Kemenangan 2-1 ke atas MSK Zilina sudah cukup buat Chelsea muncul juara kumpulan
CHELSEA bangkit daripada ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas kelab Slovakia, MSK Zilina, pada saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Gol pada separuh masa kedua oleh Daniel Sturridge dan Florent Malouda meletakkan Chelsea di tangga teratas kumpulan F selepas pasukan pelawat memperoleh gol awal menerusi Babtounde Bello pada minit ke-19.
Chelsea kelihatan agak goyah di bawah pimpinan pengurus, Carlo Ancelotti kebelakangan ini selepas penyingkiran pembantunya, Ray Wilkins.
Di dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F, Marseille mengesahkan laluan ke pusingan kedua apabila berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas Spartak Moscow dan akan bertemu Chelsea pada perlawanan terakhir nanti.
Related posts
- Prebiu Chelsea vs Stoke City
- Video Chelsea 4-2 Reading [EPL 2012-2013]
- Real Madrid, Chelsea mara ke suku akhir
- Misi peribadi MU, Chelsea
- Chelsea Juara Piala FA 2012
- Manchester City lebur rekod tanpa kalah Chelsea
- Manchester United benam Chelsea 3-1
- Drogba sedia tinggalkan Chelsea
- Torres lega akhiri kemarau jaringan
- Chelsea berpeluang pintas United
Main topics: Liga Juara Eropah
Sub topics: Chelsea, Liga Juara Eropah, MSK Zilina