Mental kuat kunci kejayaan JDT
Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad mempertahankan tindakannya meletakkan dua pemain kebangsaan, Safiq Rahim dan Safee Sali di bangku simpanan pada separuh akhir kedua Piala FA menentang Pahang, kelmarin.
“Malam ini (kelmarin) pemain membuktikan kemampuan Johor DT biarpun ada cakap-cakap yang mempersoalkan ketiadaan pemain kebangsaan Malaysia dalam pasukan utama. Saya tetap turunkan Safiq dan Safee (dalam beberapa minit terakhir babak kedua).
Fandi memasukkan Safiq dan Safee untuk menggantikan Mohd. Nazri Ahmad dan Leonel Nunez tetapi menurunkan dua lagi pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak dalam kesebelasan utama sepanjang 90 minit permainan.
Kelmarin, kekuatan mental dan kematangan pasukan serta kata perangsang jurulatih Fandi membentuk resipi tepat yang menjana kemaraan Johor DT untuk berdepan juara bertahan Piala FA, Kelantan dalam perlawanan akhir, 29 Jun ini.
Tanpa terlalu tertekan biarpun ditinggalkan Pahang 2-0 dalam babak pertama, anak buahnya membuktikan kebangkitan semula mereka seperti mana ketika menewaskan Kedah dan Selangor dalam pusingan kedua dan suku akhir.
“Selalu kami ketinggalan (dalam kempen) Piala FA musim ini, namun dalam apa juga keadaan pun, kami masih mampu bangkit. Mental pasukan cukup kuat menanganinya dan permainan kami tidak terganggu.
“Inilah kejayaan paling bermakna bagi Johor Darul Takzim kerana sudah sekian lama pasukan bola sepaknya tidak ke perlawanan akhir,” katanya.
- Utusan
June 3, 2013 - 9:45 am
pemain JDT mental??
June 3, 2013 - 10:18 am
Menang nasib je