PBNJ buat akuan bersumpah KAFA gagal tunai janji
Suhairi Hashim, Setiausaha Kehormat PBNJ - Gambar hiasan
‘Perang’ antara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memasuki episod baharu apabila PBNJ mendakwa KAFA gagal menepati janji memberi jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong mereka.
Sehubungan itu, PBNJ membuat akuan bersumpah berhubung rentetan kejadian sebelum dan sehingga berakhirnya perlawanan saingan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 15 Januari lalu.
Draf akuan bersumpah tersebut yang mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960 dibuat oleh Setiuasaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim dan Bendahari Kehormat PBNJ, Datuk Abd Latiff Bandi. Ia turut dihantar menerusi emel kepada pihak media.
Akuan itu antara lain turut menyatakan mengenai pertemuan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan KAFA, Datuk Ismail Mohd Nor dengan Suhairi dan Abd Latiff di Hotel Renaissance pukul 2 petang hari perlawanan.
Annuar dan Ismail juga mengesahkan bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai kehadiran 200 penyokong Johor Darul Takzim tetapi bersedia untuk kehadiran VVIP walaupun dimaklumkan dalam surat PBNJ kepada KAFA bertarikh 14 Januari lalu.
Suhairi dalam akuan bersumpahnya menyatakan, mereka berempat juga membincangkan suasana semasa penyokong Kelantan masih tidak berpuas hati dengan isu Norshahrul Idlan Talaha.
“Semua pihak perlu bersedia berhadapan provokasi dari penyokong serta kebimbangan tentang isu keselamatan. Oleh itu, Annuar meminta Ismail memanggil satu mesyuarat keselamatan antara PBNJ dan KAFA dan pihak terlibat pada 4 petang,” katanya.
Menurutnya, dalam mesyuarat itu antara lain meminta kawalan keselamatan penyokong ditingkatkan kerana stadium kurang aspek keselamatan di mana tiada pagar atau sempadan pemisah.
Pihaknya juga turut meminta kawalan Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) tetapi dimaklumkan pasukan itu tidak boleh berada dalam stadium kerana penyokong Kelantan merasakan ia satu provokasi dan akan menyebabkan mereka bertindak liar.
“Bagaimanapun, peristiwa sebenar berlaku adalah pemain Johor Darul Takzim dan saya disambut dengan provokasi penyokong Kelantan apabila sampai di stadium pada pukul 6.50 petang. Penyokong turut mengalami perkara sama semasa berjalan ke stadium.
“Ancaman menjadi semakin kasar selepas gol kelantan minit ke-38 apabila penyokong mereka membaling objek bukan sahaja ke padang tetapi kepada penyokong Johor Darul Takzim dan berterusan hingga wisel penamat,” ujarnya.
Susulan daripada itu katanya, satu laporan polis dibuat di Johor Bahru sejurus sampai ke negeri ini.
- Utusan Malaysia
PBNJ: Kafa gagal tepati janji jamin keselamatan penyokong Johor
PENGURUSAN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membuat akuan bersumpah berhubung insiden perlawanan Kelantan menentang Johor Darul Takzim, minggu lalu.
Akuan tersebut dibuat Setiausaha Kehormat, Suhairi Hashim dan Bendahari Kehormat, Datuk Abd Latiff Bandi.
Antara isi kandungan akuan mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 menyatakan kegagalan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menepati janji bagi menjamin keselamatan penyokong Johor Darul Takzim diserang dengan objek sehingga mengakibatkan kecederaan.
“Dalam perbincangan kira-kira jam 2 petang hari perlawanan, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ismail Mohd Nor berbincang berkaitan perlawanan malam itu, di mana Kafa menyatakan tidak maklum kehadiran 200 penyokong Johor Darul Takzim tetapi bersedia untuk kehadiran VVIP, biarpun surat telah dihantar pada 14 Januari.
“Perbincangan turut mengutarakan tentang suasana penyokong Kelantan yang masih tidak berpuas hati dengan isu Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan persediaan berhadapan provokasi penyokong,” katanya, semalam.
