Sunday, 14/04/2013


Muka lama barisi skuad Negeri Sembilan

Published on January 8, 2010 by   ·   No Comments

JUARA Piala Malaysia, Negeri Sembilan tidak akan membuat rombakan besar dalam barisannya apabila berdepan juara Liga Super, Selangor dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu ini.

Sebaliknya, jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan, yang mengekalkan hampir keseluruhan pemain musim lalu, berkata dia lebih memberi tumpuan untuk memperkemaskan lagi strategi dan jentera serangan bagi memastikan setiap peluang berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain.

“Tiada perubahan ketara yang akan saya lakukan untuk perlawanan itu kerana ia boleh mengganggu rentak dan persefahaman mereka.

“Lagipun skuad kali ini dianggotai hampir keseluruhannya pemain musim lalu yang sudah terbukti mampu menggalas cabaran pasukan. Malah, saya nampak perubahan positif yang ada pada mereka selepas mengadakan perlawanan persahabatan di Bandung, baru-baru ini.”

Bekas jurulatih kebangsaan berasal dari Johor itu mahu anak buahnya memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk menundukkan Selangor, sekali gus melakar satu lagi kejayaan selepas merangkul Piala Malaysia tahun lalu.

Bagi Wan Jamak, kelebihan yang ada itu tidak harus disia-siakan sekali pun mengakui Selangor bukan calang-calang pasukan.

Wan Jamak mengakui antara pemain yang bakal menjadi percaturannya Sabtu ini adalah Rezal Zambery Yahya, Mohd Shukor Adan, Idris Karim dan Shahurain Abu Samah.




Related posts

coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News