih2 ampu naik lemak la dia, bak kata pepatah orang tamak selalu rugi….

  8. Biarkan dia pergi…biarkan dia pergi.. seorang pergi,yang lain akan bersinar bersama TRW,yakin penyerang baru akan meledak. TRW Go More Without MatYoes

  9. ..yes..yes..at least ade permata baru akan menyinar di TRW team..bila mat yo dah tak de…..

    • Betul sukam99,kita kena berfikiran positif,kita jangan tumpukan saja pada yang hebat,bakal ada lagi yang hebat akan menyinar,sb apa mat yo menyinar dan terkena?sebab penyokong sendiri dan pengurusan KAFA,tanpa mereka dia tidak akan sehebat sekarang.

  10. kl kelate x cr pengganti yg berkaliber sakit jgk klate sbenarnye, player2 br pn sume midfield tu pn kuda tua

  11. mana ada pengganti mat yo.. pahni jgn nak jual nama mat yo lg. cukuplah kata nista korang kat dia setelah berbakti menang piala demi piala utk kelantan.

  12. good luck mat yo….jasa anda dihargai..

    • KEPADA MAT YO-YO …GOOD LUCK & SELAMAT MAJUJAYA & SELAMAT KENA MAKAN PENAMPOR TMJ KALO TAKLEH SUMAT GOLLLL…..HE.HE..HE…

  13. Mat yo bakpo mg wak gini ko klate….
    harap2 matyo kembli thn dpn…….

  14. selamat maju jaya mat yo kt johor imu dh bantu trw menang treble pahni bgi kt johor syabas muda2 cari duit byk2…

  15. cayalah mat yo.. anda dah buat pilihan tepat meninggalkan kelantan. semoga anda dapat menyinar di tempat baru..((johor bahru)

    • betol…sinar nya makin bekelip2.ingatkan kelipan bintang rupanya kunang2 emmmm

    • This is Kota Bharu

      apa yg bagus sgt kat Johor?? beria-ia kau komen mat yo buat pilihan tepat tinggalkan kelantan?? sbb mat yo main kelantan lerr dapat dia rasa semua Cup dlm Malaysia ni. Johor ada tak??

  16. jgn igat kelantan je nk menang je…igat pasukan lain xde impian nk menang jgak ker..jgn jd sombong n bongkak..puiihh

  17. yala mentang2 baru menang 3 piala puok mu dok dising doh..slow1 la sikit malu korang ni, ada gapo sangat la pasal bola ni kita nak baloh gu…

  18. JOHOR masih kat LIGA PERDANA dia join JOHOR FC . macam cerita purbakala yang berkuasa boleh ambik apa saja

  19. mat yo dah jadi sejarah.. dah takde panggil mat lagi.

    lepas ni norshahrul kat johor dapat gelaran baru..
    shah..
    roy..
    erul ke..
    ronaldo..

  20. johor bagi 50k kira ok la…ada hati lak nak mintak juta2….hakkk phuiii!

  21. sebab ada hatilah lepaskan mat yo. kalau takde hati mat yo kat bangku simpanan trw je musim depan. lain kali cuci hati sebelum komen. trw patriotik sebab skrg AFF, takut mat yo x perform. itu maksudnya hati kalau kau nak tau, bukan duit semata2

  22. SELESAIKAN APA2 YG TERTUNGGAK,
    SELAMAT BERJUANG..
    KITA BOLEH LIHAT NANTI..KEHEBATAN INDIVIDU ATAU KEHEBATAN PASUKAN…

  23. selamat berjaya Mat Yo dgn pasukan baru…

  24. sempena kedatangan norshahrul ke johor.. aku nak bagi hadiah berus gigi, bagi hilang bau budu .. hehehe

  25. bukae mat yo doh loni.. tp ore jojo pggl WAK LAN plok… jd jawa la mung mat yo (eh, slp..wak lan) hehehe… smugo trus maju di negeri biru..

  26. biar la dio gi, 80ribu sapo x sir gu, kalu x byr gaji pdn muka

  27. penyokong trw hok sekolah

    mat yo kalu nak gi ke johor atau ke mana2 tu, kena bereslah dulu hutang atau baki tu, tak sedaplah nama demo kalu demo tinggal trw dengan keje tak beres, harap demo pehe lah, kawe sendiri nak jugak main bola tempat ore, kalu ade ore bayar lebih mahal nih,puak2 kita sain2 sobat, berenti duk komen ko mat yo, kesian ko dia, kita tengok lagu mano, mat yo bayar ko tidak ko kafa tu,

  28. mat yo mat yo mak yo…
    mamat yo..

  29. fakri terbaik.. sape sokong..meh kata fakri kacak..

  30. wak rasakan.. andik pebola yang terbaik bapak pernah lihat ketika ini…
    terbaek la andik

  31. bolok btul komen2 kat cni…ikot ske la player nk g mana…org tu kan cari mkn…tak pyhla nk perbesar2kan masalah..jgnla smpai ada sikap keNEGERIan plak…trw la..apa la…rilek2 sudaa…sket2 nk kondem org….mat yo pon bkn asal kelantan pon….org luar jgk…keco la

  32. Aku sebagai rakyat johor mmg lah seronok jgk dgr berita star2 main kt johor tp cara xkene la..bukan soal kenegerian ke ape tp matyo masih ada kontrak lagi..x cantik la TMJ buat mcm tu..kalau dh abis kontrak lain la n pnyokong TRW xleh nk marah sbb betul jgk bukn kelate je nk menang tiap tahun..ade masa naik,ade masa jatuh..contoh johor era 90 an dulu kuat kot,pnh juara piala malaysia sbyk 3 kali kalau xsilap tp skng dh jatuh..n skng ni TMJ nk naikkan balik cume ade skit xkena cara..dan 1 lg apa yg dpt tau,musim 2014 star2 tu semua dh xde dh..anak johor pulak main..first season je TMJ bg hmpir semua star main kt jhor sbb nk bg player muda jhor bljr ngn dorg contoh ngn guiza tu..tp yg pntg semua team hebat n ade peluang nk menang

  33. harap lepas ni x ada lg team buat yg mcm TMJ buat ni..nk majukan team boleh tp biar kene pd cr..sekalipun boleh batal kontrak sbnrnye tp xelok la paksa2 org batalkan kontrak..kuasa bukn utk menguasai apa yg bukan dalam hak kita..johor xperlu risau seandainya usaha bersungguh2,pasti johor naik blik mcm era 90an dulu..
    -johor fc ttp dihati walaupun sudah tiada lg-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>