Satu mesyuarat diadakan jam 4 petang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dipengerusikan Ismail dan antara perkara dibangkitkan, memaklumkan kehadiran VVIP dan 200 penyokong Johor Darul Takzim yang beli tiket secara tempahan daripada Kafa.
Perkara lain yang dibincangkan adalah meminta kawalan keselamatan penyokong Johor Darul Takzim ditingkatkan dan pengerusi menjamin tiada masalah berlaku kerana penyokong Johor Darul Takzim diletakkan bersama Ultras Kelantan, polis serta Rela yang akan mengawal sebagai tembok pemisah.
“Saya minta kawalan FRU dibuat tetapi dimaklumkan FRU tidak boleh ada dalam stadium kerana penyokong Kelantan merasakan ia satu provokasi dan akan menyebabkan mereka bertindak liar.
“Pengerusi juga memberitahu jika terjadi kejadian merusuh, penyokong Johor Darul Takzim diminta jangan bergerak sehingga lampu dimatikan dan penyokong Kelantan dibawa keluar, barulah penyokong Johor Darul Takzim dibenarkan keluar ikut laluan belakang diiringi polis,” katanya.
Menurutnya, ancaman menjadi kasar selepas gol Kelantan pada minit ke-38, dengan membaling objek bukan sahaja ke padang tetapi penyokong Johor Darul Takzim dan berterusan hingga tamat wisel.
Jelasnya, lampu dipadamkan 11.35 malam, penyokong Johor Darul Takzim mula diiring masuk ke padang dengan iringan polis menggunakan jalan belakang ke IPK.
Beliau berkata, Kafa gagal tepati janji untuk jamin keselamatan atas kekasaran itu, satu laporan polis dibuat di Johor Bahru sebaik tiba di negeri ini. — Sinar Harian
January 20, 2013 - 12:46 pm
panas…panas…ingat ko doh tutup fail kes ni…rupo2nyo koho borak..BASO BENGONG….betullah kato jani dale crito SEBUAH PIALO SEKOR KAMBING…”SUKAN TIDAK BULEH MENYATUKAN MANUSIA”……..’KOHO BBALOH ADOO LAAAAA….
January 20, 2013 - 6:19 pm
Puak mung yang kuat provokasi…baru menang cup kecoh lebeyyy
January 20, 2013 - 12:56 pm
macam budak sekolah rendah suka bergaduh….
January 20, 2013 - 12:57 pm
Apa yg dibangga sangat buat akuan bersumpah tu…
January 20, 2013 - 1:00 pm
Yang buat surat bersumpah ni ni Pak turut saje… Yang suruh tu President dia… Macan FAM juga… ramai Pak turut dan kaki ampu
January 20, 2013 - 1:23 pm
hoooo tu dio..puok dio duk main jolok sare tebuan weh..
January 20, 2013 - 1:24 pm
ibarat bagai Nak tutup bangkai gajah….isu sebenarnya ialah askar tmj, sudahlah… semua org tahu menilai, cukup2lah buat kerja bodoh macam ni.
January 20, 2013 - 1:36 pm
Sebenarnya isu baling objek buka shj ke padang ataupun penyokong lawan, malahan penyokong sendiri (yg kat bawah) la biasa kena. Tu semua puak2 bodoh, tak cerdik yg merupakan duri dlm daging penyokong Kelantan dan KAFA. Skrg yg kena tanggung adalah KAFA jg. Aku cadangkan, untuk yg suka baling botol ditempatkan satu ruangan khas yang ada jaring utk halang balingan objek. Namakan ruangan tu “kandang monyet”. Sorila, wp aku penyokong TRW tp sikap baling objek/ pasang mercun mmg aku anti habis!
