Kemenangan ke atas Lions suntik semangat Kelantan
Kelantan vs PKNS FC
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
8.45 malam (Jumaat), LIVE Astro Arena
JUARA bertahan, Kelantan membuka saingan Liga Super dengan mencatatkan kemenangan tipis 2-1 menewaskan pendatang baru pasukan Lions XII (skuad bawah 23 tahun Singapura) pada perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Selasa.
Kemenangan itu mampu meningkatkan motivasi pemain Red Warriors bagi memburu kemenangan kedua apabila turun menentang PKNS FC malam esok.
“Tiga mata ini cukup penting bagi kita setelah tersungkur kepada Negeri Sembilan 1-2 dalam aksi Piala Sumbangsih tempoh hari.
“Kemenangan ini diharap dapat menghapus keraguan para peminat mengenai prestasi buruk pasukan kita.
“Semua pemain berhak mendapat pujian di atas kemenangan ini. Kita beraksi di atas padang tiruan serta di hadapan hampir tujuh ribu penyokong pasukan lawan tetapi kita masih beraksi dengan baik sehingga mampu mencatat kemenangan.
Pada perlawanan berkenaan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan, Baihakki Khaizan pada minit ke-33.
Video Lions XII 1-2 Kelantan
Namun kegembiraan pasukan Lions XII tidak bertahan lama apabila penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-45 dan pemain import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar memastikan pasukan Red Warriors membawa pulang tiga mata menerusi jaringan penalti pada minit ke-80.
Selain Kelantan, pasukan Felda United, Sarawak, Perak, T-Team dan Johor FC turut mengutip tiga mata setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing pada saingan awal liga.
Manakala juara baru Piala Sumbangsih, Negeri Sembilan mensia-siakan kelebihan dua jaringan awal apabila diikat Selangor 2-2 di Paroi.
July 1, 2012 - 3:17 pm
KELANTAN MNNG 1-2 KE ATAS LIONXLL…..KELANTAN NO 1 JUARA LIGA super 2012….