Thursday, 24/09/2020


Sathia ingatkan pemain waspada ancaman Singa Utara

Published on May 22, 2010 by   ·   No Comments

KELANTAN berpeluang untuk terus menghambat kedudukan Selangor selaku pendahulu Liga Super apabila melayan kunjungan Perlis di gelanggang sendiri malam ini.

Ketika Selangor kehilangan jurulatih mereka, K Devan dan tiga pemain utama, Razman Roslan, Hardi Jaafar dan Safee Sali akibat digantung, Kelantan seperti tidak ada jalan lain kecuali perlu mengatasi Perlis bagi membuka semula saingan perebutan takhta liga.

Beraksi di kandang keramat sang Kijang, Stadium Sultan Muhammed IV, Kelantan seperti tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Perlis selain mendapatkan semula khidmat Akmal Rizal Rakhli yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Begitupun, pengendali Kelantan, B Sathianathan mengingatkan anak-anak buahnya supaya tidak mengambil mudah perlawanan tersebut jika mahu terus mencabar kejuaraan musim ini.

“Beraksi di laman sendiri adalah suatu kelebihan tetapi pemain perlu memberikan komitmen penuh serta jangan ambil mudah untuk memastikan kelebihan tersebut menjadi milik kita.

“Tiga mata perlu diraih jika kita bercita-cita mahu terus memberikan tekanan buat Selangor dan saya kira para pemain kini berada ditahap terbaik untuk terus bersaing,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya mengenai peluang pasukannya pada perlawanan malam ini, Sathianathan berkata, keupayaan Perlis tidak boleh dipertikaikan kerana mereka mempunyai rekod yang agak baik di gelanggang lawan.

“Perlis bukan lawan yang calang-calang, mereka sebuah pasukan yang kuat dan pernah menewaskan Kedah di gelanggang lawan pada pusingan pertama lalu.

“Selain itu, mereka memiliki pemain yang berpengalaman dan tonggak muda yang berbakat seperti K Soley, Fauzi Nan, Mohd Fakri Sa’arani, Mohd Fariza Marlias dan beberapa lagi pemain yang pernah mewakili skuad kebangsaan,” ujarnya. — Kosmo




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News