January 20, 2013 - 1:38 pm
Aku dah agak dah geng2 TSAM mmg xdpt dipercayai, kaki putar belit, dia kena denda dulu pun penyokong yg bayar,,, dialah punca bola sepak malaysia ni hancur,..KAFA nak tutup cerita pasal cederakan penyokong johor dan tengku mahkota kelantan serta kes baling mercun dan kes ugut penyokong johor serta ancaman sampai luar stadium dengan isu2 remeh seperti kehadiran 6 komando…
Tengoklah nanti, kehadiran komando tu tak akan jd masalah, yg jd masalah ialah perangai korang yg macam beruk
January 20, 2013 - 1:50 pm
Masuk rumah org tunjuk samseng…kalau keturunan lanun…keturunan lanun la jugak
January 20, 2013 - 2:01 pm
keturunan lanun johor…teringat prebet adam….
January 20, 2013 - 6:08 pm
senang je nak tahu siapa tipu siapa…. Pasukan Johor sebenar yang mana satu Johor FC lak yang mana satu… yang tu dah tipu.. tu yang jelas lagi bersuluh tu… Pasukan mana yang duk liga perdana yang mana duk liga Super… tu pun dah tipu… JELAS
January 23, 2013 - 4:37 pm
Teringat kes pemain hoki kena pukul….
Teringat kes perlembagaan persekutuan di pinda untuk tarik kekebalan raja2.
Teringat kata Che Det melayu mudah lupa.
January 20, 2013 - 11:41 pm
Lombok ni bodoh ke cerdik sebenarnya ni???
Baru belajar tengok bola ke ape…
January 21, 2013 - 11:55 pm
cmne x jadi beruk,yang datang bertandang beruk2 yang liar,tu psal TMJ hantar pengiring bersenjata,untuk kawal beruk2 dia.dia takut beruk2 dia menganas di tempat orang.
January 22, 2013 - 6:31 pm
Lombok gila 40X… Amin..
January 20, 2013 - 1:53 pm
apa sebenar yang berlaku ni ?
cakap mula2 hantar GGK tu sebab kdymm Sultan nak mencemar duli ke stadium sultan mohamad ke 4, kdymm sultan johor tak jadi berangkat ke sana pun, GGK masuk stadium juga kan, PBNJ tak de nombor telefon adikong kdymm sultan johor ke, sepatutnya hadir atau tidak hadir kdymm sultan johor tu, PBNJ dah tahu awal2 kan, PBNJ kena kena bagi tahu awal2 lah kat KAFA tu, siapa dia VVIP yang hadir ke tidak ke stadium,
VVIP tak datang, GGK masuk stadium jugak kan, GGK nak jaga siapa ? Kdymm sultan johor adalah kolonel kehormat GGK, jadi bila kolonel kehormat GGK tak jadi berangkat ke stadium sultan muhamad ke 4, buat apa GGK nak duduk dalam stadium kan, GGK nak jaga siapa yer, nak jaga coach fandi ke, nak jaga mat yo ke, nak jaga apek ke nak jaga piya ke ?
kalau setakat GGK masuk stadium sbb nak jaga fandi, mat yo, apek dan piya tu, tu bukan level GGK lah, cukup dengan kawalan PDRM dan RELA jer kan, GGK ni skuad elit negara(beret hijau)
PBNJ sepatutnya peka dan faham dengan situasi di stadium sultan muhamad ke 4, kalau dah tahu awal2 lagi reaksi penyokong trw masih marah dan tidak dapat menerima lagi perpindahan mat yo ke johor tu, PBNJ tak perlu menghantarlah penyokong JDT ke kota bharu kan, PBNJ dah tahu semua perasaan penyokong trw tu, kenapa masih lagi nak hantar penyokong kan ?
