N.Sembilan, Kelantan ke Final Piala Malaysia 2010

JUARA musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua malam tadi.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, pasukan pelawat, Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Johor FC dengan kemenangan 2-0.

Sebelum ini pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Johor FC mendahului Negeri Sembilan 1-0.

Pada separuh masa pertama perlawanan tampak kedua-dua pasukan lebih bertumpu kepada jentera serangan bagi menghasilkan gol pendahuluan perlawanan.

Pengadil perlawanan Nagor Amin Noor Mohamed telah mengiktiraf gol pertama pasukan negeri Sembilan apabila tandukan Mohd Shukor Adan telah melintasi garisan gol pada minit yang ke-36.

Pada babak kedua para penyokong pasukan Johor FC bagaikan terdiam apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Negeri Sembilan apabila Kunalan Subramaniam telah dijatuhkan oleh Khiri Kiman di dalam kotak penalti dan Sharurain Abu Samah menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-60 perlawanan.

Sementara itu, Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, pasukan tuan rumah yang juga naib juara Piala Malaysia pada musim lepas begitu bersemangat untuk mencari gol awal pada separuh masa pertama lagi dengan melakukan lebih lapan percubaan. Bagaimanapun, serangan itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias yang beraksi cemerlang. [LIHAT VIDEO]

Pada minit ke-2 Kelantan nyaris menyumbat gol awal melalui sepakan Norshahrul Idlan Talaha yang terkena tiang.

Pada babak separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak mengasak dan Mohd Helmi terpaksa bekerja keras mengekang asakan pemain Red Warriors itu.

Kekebalan Mohd Helmi akhirnya tewas pada minit ke-79 melalui sepakan sudut yang diambil Norshahrul Idlan Talaha.

Sepakan bola tersebut melencong masuk dan gagal ditampan kemas Mohd Helmi yang menyaksikan lebih 20,000 penonton bersorak kegembiraan.

Perlawanan juga menyaksikan tiada insiden kekacauan yang dikhuatiri dicetuskan penonton tempatan berlaku namun beberapa insiden letupan mercun masih berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung.

Negeri Sembilan dan Kelantan akan bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Related Posts

29 Responses to N.Sembilan, Kelantan ke Final Piala Malaysia 2010

  1. Pingback: piala malaysia 2010 Kelantan & N.Sembilan Ulangi Final 2009

    • saya harap pada malam final piala malaysia 2010 ini skuad kelantan akan bermain dengan cermelang untuk megalahkan negeri sembilan
      skuad kelantan berpotensi tinggi sekiranya mereka dapat mementapkan lagi skill serangan mereka……
      saya harap malam final kelantan vs negeri sembilan ini tidak ada pegadil yang tidak adil spt final kelantan vs negeri sembilan tahun lepas…jangan tuduh
      kelantan biadap….
      INSYALLAH…malam 30.10.2010 ini kelantan akan melangkar sejarah dalam piala bola sepak piala malaysia 2010.
      harap tiada pergaduhan besar berlaku spt sebelumnya……krn ia blh rosakkan imej sesuatu kumpulan.

  2. Insya Allah..kelantan menang…sebab kali ne xdop ……….baru…kelantan patut hadiahkan kemenangan pada sulta kelantan yang baru..Allahu Akbar!

  3. I LOVE KELANTAN

  4. perfect timing for kelantan

  5. AWI (THE RED WARRIOS)

    Insyaallah tahun ni piala malaysia milik pasukan klate…….kito pkat ramai2 g stadium bkit jalil….Gomo Klate Gomo.

  6. tak perlu salahkan pengadil….
    negeri 9 main dengan cemerlang… kelantan terlalu over confident ditambah dengan penyokong yang padu… pikir2kan lah yer

  7. kelantan become a winner!!! goOd luck 4 all kelantan’s football squad 2010……….

  8. kalau pengadil bersikap telus dan adil dlm perlawanan N9 JFC smlm, belum tentu N9 menang! Namu tahniah la ye N9, selamat bertemu pasukan paling komited dlm piala mesia thn ni..Kelantan..layanzz la yek

  9. gomo kelate gomo….gomo biar cawat kote

  10. olek…olek…olek…..sumbak gol….sumbak gol……

  11. x dapek klantan nak monang do… tgu la lwn ko team lain… korg jgn main bomoh yo, suh osman kering tu balik la…

    • hobeng klate hobeng...

      ikut osman kering la nk balik ke x…dia beli tiket jgak….sesiapa pn layak msuk stdium…jeles la tuu….

