Terengganu catat kemenangan sulung
SELEPAS mencatat dua keputusan seri, Terengganu akhirnya berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menumbangkan Perlis 3-1 di gelanggang lawan sebentar tadi. [LIHAT VIDEO JARINGAN GOL]
Aksi di Stadium Utama Kangar itu turut menyaksikan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Hafiszuan menerima dua kad kuning.
Perlis yang berada di tangga tercorot dalam liga dilihat menunjukkan kesungguhan dan berjaya mengimbani permainan, tetapi ia masih tidak cukup untuk mereka mengekang kemaraan Terengganu.
Pada perlawanan itu, Terengganu terlebih dahulu memperoleh gol pembukaan menerusi pemain Abdul Hadi Yahya selepas menerima hantaran cantik dari Joseph Kallang Tie pada minit ke-23.
Dua minit kemudian, Kelekaan Perlis sekali lagi dihukum apabila Ashaari Shamsuddin pula berjaya memperdaya penjaga gawang sekaligus menyempurnakan gol kedua untuk Terengganu.
Pada minit ke-57, Terengganu meraih gol ketiga hasil sepakan penalti Abdul manaf Mamat.
Penalti tersebut dihadiahkan selepas Ashaari diterjah keras dari belakang oleh Mohd Hafiszuan dan tekanan tambah berganda buat skuad Singa Utara apabila dia kemudiannya dilayangkan kad kuning buat kali kedua.
Untuk rekod, Perlis masih belum memperoleh sebarang mata biarpun sudah bermain dalam tiga perlawanan.
Tuan rumah bagaimanapun berjaya memperoleh gol pertama sejak memulakan kempen Liga Super musim ini menerusi rembatan kencang Hafiszuan pada minit ke-66.
Kegembiran Hafiszuan tidak kekal lama apabila dia mendapat kad merah selepas dilayangkan kad kuning kedua berikutan tindakannya mencampak bola ke arah pengadil.
Pada pertemuan itu, Ashaari dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Luahan Perasaan