Saya cadangkan lps ni, untuk perlawanan antara Kelantan dgn JDT dalam bulan mei nanti, di langsungkan tanpa kehadiran penyokong masing2, senang kerja, GGK tak payah masuk stadium kan, takde penyokong penyokong kelantan takdelah baling2 mercun kan dan takde penyokong JDT takdelah tunjuk2 punggung kan, habis cerita,
January 20, 2013 - 2:01 pm
Tak.. Aku cadangkan penyokong Kelantan ramai2 pergi stadium Larkin. Buat mcm final dah. Kita tengok, setakat mana langkah keselamatan stadium Larkin nnt. Lepastu kalau penyokong kita kena provok, buat jg laporan pd FAM. Tengok apa langkah FAM bila Kelantan jg mangsa
January 20, 2013 - 2:18 pm
Mampuus lah ….. Fam & pbnj adalah pemusnah segalanya….. Kalau nak selesai …. Fam kena berubah dulu ….. Kena fair & transparent … Do not look raja, istana, etc …. Kena tengok semuanya manusia dan rakyat…. Adili secara bijaksana …. Sekarang FAM nampak macam tunggul dan macam lembu kena tarik hidung. Presiden FAM di tundukkan oleh presiden Pbnj. Siapa perintah siapa sekarang?
January 20, 2013 - 2:20 pm
aku setuju dgn mu kaka.
January 20, 2013 - 2:28 pm
Duk bising2 ni ada tak penyokong/pemain johor yg cedera atau mati. Biasalah dalam bolasepak, bukan di Kelantan je, negeri lain macam tu jugak.
Punca ini semua adalah pemain Kelantan telah dicuri, kalau tak, tak adalah bising sampai macam ini sekali.
Jadi pihak FAM tu, bertindaklah sekarang, carilah penyelesaian, jangan duk tunggu dan lihat. Perlu proaktif. Kalau tak boleh jadi pemimpin bagi je kat orang lain. Malaysia ni ramai yang berkebolehan.
January 20, 2013 - 6:46 pm
Bukan pemain kelantan dicuri ….. Nak pergi pergilah tak kisah tetapi masaalahnya bayaran yg rak setimpal macam kafa mahu ….. Bincang tak dee pun dan tak adil … Mat yo giii … Pergilah tak kisah tapi compensation mesti lah adil
January 20, 2013 - 2:48 pm
Akuan bersumpah dah buat kan, lepas ni PBNJ nak buat apa lagi yer, cuba semak dgn ROS pulak kan, lepas tu semak CTOS, Lepas tu semak dengan BANK Negara,
takpun, failkan saman rm1 bilion ke atas KAFA sebab tak sediakan FRU pada malam tu, takpun PBNJ bawa kes ni mahkamah antarabangsa di The Hague Belanda,
Apa lagi PBNJ nak buatkan, bolehlah PBNJ runding dengan apek ke farhan ke bojan ke untuk main dgn JDT tahun depan, kontrak tak habis lagi takpe, bayar sikit rm299 k jer,
Takpun PBNJ mintalah FAM tutup terus KAFA kan, boleh lah JDT maintain nak dapat berpuluh2 piala kan, dalam liga super pun setakat treble jer kan, PBNJ buat sendirilah piala2 tu, baru boleh jadi juara bergreble treble dan double trouble kan
Apa lagi PBNJ rasa nak buat kat KAFA ni, bannde penaung KAFA selama 1000 tahun ke tak boleh bertanding dalam FAM, ok jugak kan, Apa lagi PBNJ rasa2 nak buat kan,
moral : bila kita cakap pasal bola, semua orang cakap tahu pasal bola, bila cakap pengurusan bola sepak, tak semua orang tahu tentang pengurusan bola sepak ni,
janganlah sampai golongan macam ni, bertapak di FAM tu, takut jadi pisang berbuah berkali-kali
January 20, 2013 - 5:53 pm
NANTI PBNJ MINTAK LAA pulak FAM HARAMKAN KELANTAN DARIPADA SERTAI MSL TERUS yaa…….MESTI FAM AKAN LULUS DAN SETUJU PUNYA….PASAL ITU FAM …KUARGA DIA PUNYA KERABAT…..