  12. go more kelate go more!

  13. haha.. johor fc berlagak.. dah kalah buat cara dah kalah.. team ko tak cukup bagus lagi nak ke final. kat paroi main berkampung macam budak sekolah.. kat pasir gudang nak salahkan pengadil pulak.. main kasar nak mampus..

  14. Kelate sedap l0ni..Xsup0 dulu…Harap2 mene deh.. Balik N.9 balik..Haha.

  15. hahha..jgn banggo kelate..nanti kalah.. kite samo2 tengok… doa yang tbek..hindari pergaduhan.. mtk2 pngyokong kelate dh tobat kali ni..dok wat kontroversi yo.. hobin jang hobin! may Allah bless them!

    • ala tgk je bola n9 vs kelantan, smua prlawanan bergantung pada panalti. btol aku ckp, tgk je dari tahun 2009-2010 ni semua byk panalti je. tahu sumbat pakai panalti je ke. tgk kelantan sumbat camano.. world class tak? HAHAHAHHA

  16. sori la jang xdptla nak menang tahun ni…tahun lepas blh la striker pun khalid jamlus..tahun blh ke kawal norshahrul,indra,

  17. kelate bako buleh blako…hok baek ko jhat ko fitrah manusio…jge sdap dok kato klate peranga x molek gak..hok ngaji panda2 pon rama ank klate wei

  18. momiyo, memang boto. ado yg dtg daghi ulu kelantan, tu yg kok conggitu poghangai ehh. macam boguk.

    tapi den tau, tak sumo fans kelantan camtu, yo tak.?

    player yg main ateh padang, kito kek luar ni jgn la botumbok luar padang. Islam takdo camni dok botumbok yo. professional la sikit bai.!!

    • demo mari kelate nih baru demo blh kecek. ore pandai2 lahir dri anok2 kelate. mu nok bukti? mu kelih jah quote pelajar2 utk smua IPT dale malaysia malah luar negara. UPM, USM, segalo-galo “U” mmg rmai anok kelate. di KL nuh rmai org kaya2.. keta mewah2… logik nih ore kelate jgk di KL nuh. kalu tiba hari raya.. kosong KL, sbb mmg ramai ore kelate sano.. mu tunggu tepi jalan kuantan-KB .. bersusun kereto mewoh2 menuju ke kelate. mu cap kurap kecek tok tau gapa satu jgn kecek. maroh kokre

  19. apa akan terjadi sekira nya kelantan gagal lagi tahun ni..ada kah fan anda boleh menerima keputusan atau tragedi lepas akan berulang lagi..sama2 kita tggu..aku cabar anda !!

    • tok perlu cabar la boh. kalu anok2 kelate supo anok2 negeri lain. tok banjir stadium tu, bina la stadium 200k blh muat pun.. PENUH. dari dulu lagi memang rezeki kelate nak menang payah, dari dulu sampa la hari ni anok2 kelate tok pernoh jemu2 penuhi staium utk sokong!!

    • anok2 kelate sentiasa terima pejuang2 dio walaupun kalah. anok2 kelate tok terimo kalu pengadili tok betol maso permainan. start dari tahun 2009 sampai 2010. kalau mu nak tahu, mu tgk semua keputan pertemuan kelantan dgn n9, kebanyakan gol n9 tercipta dari sepakan panalti.. mcm ado tidak adilan dale setiap perlawanan lagutu. puok N9 nih byr pengadil ko lagumano?. perlawanan semalam pengadil tlg N9 kasi panalti.. penyokong N9 duk tunggu penalti je setiap detik perlawanan, tp tak hadir2 yer.. kalah camgitu je N9.. kaji je prlawanan lepas2.. semua penalti je.. haprak!!

    • tahu berkokok je,jaguh dlm reban..malu ah

  20. cabar dlm internet sesen pon x guno eh rencour. jgn suka bercakap besar,sendiri yg rugi. gomo klate gomo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>