p5rn7vb

FAM akan putuskan jumlah, harga tiket Final Piala FA


Final Piala FA 2013 | Kelantan vs Johor Darul Takzim

PENGERUSI Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM belum memutuskan jumlah tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 29 Jun depan.

Menurut Hamidin, JKPT akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan jumlah cetakan tiket dan pengagihan bagi pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim.

Beliau bagaimanapun memberi bayangan jumlah tiket yang akan dicetak mungkin tidak melebihi 85,000 keping.

“Kami masih belum memutuskan jumlah tiket yang bakal dicetak, mungkin tidak melebihi 85,000 keping walaupun Stadium Nasional mampu menampung jumlah penonton yang lebih besar.

“Langkah ini bagi memastikan beberapa aspek dapat dikawal termasuk keselamatan,” jelas beliau.

Sementara itu Hamidin menafikan dakwaan yang mengatakan aksi Final Piala FA 2013 akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 29 Jun ini.

Sebaliknya beliau berkata, final Piala FA antara JDT dan juara bertahan, Kelantan tetap akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurutnya, pemilihan SNBJ untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.

“Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar.

“Lagipun, tiada sebab untuk kami mengubahnya ke Stadium Shah Alam kerana Stadium Nasional sudah terbukti mampu mengendalikan perlawanan yang ramai penonton.

“Walaupun Stadium Bukit Jalil beberapa bulan ditutup kerana kerja-kerja membaiki bumbung stadium, tapi saya melihat semuanya berjalan lancar termasuk tahap pencahayaan yang memuaskan,” kata Hamidin.

51 Responses to FAM akan putuskan jumlah, harga tiket Final Piala FA

  1. FAM kali ni biarlah adil..Kalau tdk mahu dtegur KJ lg

  2. jdt bakal menang mudah…takat tim budu tu apa la sgt…

  3. I LOVE MALAYSIA

    JDT AKAN MENANG.. SEBAB MEREKA TEAM LANUN.. AMBIL PLAYER TEAM LAIN MACAN LANUN

  4. Kaki Pakau...BODOH

    walaupun team budu….semua piala dah dapat….Johor FC(JDT)…..habuk satu pialapun belum dapat….telur TMJ ada ler!!!!!!He3.

  5. harimau mngaum

    komen2 camni le yg dikatakan provkasi… mnyebabkn pergduhan pnonton… best tgk pnoton bersorak tuk team masing2….

    • Bodoh lah dorang ni semua. Pasal bola je asik nk berkelahi satu sama lain. Mmg tak kemana le bola mesia. Aku yang buat tiket, dari melalak tak keruan baik tlg aku baru tau susah ke sng. pirahh

  6. Yeop_Pilih_TRW

    29/6/13….TRW….jgn risau pasti menang punya kerana jdt tak sekuat mana,27/4/13 yang lalu YEOP dah titik 3-0….itupun sebab kesian.. ..kalau tak mesti lebih dari setengah dozen ….Go More Kelantan Go More…..TRW…2-KOSONG jdt..Insya-Allah…..Aminnnnnn!!!!!!

  7. Kalau tak serupe degn ckp kau 2-0 tu@ menang, aku rase kau elok pegi medan gopeng dpn warung satey pak suitnoh tu kau buat tarin pakai spender je ok? Aku cabor ko kalau gentle. kalau gentel kau dok uma gentel telor je.

  8. johor darul takzim MEMANG SEDO SEDO BELAKO

  9. JDT……JOHOR DAH TEWAS!!!!!

  10. Batang Berjuntai

    TRW…Trouble, Rubbish, Wrong (eh,,, terlebih sudah)

    • Batang Panjang

      Akan dtg ni Abis Lah TRW kalau Lambat bertindak, Tmpt Lain dah Start Guna Rumput Sintetik. byk tempat dah Start. Jhr dah tigo. TRW bilo lg yek?

  11. Batang Berjuntai

    TRW… Trouble, Rubbish, Wrong

  12. Sebelum lawan dah tewas……..jdt(johor dah tewas)…….Aminnnnnnnnnnnnnn!!!!!!

    • yaka?ooooo ttengok lah siapa kalah.okeh. ayat ang ni orang simpan semua. Bcakap jgn geybang. Kalau menang tuh, ang pi lari bogel kat bukit jalil okeh. aku cabar.

    • Batang Panjang

      Tewaslah sgt, wei bodoh, nak harap team ko tu ape lg xmampu nk gugat singa. team ko tu dah jd sampah je skg.memalukan malaya,dah harimau malaya incut2,yg score pun skuad jdt. harimau malaya=harimau selatan. ditakuti singa. Faham doh? buahhahaahaha

  13. Batang berjuntai&Batang panjang….dua2 tak ada …..TELUR!!!

  14. Actually,JDT is my team.

  15. Batang Berjuntai

    Aku nak beli baju Safee Sali(JDT) Kat Sngor mana ada jual? Cap kijang dah kusam dlm tong sampah.

    • Batang Panjang

      Tah, kat uptown dgn downtown ada kot. Aku pakai baju selangor rilek je time tgk johor fa kat selayang. dok kat penyokong johor. drg rilek je mcm xda ape. kbetulan aku main liga selangor & aku saje je nk test drg berani ke x usik, ternyata drg xganas dgn aku sbb aku otai kat johor.hahahahar

  16. Gua……..tak boleh pakai jersi Liga M….GATAL…..He3!!!!

  17. sySakinnnnnnah

    tahun nih kelate yg juara double- piala FA dan Piala Malaysia…

  18. woi sySakinnnnnnnah x yah nak poyo sangt lh, kali niJDT confirm menang besar.Support B.O.S

  19. Jangan mimpi……….ler boboi tadika boy….lawan pahang itu haripun harapkan gol tempat lawan…..Tungguuuuu………..jangan over!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>