PASTU PLAYER KELANTAN HEBAT-HEBAT MCM OBINA,APEK,PIYA,SHAKIR,FARHAN..INDRA,DAUDSU,POKNIK …TAHUN DEPAN BOLEH MAIN NGAN DTFC PULAK,TAKYAH NAK GADUH LAGI BEREBUT PLAYER PASAI TEAM KELANTAN DAH DIBUBARKANNN…HE.HE.HE…(macam p/raya la pulakk….HE.HE.HE…..
January 20, 2013 - 11:38 pm
Buat la apa kau nak buat labuuu…
January 20, 2013 - 2:52 pm
aku sebagai rakyat johor berasa tersangatlah malu dgn tindakan tidak matang PBNJ…rasa macam nak mohon kerakyatan kemboja je.bola je pun,buat malu negeri je.kita kena belajar terima kenyataan.jangan jadikan orang lain sebagai mangsa atas sikap kebudak-budakan kita.
January 20, 2013 - 3:04 pm
mmm, ramainyer duk kutuk bos aku ni, tak boleh jadi ni, kena report polis dah ni
January 22, 2013 - 6:41 pm
sape2 yg jd anak johor..mesti malu ngn sikap TMJ ni kan?? Ke mana lg taik jatuh klau tidak ke mangkuk jamban…
January 20, 2013 - 3:00 pm
mmm, ramainyer nak duk kutuk bos ni, tak boleh jadi ni, mesti buat report polis ni
January 20, 2013 - 6:53 pm
Tak payah reportlah …. Suruh boss berfikir macam rakyat biasa lagi bagus. Tak payah guna keistimewaa raja tuuu… Baru nampak gentleman dan macho boss kamu tuuu
January 20, 2013 - 3:08 pm
tak payah la report..malu…
January 20, 2013 - 3:56 pm
nanti la JDT maghi sekali lagi main di KB, nok tengok su ni maghi ko tidok
January 20, 2013 - 4:34 pm
Adik kakok sama ada orang Kelantan atau Johor -> saya mintak sangat supaya semua bertenang. Perbalahan ini TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan kita yang berehi makan budu atau tempe ini.
Apa yang sedang berlaku ialah provokasi tolol-tololan daripada cucu Sultan Pahang kepada TSAM.
Semua tahu dah apa perangai kerabat Johor -> ini pun TIADA KENA MENGENA dengan kita rakyat jelata, sebab golongan kerabat, dia kata dia ada imuniti -> lantaklah dia nak buat apa pun!!
Bagaimana pun kita sebagai rakyat yang ada pelajaran, ada iman, ada kesedaran dan ada keinsafan tidak mahu terlibat dalam politik sekolah rendah yang dimainkan oleh PBNJ ini -> mari kita berganding bahu, buat demonstrasi ke, terhadap sang bengong ini dan katakan lepada mereka -> kita tidak perlukan mereka. Bikin malu Malaysia sahaja dengan politik longkang mereka.
Majulah Bolasepak Untuk Negara
January 21, 2013 - 12:52 pm
ambo setuju dengan demo redwarrior, tapi gak berapa kerat jah manusia hok boleh mikir ni,
sapa bila kita nak jadi lagu ni, tempat mat salleh dan afrika, bola ni jadi bisnes dan kaya raya, tempat kita pulak, bola ni jadi tempat nak tunjuk2 kuasa, nak tunjuk2 hebat, nak suruh semua orang tunduk ko dia jah, gapo hok dia royat dan buat tu semua betul,
ni zaman 2013, zaman moden, zaman semua orang dah ade pelajaran, zaman semua orang tahu baik dan buruk, zaman orang semua yang mane baetul dan yang mane salah,
tak perlu nak ulangi cerita zaman2 klasik, zaman2 purba tu,
ingat !!! tanpa raja rakyat boleh hidup jugak kan, rakyat boleh jugak kan, tapi raja tanpa rakyat, dia boleh hidup ke ? dia boleh makan jugak ke ? sebab mane ade raja sorang2 kan, mesti ade rakyat jugak kan,
janganlah hilang hormat, kesetiaan, ketaatan rakyat kepada raja, raja jugak kenalah mcm tu jugak dgn rakyat, barulah kena pada tempatnya, di dunia ni, kita memang bebeza, ibarat langit dan bumi, tapi di akhirat, kita ni sama jer, semuanya mahkluk allah swt, anda baik, anda masuk syurga, anda tidak baik, anda masuk neraka,
ni semua bukanlah rekaan semata2, tapi sekadar mengingatkan semula ajaran mak bapak kita, ajaran ustaz2 kita, ajaran cikgu2 kita, biar kita tak lupa diri, biar kita tak lupa, kita semua ni hamba allah swt jer
January 20, 2013 - 4:34 pm
elok buang aje jdt dgn kelantan…..bawa mslh aje…satu psukn bru menang piala nk kecoh…lg satu pssukn…phm2 aje la,,,.perak jg best…slgr…phg dan lain2…
January 22, 2013 - 6:48 pm
Best ke yob?
