Chelsea Juara Piala FA 2012

Chelsea Juara Piala FA 2012
Chelsea Juara Piala FA 2012

FINAL Piala FA: Chelsea tumpaskan Liverpool 2-1

CHELSEA muncul juala Piala FA buat kali ketujuh dengan mengatasi Liverpool 2-1 di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Dengan mempamerkan permainan cemerlang dan bertenaga sejak awal pertemuan, gol Chelsea dijaringkan pada minit ke-11 oleh Ramires dan disusuli menerusi jaringan Didier Drogba pada minit ke-52.

Liverpool yang dilihat kurang menyengat di peringkat awal perlawanan, hanya menjaringkan gol pada minit ke-64 menerusi Andy Carroll.

Carroll sekali lagi menanduk bola ke arah gawang, kira-kira 15 minit kemudian dan mencetuskan kontroversi, tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Chelsea.

Penjaga garisan juga memutuskan tandukan Carroll tidak boleh dianggap sebagai gol.

Get the Flash Player to see this content.

Liverpool yang gagal mempamerkan prestasi cemerlang dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, sekali lagi terlepas peluang untuk menambah gelaran.

Februari lalu, Liverpool memenangi Piala Carling selepas menewaskan Cardiff City menerusi penentuan penalti.

Kemenangan Piala FA juga bermakna bagi pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo, dan sudah pasti mahu menggunakan kejayaan terbaru ini sebagai bekalan untuk memburu gelaran Liga Juara-juara.

Di Matteo, 41, pernah menang Piala FA dua kali atas kapasiti sebagai pemain tengah Chelsea iaitu pada 1997 dan 2000.

Kejayaan merangkul Piala FA satu lagi perkembangan baik bagi Chelsea.

Di bawah kepimpinan Di Matteo, Chelsea telah mempamerkan perkembangan menakjubkan sejak pertengahan Mac lalu - mara ke perlawanan akhir Piala FA dan Liga Juara-juara selain berada di tempat empat teratas EPL.

Drogba seals cup glory, Cech the hero

Chelsea won the FA Cup, 2-1 win over Liverpool, but had to rely on a wonder-save from Petr Cech to keep out Andy Carroll. Ramires and Didier Drogba had given the Blues the lead, before Carroll got one back and then saw his header clawed out.

Didier Drogba became the first man to score in four FA Cup finals as Chelsea overcame Liverpool at Wembley thanks to another massive goal-line controversy.

The Blues appeared to be cruising when Drogba scored at the start of the second half following Ramires’ early opener, but the arrival of Andy Carroll turned the game on its head.

The burly Liverpool striker smashed home a superb goal not long after his arrival, then, with nine minutes left, rose to meet Luis Suarez’s cross at the far post. Carroll was convinced he had scored, with Suarez equally certain the ball had crossed the line before Petr Cech clawed it back onto the crossbar.

Lihat Video Chelsea vs Liverpool | Keputusan Final Piala FA 2012

Chelsea Juara Piala FA 2012

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>