Nasihat Piya kepada pemain Kelantan yang ingin berhijrah
Kelantan The Red Warriors
“PEMAIN masih terikat dengan kontrak. Kita perlu dengar dahulu pandangan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebelum membuat keputusan ingin berhijrah ke pasukan lain.
“Tan Sri mungkin mempunyai pandangan yang konkrit untuk sama-sama kita terima dan kita tunggu sekembalinya bos kita itu dari menunaikan Haji di Makkah nanti untuk kita bincangkan perkara berkenaan,” kata Kapten Pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi atau lebih dikenali Piya.
Ditanya mengenai kemelut keputusan ada pemain untuk menyertai pasukan lain selepas ini, beliau berkata, setiap pemain ada hak masing-masing untuk membuat keputusan sendiri, tetapi sebaik-baiknya runding dahulu dengan Presiden KAFA nanti.
Kemelut yang timbul itu membabitkan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali Mat Yo yang dikatakan berminat untuk menyarung jersi Johor pada Liga Malaysia (Liga M) musim depan hingga sanggup Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menebus kontrak pemain itu dengan TRW.
Dalam kenyataan terbaru Mat Yo, kelmarin menyuarakan tidak menolak kemungkinan meninggalkan Kelantan sekiranya mendapat tawaran lebih baik daripada pasukan lain bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.
Menurut Piya, dia sendiri ada menerima tawaran daripada Selangor dan Terengganu, tetapi setakat ini tidak terfikir untuk berhijrah kerana menganggap lebih selesa berada dengan pasukan negeri sendiri.
“Perkara biasalah dalam pasukan bola sepak untuk memilih pasukan yang mereka suka kerana ingin menukar perubahan sebagaimana rakan-rakan kita yang membangkitkan perkara berkenaan sebelum ini.
“Namun, bagi saya tidak ada yang dikejarnya asalkan kita boleh bermain dengan cemerlang seperti yang kita berada dengan pasukan TRW sekarang yang mempunyai banyak kelebihannya,” katanya.
Beliau mengakui Presiden Kafa itu adalah pemimpin yang dianggap terbaik dan cemerlang yang bukan sahaja dari segi tunjuk ajar, tetapi juga menjaga kebajikan pemain tanpa ada sebarang masalah.
“Kita boleh tengok sendiri kemajuan dan kecemerlangan pasukan TRW sejak diterajui Tan Sri Annuar dan mungkin agak berlainan sekiranya kita menyertai pasukan lain pula,” katanya.
November 3, 2012 - 5:41 pm
Mu dengar tu matyo.. Tunggu bos balik dulu baru kecek kira.. Mu nak gi, gi lah.. Tp bos baru mu kena bayar la..
November 3, 2012 - 7:03 pm
Kapten Marvel, tabik spring utk demo. Gomo kelate gomo
November 3, 2012 - 7:18 pm
Brcakap guna otak.. ini lah hasil nya.. MatYo tu dok nampak $$$$$… sabar la sikit..Tunggu Ayahnda balik Haji dulu..Bincang dulu dgn ayahnda
November 5, 2012 - 8:59 am
Godio ayahnda ayahnda
November 3, 2012 - 7:56 pm
Hidup PIYA ….. Mu adalah player sejati ….. Fikir long term jange fikir short term.
November 5, 2012 - 10:39 am
Terbaiklah PIYA…. hope PIYA buleh jadi macam RYAN GIGGS kat MAN UTD tu…. setia selama-lamanya…
November 5, 2012 - 2:38 pm
ingat semula masa anuar musa banyak ambil player star atau pelayer kebangsaan main team kelantan, akmal rizal,hairudin omar dan banyak lagi termasuk matyo.
