Tok Gajah dibaham Harimau
HARIMAU Muda menewaskan Pahang 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi.
Gol pertama Harimau Muda dijaringkan menerusi rembatan Izzaq Farris Ramlan dari dalam kotak penalti pada minit ke-28.
Skuad Tok Gajah kemudian cuba mencari gol penyamaan, namun serangan demi serangan yang diatur gagal membuahkan hasil.
Pada babak kedua perlawanan, ketangkasan penjaga gol tuan rumah terus diuji menerusi dua percubaan oleh Izzaqfarris dan Mohamad Fandi Othman, namun berjaya ditampan.
Bagaimanapun, kelonggaran pertahanan tuan rumah mengundang padah apabila Harimau Muda berjaya membolosi gawang pada minit ke-76 hasil jaringan A.Tahmil yang menerima hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor.
Sehingga wisel penamat, kedudukan Pahang 0 Harimau Muda 2.
Luahan Perasaan