Penjaga garisan EPL mengaku silap, mohon maaf benarkan gol ofsaid
Wigan 1-2 Chelsea | EPL 2011/2012
KETUA pengadil, Mike Riley memohon maaf kepada Roberto Martinez selepas mengakui kesilapan di pihak penjaga garisan, Dave Bryan ketika pertemuan Wigan Athletic menentang Chelsea, Sabtu lalu.
Martinez yang menerima permohonan maaf Riley berkata, pihak FA menerima teguran yang dibuat dan telah mengakui kesilapan tersebut.
“Riley mengakui tahap pengadilan dalam Liga perlu ditingkatkan lagi dan berharap saya tidak terkilan dengan keputusan yang telah dibuat itu,” katanya.
Pihak FA turut mengesahkan pengurus Sepanyol itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata kasar terhadap Bryan ketika kelabya tewas di tangan Chelsea 1-2 dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dalam perlawanan tersebut, pengurus Wigan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan penjaga garisan yang memberi pasukan Chelsea menjaringkan gol walaupun berada dalam keadaan ofsaid.
Martines yang akur dengan kekalahan Wigan bagaimanapun kecewa dengan tindakan Bryan, yang menganggap keputusan itu tidak adil ke atas kelabnya.
Wigan yang kini berada di kedudukan kedua terbawah liga mengutip 28 mata hasil 32 perlawanan setakat ini, merasakan terlalu banyak ketidakadilan yang menyebabkan kelab itu sering mengalami kekalahan pada musim ini.
Wigan akan bertemu Manchester United dalam perlawanan ke-33 awal pagi esok.
April 11, 2012 - 7:11 pm
FAM berani ke ngaku kesilapan sendiri?
April 11, 2012 - 11:09 pm
Jgn harap FAM nk ngaku silap sejelas mana pun kesalahan di pihak dia. Usahkan nk ngaku, org yg berani pertikai keputusan pengadil pun kena gantung. Inilah realiti FAM skrg
April 17, 2012 - 6:49 pm
Tengok Bagusnya England Punya permainan…
FIFA. Takde pun nak batal perlawanan terdahulu.yang lepas biarkan lepas. FAM tengok skuad muda kelantan kena.. padahal semua ahli jawatankuasa termasuk FAM leka..patutnya dihalalkan saja.. beri semangat sikit,bukannya rugi beri kemaafan.. Renunglah..
April 18, 2012 - 1:26 am
maaf doakan malaysia kalah pertahankan AFF nanti supaya FAM sedar tindakan dan raja adalah tidak betul…
April 18, 2012 - 2:01 am
klau friendly mlysia kalah 20-0 pn,bila wrtawan tnya kamu (org fam) knpe klh teruk sgt,maka jwblh kamu “wlau kalah teruk tp pasukan kita mnunjukn peningkatan” itulh jwpan yg terbaik dan alasan paling popular.nk kutuk tkut kena gntung.hbs tu smpai bila nk maju tuankuuuu….
April 23, 2012 - 7:54 am
kita harapkan jgn disebabkn masalah dalaman dialami pasukan harimau malaya tidak semangat n terus mundur ke belakang..majula tok negara n peminat fanatik bola sepak tanah iar
April 23, 2012 - 8:33 am
Jwpn yg lebih selamat jika kena 20-0, jawab je, mujur xkena 30-0, hehe