PEMAIN gantian, Tomas Rosicky menjaringkan gol pada minit ke-92 untuk menyelamatkan Arsenal daripada tanpa sebarang mata di tempat sendiri selepas mengikat Everton 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi ini.
Terdahulu Arsenal ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Leon Osman pada minit ke-12 sebelum Denilson mengikat kedudukan 16 minit kemudian.
Jaringan Steven Pienaar pada minit ke-81 seakan-akan bakal memberi tiga mata penuh buat Everton, namun jaringan Rosicky pada masa kecederaan memaksa Everton untuk berkongsi mata dengan tuan rumah.
Leave a Reply: