Gaji pemain Kuala Lumpur tertunggak tiga bulan
EPISOD malang skuad Kuala Lumpur bagaikan belum menemui titik noktah.
Selepas tersingkir daripada Liga Super, Sang Helang juga belum pasti dapat beraksi dalam Liga Premier musim depan.
Ia ekoran Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan masalah kegagalan membayar gaji pemain selama hampir tiga bulan, bakal dihalang untuk menyertai kancah bola sepak tempatan sekiranya gagal untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan, badan induk bola sepak negara itu bersedia ‘menghukum’ Kuala Lumpur sekiranya gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain.
Hamidin memberitahu, beliau telah bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Ketua Setiausaha Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Adnan Md. Ikhsan bagi membincangkan kepincangan pasukan Kuala Lumpur.
Katanya, Hamidin yang mengakui rundingan tersebut masih belum menemui hasil, FAM bersedia untuk tampil sebagai ‘orang tengah’ bagi membantu Sang Helang terus berada dalam Liga Malaysia.
“Saya bertemu dan berbincang dengan mereka (Ahmad Phesal dan Adnan) pada Sukma ke-15 di Pahang berhubung masalah yang dihadapi Kuala Lumpur ini.
“Buat masa ini, ia masih belum menemui sebarang jalan penyelesaian dan FAM boleh mengambil tindakan ke atas Kuala Lumpur daripada menyertai liga domestik.
Ia hanya akan dilaksanakan sekiranya mereka gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“FAM juga bersedia membantu untuk tampil sebagai pihak ketiga bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dan saya berharap Kuala Lumpur akan kekal beraksi untuk bersaing di Liga Premier musim depan.
“Harapan saya agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini sebelum musim baharu Liga Malaysia (Liga M) bermula,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan ganjaran dan insentif pasukan Liga M di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
Menurutnya sekiranya pasukan terbabit tidak membayar gaji pemain dan pegawai selama satu bulan, surat amaran akan diberikan kepada pasukan tersebut sebelum disusuli amaran terakhir jika masih gagal berbuat demikian pada bulan kedua.
Jika terus gagal, pasukan berkenaan akan digantung daripada beraksi sehingga pembayaran tunggakan gaji itu selesai.
Sementara itu, Kelantan meraih ganjaran dan insentif berjumlah RM1.07 juta selaku juara Liga Super sementara ATM membawa pulang RM460,728 sebagai ganjaran dan insentif selaku juara Liga Premier.
Penyerang import sensasi Terengganu dan Negeri Sembilan, Francis Forkey Doe dan Emmanuel Effa Owona dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super apabila berkongsi jaringan dengan meledak 15 gol pada musim ini.
Penyerang PDRM, Khairul Izuan Abdullah yang meledak 27 gol, muncul sebagai Penjaring Terbanyak Liga Premier. — Kosmo
July 21, 2012 - 11:17 pm
Org kaya kat malaysia….sanggup pergi beli kelab2 kat liga EPL walaupun kelab bawahan liga semata mata nak dpt nama…glamour…. Tp, alangkah bagusnya kalau diorang ni beli kelab2 kat malaysia dan naik kan martabat liga malaysia dgn duit dan connection yg diorang ada….
July 22, 2012 - 12:53 am
setuju…..
July 22, 2012 - 12:32 pm
Easier said than done.
July 22, 2012 - 1:25 pm
Kebanyakan pasukan adalah di bawah pengurusan kerajaan Negeri. Xperlu jutawan ambil alih xpe, asalkan “sponsor” banyak. Tp yg nk sponsor pun tgk jg kekuatan dan tahap sokongn pasukan tu. Berbaloi ke keluar duit nnt
July 22, 2012 - 5:29 am
mgkn bolasepak luar lebih menguntungkan… diorg nk promosi sbb diorg tu bisnesman. klu kat malaysia, diorg xdpt apa.. lihat saja dulu, kita ada syarikat kuat yg ada team dlm liga seperti public bank, MK land, KL plus.. apa jadi ngn team2 ni.. team yg ada skang ni sbb diorg adalah persatuan bolasepak negeri (FA) yg bernaung di bawah FAM, team kelab bernaung di bawah FA dan terikat dgn FA negeri & FAM.. kesimpulannya???? cuba anda fikirkan…..
July 22, 2012 - 8:58 am
Bukan ke KL ni negeri (wilayah) yang kutipan cukainya terbanyak di Malaysia ke? Xkan gaji pemain xboleh bayar? Pelik bin Ajaib ni
July 24, 2012 - 8:51 pm
kamu ni cakap pakai lutut ke ha?kalau pakai semua cukai tu untuk team bola,kome gak yang bising.kalau kome salah seorang pembayar cukai kome pon bising kalau duit kome bayar tuh pegi ntah mana2.pelik ajaib sungguh komen kome ni…
July 22, 2012 - 2:11 pm
Kl sepatutnya team yg kuat. Kalau tak kuat maknanya pengurusan yg problem. Kalau tak de duit. …… Itu bohong.
July 22, 2012 - 5:59 pm
sokong
July 22, 2012 - 2:21 pm
Kl perlu satu orang yg faham bolasepak dan arif dgn pengurusan. Klfa kena ada seorang yg berwawasan seperti TSAM.
July 24, 2012 - 7:19 pm
jolo sungggggggggggoh