Sunday, 14/04/2013


Prebiu KL Plus-Selangor: Devan perkukuh benteng tangani ‘set piece’

Published on January 16, 2010 by   ·   No Comments

KEGAGALAN menangani set piece sepakan percuma menyaksikan juara liga, Selangor terpaksa bergelut sebelum bangkit menewaskan lawan mereka dalam dua perlawanan awal Liga Super sebelum ini.

Sehingga kini dua gol yang mereka bolosi tidak menjejaskan skuad Merah Kuning, dengan dua tandukan menerusi sepakan percuma ke dalam kotak penalti mencipta gusar buat seketika sebelum meraih kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan dan 4-1 ke atas Kuala Lumpur.

Namun, kecenderungan untuk bolos gol awal pastinya membimbangkan jurulatih K Devan yang menekankan aspek defensif pada latihan menjelang perlawanan menentang KL Plus, malam ini.

“Perlawanan esok (malam ini) agak menarik dengan kedua-dua pasukan belum tewas setakat ini. Kecuali Farderin Kadir, pemain saya semuanya cergas dengan kami akan menurunkan semula P Gunalan selepas pulih daripada kecederaan,” kata Devan.

Kealpaan yang ditunjukkan sebelum ini pastinya dihukum KL Plus yang diketuai kapten skuad senior kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah.

Norhafiz yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan pembukaan musim, kembali mengemudi pertahanan pasukan kelab itu ketika seri tanpa jaringan menentang T-Team, Rabu lalu.

Namun pengendali, Mat Zan Mat Aris berdepan masalah tersendiri dengan menunggu sehingga lewat petang semalam untuk menentukan sama ada dapat menurunkan penerima Anugerah Kasut Emas musim lalu, Mohd Nizaruddin Yusoff berikutan masalah kecergasan.




Related posts

coded by nessus

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News