Aksi Liga Singapura kurang penonton


Gombak United vs Harimau Muda 09.02.2012

Penyertaan Lions XII dalam Liga-M lebih tarikh perhatian

S-LeaguePENYERTAAN pertama kali Harimau Muda A pada saingan Liga Singapura (S-League) masih belum mampu menjadi daya penarik kehadiran penonton terutama warga Singapura untuk menyaksikan pertembungan menentang Gombak United FC di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Hanya sekitar 400 penonton hadir, sekali gus menggambarkan peminat bola sepak negara itu lebih tertumpu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang membabitkan penyertaan Lions XII sehingga mampu menarik kebanjiran melebihi 7,000 penonton.

Sambutan dingin penonton pasti merencatkan kualiti permainan tatkala penyertaan Harimau Muda terarah untuk meraih pendedahan peringkat antarabangsa bagi persiapan menghadapi beberapa siri perlawanan peringkat Asia dan baki kelayakan Sukan Olimpik London.

Apapun, jurulatih Ong Kim Swee enggan berbicara berhubung kesuraman saingan Liga-S, sebaliknya berbangga anak didiknya mampu mengimbangi kekuatan Gombak United FC yang diperkuat empat tenaga import selepas menang 2-0 untuk mengungguli tangga teratas liga.

“Kami beraksi dalam kepenatan selepas pulang dari Bahrain bagi kempen kelayakan Sukan Olimpik London dan kemudian mengharungi saingan Liga-S, namun itulah cabaran yang pemain ambil secara positif hingga mampu melakar kemenangan.

“Kekalahan kepada Bahrain 1-2 tempoh hari pantas dilupakan malah mereka komited dalam aksi pertama Liga-S apabila menguasai saingan terutama di babak pertama tetapi keletihan menyebabkan ada sedikit kelonggaran di babak kedua.

“Faktor padang rumput tiruan juga mengganggu rentak pemain kerana bola terlalu laju dan ada kalanya pemain hilang fokus,” katanya yang turut berpuas hati dengan penampilan pertama penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang konsisten ketika berdepan penyerang tinggi lampai Gombak United FC, Jung Hee Bong dari Korea Selatan.

Tanpa kelibat penyerang Ahmad Hazwan Bakri yang cedera, Kim Swee mempertaruhkan A Thamil Arasu di bahagian depan dan penyerang muda itu tidak menghampakan selepas mencipta jaringan dan kerap kali memaksa pertahanan Gombak United FC, Obadin Aikhena dari Nigeria bekerja keras.

Related Posts

2 Responses to Aksi Liga Singapura kurang penonton

  1. good start utk Harimau Muda!steady…

  2. memangla. singapura bkn ada negeri pun. main nga pasukan kita, bolehla bersorak atas semangat kenegaraan. mcm ATM la, bkn ada penyokong pun. yg dtg tu pun askar yg kena kerah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>