baru le kelantan naik.. sebelum ni sapa pun tak pandangkelantan,pasaukan belasahan dalam liga malaysia. player macam piya patut terima ksih sebab kehadiran mereka jadi teammatenya meningkatkan mutu permainannya
November 5, 2012 - 4:09 pm
mu duk kecek pasal star player masuk kelate… star staro mano gak…player2 hok mu oayk star tuh baru naik dgn kelate jh..mu tahu gapo…mu tengok akma rizal tuh..maso di kelate ore duk sebuk2 namo dio nyoh…dio g main perok bleh gapo…acu mu oyak…ado ore duk sebuk2 namo dio lg..mat yo 2 dlu sblum main nge kelate ado ore duk sebuk2 namo dio…pialo2 hok dio bulih tuh maso dio duk main nga team mano…buke team kelate ko…mu kalu x tahu gapo diam sudoh…
November 5, 2012 - 6:39 pm
oslo..sila buat kajian sebelum komen yg menunjukkan kamu cetek ilmu…KAFA ada formula sendiri utk naik semula,dulu pernah naik tp xsempat nak juara mana2 piala..byk sgt halangan..apabila naiknya TSAM sbg presiden beliau ni bekas menteri belia & sukan..so pengalaman beliau gunakan utk menaikkan KAFA..beli star masa itu hanya Indra yg betul2 star..yg lain mcm Akmal Rizal & Khalid jamlus mmg dah malap..Hai O hy semusim,pastu yg lain2 di gilap ok..Farhan,Apek, dan termasuklah matyo..mmg watak2 itu dr team asal mereka tidak menyerlah..jg apa faktor yg menyebabkan mereka menyerlah,xlain xbukan kerna team TRW & peminat2nya..mmg dulu org luar xpndag team TRW tetapi pnyokongnya mmg dah berzaman-zaman..w/pun main Liga Perdana fan dah ramai ok..jd 40% player adalah hasil pembangunan bolasepak Kelantan yea..xtahu jgn komen yea.. hua3 :-)…piya dah mmg superb masa dr Liga Perdana ok,tidak berjangkit hebat dr team mate beliau sbb beliau mmg dah hebat..org luar xpndg aku xtau kenapa..ini yg dipanggil karenah birokrasi..(betul ke??)..
November 6, 2012 - 9:34 am
tahun 2007 ada orang kenal FARHAN,KAHIRUL FAHMI,S CANTURU ,SUBRAMANIAM ,DAUDSU ,NURUL AZWAN ,NIK SAHRUL ZAIRUL FITRIE,RIZAL FAHMI ,NORSAHRUL IDLAN TALAHA, BADRI RADZI aku rasa tak
November 5, 2012 - 5:53 pm
kalau nk tgk bola sepak negara kita berkembang.. kena terima la perpindahan macam ni.. sama gak macam liga kat eropah. liga inggeris pun ramai player yang setia dengan pasukan asal.. dan mereka juga dihormati ramai.. memang respect kat piya..
November 5, 2012 - 8:20 pm
mutu pengadilan pengadil malaysia teramat lemah, bagaimana mutu permainan liga di malaysia nak naik, harap selepas ini bila perlawanan akhir ambil pengadil luar dari malaysia utk mengadili perlawanan,baru best tengok bola, ni dok pengadil asyik nok mapuh pemain dari negeri kelate jah, hidup TRW
November 5, 2012 - 8:25 pm
menabg treble dh pun..
November 5, 2012 - 8:33 pm
Mmgla dah menang treble..tp kita nak kekalkan atau up kan lg momentum..kita xmau dicap naik sekejap..hangat2 taik ayam..kalu bleh kita nk jd satu legasi yg branding kat M’sia..so,pndgan peminat bola diatas bleh jgk diguna pkai sebab reff kat negara kita ni xmcm reff pro…ade yg bagus mcm cikgu subkhidin & yusuf karim..syg cikgu dah xnak jd reff lg..
November 5, 2012 - 8:42 pm
kalau bab pengadil nak ikut stail pro.. perpindahan pemain pun kena pro jgk..
November 5, 2012 - 8:51 pm
Tambahan.. peminat juga perlu PROfessional..
November 8, 2012 - 4:08 pm
piya anok klate sejati,,khairul fahmi,piya,syakir jgan lupo mano tpat asal kito,,dan mana tapat kita naik…