VENUE perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby pada 19 Mei ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan minggu depan, kata Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Katanya jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh beliau, akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi menentukan stadium serta harga tiket perlawanan akhir Piala FA.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan pertandingan Piala Belia Bawah 19 Tahun peringkat kebangsaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

Pada separuh akhir kedua semalam, Sime Darby mara ke perlawanan akhir dengan menumpaskan Terengganu dengan agregat 2-1 manakala Kelantan layak atas peraturan gol di tempat lawan selepas seri 2-2 menentang Kedah.

Sumber dari pengurusan Pasukan Kelantan pula memaklumkan, venue perlawanan akhir Piala FA 2012 sudah diputuskan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.




coded by nessus

Main topics: Liga Malaysia, Piala FA

Sub topics: , , , , , , , , , ,


Readers Comments (0)