Jgn2 best menyorak je..pastu point x dpt..
January 20, 2013 - 5:06 pm
ada ke letak FRU jadi provokasi kat penyokong.. penjahat kalau nampak polis memang takut. tu yg kepala angin jer
dah tahu ada risiko provokasi,bergaduh kena le buat pencegahan,ambil langkah keselamatan ,bukan main biar je
memang kaki putar alam le tsam ni, yang penyokong dia pun kena tipu hidup2 ngan dia..kesian
January 21, 2013 - 5:41 am
Pemimpin Umno
January 21, 2013 - 1:24 pm
ya allah lindungilah dan jauhikanlah negeri kami, sultan kami dan kami semua daripada fitnah syaitan dan fitnah dajjal, berikanlah hidayah mu ya allah kepada hamba mu yang bernama sep, semoga dibersihkanlah hatinya yang penuh kedengkian, ketaksuban, amin…
ingat sep, tarikh bola kita tahu bila nak main kan, tapi tarikh mati kita, kita tahu ke ? istigfar lah kita semua ni
January 20, 2013 - 5:35 pm
memang betul SAYA SETUJU NGAN SEP… orang jahat memang pegi mana-mana pun bawa “BODY GUARD ATAU KOMANDO….AL MAKLUMLAH….NAK SURUH KAWAL DIA …HE..HE..HE……BETUL TAK SEP?
January 20, 2013 - 5:39 pm
TENGOK BOLA BIASA LAR ADA BENDA BALING OBJERK NIE.. MANA ADA TGK BOLA AMAN JER.SEDANGKAN TGK EPL POWN FANS DOWANG FANATIK SANGAT NGAN TEAM DOWANG SAMPAI ADA BALIK2 OBJEK BAGAI… KALAU NAK AMAN DAMAI JER SAMPAI X NAK ADA RUSUH2 SIKIT BAIK X YAH BUAT TEAM BOLA SEPAK…TUBUH KAN TEAM BOWLING LAGI BAIK HIHIHIHIH
January 20, 2013 - 6:18 pm
aku setuju….
January 20, 2013 - 8:53 pm
Wah negeri neraka……ckp jgn sebarang cakap…nnti tergelincir akidah…tu baru tentu keneraka kau nanti wahai hantu lombok.
January 20, 2013 - 11:36 pm
Kesian bos kamu..
Cuba la jadi mcm bos orang lain, ikut peraturan. jangan la tinggi diri bila berada di atas undang2.
Semenjak satu team baru masuk liga M ni, banyak perkara-perkara pelik yg tak pernah dibuat orang lain terjadi.
cuba diam kan diri, perhatikan dan belajar dari yg dh lama dalam bolasepak ni..
January 21, 2013 - 11:44 am
Nak tanya sikit confirm ke penyokong kelate yang baling bom asap ari tuh. mana tau kot2 ada penyamar nak burukkan imej penyokong kelate
Pingback: Usah malukan negara - Shabery Cheek | Sokernet
January 21, 2013 - 11:55 am
yang baling batu ari tu taknak buat akuan bsumpah jgk ke?…