Tewas kepada Liverpool, Sunderland dan terbaru Birmingham

NASIB malang terus menghantui Chelsea apabila mengalami kekalahan ketiga berturut-turut (kesilapan laporan akhbar Kosmo - yang sebenar adalah tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir) dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Selepas kecundang kepada Liverpool dan Sunderland, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu tewas mengejut 0-1 di tangan Birmingham City malam tadi.

Kekalahan tersebut sekali gus membuatkan The Blues kini semakin tertekan dalam usaha mereka untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu.

Ketika ini, Chelsea masih kekal selaku pendahulu liga, namun berkongsi 28 mata dengan Manchester United yang menghuni tangga kedua.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium St Andrews itu, Lee Bowyer muncul wira Birmingham apabila dia meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-17.

Di Old Trafford, United terus memberi tekanan kepada Chelsea selepas tidak berdepan laluan sukar bagi mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic.

Tonggak pertahanan, Patrice Evra membuka tirai jaringan United pada minit ke-45 sebelum penyerang muda Mexico, Javier Hernandez meledak gol kedua pada minit ke-77.

Di Stadium Emirates, Arsenal gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 2-3 kepada Tottenham Hostpur.

Di Bloomfield Road, Blackpool tampil dengan aksi bertenaga bagi mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Wolves.

Di Stadium Reebok, Bolton Wanderers berpesta gol apabila menewaskan Newcastle United 5-1.

Di Stadium The Hawthorns, Stoke City mencatat kemenangan bergaya apabila membenam cabaran West Bromwich Albion 3-0. — Kosmo




coded by nessus

Main topics: Liga Perdana Inggeris

Sub topics: , , , , ,


Readers Comments (1)

  1. Mizuiero

    hahahahaha..
    pdan muka chealsea…

     Reply