Gol sulung S Chanturu kekalkan kelebihan Kelantan


Kelantan vs Negeri Sembilan [2-1]

Kelantan tewaskan Negeri Sembilan 2-1

GOL masa kecederaan S Chanturu membantu Kelantan mengutip tiga mata penuh, sekali gus mengekalkan penguasaan di persada Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Sebaik sepak mula, Kelantan yang dikendalikan buat pertama kali jurulatih baru, Bojan Hodak, hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan apabila kapten, Badhri Radzi yang tidak dikawal menerima hantaran cantik Zairul Fitree Ishak sebelum merembat padu menewaskan Farizal Marlias.

Video Kelantan 2-1 Negeri Sembilan

Negeri Sembilan cuba bangkit mencari gol penyamaan tetapi gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi Che Mat cukup sukar ditembusi untuk kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Selepas rehat, anak buah Azraai Khor Abdullah bagai disuntik semangat baru dan mula mengawal permainan dan Khairul Fahmi yang cuba memintas bola gagal menangkap kemas dan Shakir Ali tampil menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-53.

The Red Warriors yang tampak tidak kekok di bawah Hodak yang menggantikan Peter Butler, hampir dikecewakan Effa Owana pada minit terakhir, tetapi percubaan penyerang itu sempat ditepis Khairul Fahmi.

Ketika kedudukan 1-1 tampak memuaskan hati kedua-dua pasukan, Kelantan menyambar tiga mata penuh apabila Chanturu yang berada di dalam kotak penalti menyempurnakan bola selepas gagal dikeluarkan pemain Negeri Sembilan.

Penyandang juara Liga Super itu kekal di persada liga dengan 20 mata, tiga mata di depan Terengganu dan empat mata di depan T-Team dan Perak manakala Negeri Sembilan masih di tangga ketujuh dengan 12 mata.

Video Kelantan vs Negeri Sembilan | Gol S Chanturu


Gol S Chanturu: Kelantan vs Negeri Sembilan

Kelantan vs Negeri Sembilan

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

28 Responses to Gol sulung S Chanturu kekalkan kelebihan Kelantan

  1. harap org luar je nak jaring gol last minit,,,huhuhuhu,,

  2. farid yg bogok…jaga kain nenek kau lagi baik

  3. x yoh dk caro laa komen g2 nyo…pok dyo deki tgk klate lony…bala ko dio la nk kto gpow pon..mugo team dyo no 1 lony tu gk…klate ny no 12…pdehal klu ajok gocoh x se tu…nk mri kb pon mikir duo..nk g x se

  4. Selangor gila!!!

  5. kah kah kah,,,selangor dah lali dengan kemenangan,,ini baru menang satu piala malaysia,,satu piala liga,,,gah satu dunia,,,

    • Farid,
      Selangok bile lak nak lawan kat AFC. Tunggu kiamat dulu kot???? Hehehehe…. Blah lah Selangok.

      • kah kah,,jangan marah bro,,,selangor dah main pun kat afc tu,,dah sampai ke peringkat suku akhir pun,,tu le ko,,tak tahu perkembangan bolasepak,,

        • ooo.dh sku akhir…bila lagi yew???thu 2002???ke thun 2005???ngan singapura asyik kna blasah jer…hrap kan psukan veteran yg tbus maruah…kite yg anjur prlwanan..kite jga ler yg kna belasah!!!!ksian aq tgok slangor

    • kesian…nak main bola kaki bangku…
      dh 2 duk mroyan dlm ni…
      ahli kluarga man laksa la ni…
      1 family die suke cari pasal…..

  6. kesian selangor…ngan kedah pon kaloh…haarapkan BALABAN jer lah…..kalu takdok balaban aku raso selangor dok di tanggo paling bowoh liga….lau rasa selangor hebat bakpo kaloh pah ceroh…..sia farid…masih tak sedar dunia dah berubah…takleh trima hakikat musim kehebatan selangor dah berlalu….

    • alah,,kedah menang nasib je tu,,lepas ni datang selangor,, kemenangan akan memihak kepada selangor,,

      • ye la 2 farid oi….menang nasib je…..
        sb smue team lain kn kaki bangku…
        team selangor je yg pandai main bola….
        dh puas hati dh skrg….

        • awat farid,,,hg ni sakit jiwa ka,,,bila pasukan lain menang hang kata nasib,,,ihhhh,,tak faham betoi la dia ni,,terima la hakikat,,

  7. tq farid. at least ko ambik tahu pkembangan pasal kelantan menang. tq.

  8. selangok ambik balaban wat apa..kalau rasa org selangok hebat.kau farid gati balaban aku nk tgok cm mana kau main.. rasa2 kena 5-1 haaa3333

  9. selangok anak boyan duk tgga no7 pn nk belagak lg… udah22 lee sedar ckit diri tu..

    • selangoq tu,,,banyak mat indon ja,,,awat hang dok dengki sangat kat pasukan negeri lain,,,,,hang ingat pasukan hang nak menang sampai bila-bila ka farid,,baik tak payah buat liga,,,bagi teruih kat hampa,,,,hampa juara semua sekali,,,,

  10. gomo kelate gomo…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>