Apa lagi alasan K Rajagobal?

Thailand 2 Malaysia 0

KEMAMPUAN skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF bulan ini kian diragui apabila ditundukkan Thailand 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Bangkok, semalam iaitu kekalahan kedua dalam tempoh empat hari.

Sesudah tersungkur 0-1 kepada Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu, apa lagi alasan Datuk K. Rajagobal kali ini selepas kecundang pula dengan jaringan tuan rumah menerusi Prayat Bunya dan Arthit Suthornphit pada minit ke-26 dan ke-81 di Stadium Muang Thong.

Prayat menanduk jaringan sulung Thailand ketika penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias cuba meluru untuk menangkap umpanan bola sepakan sudut dari sebelah kanan manakala Arthit meledakkan gol dengan rembatan kaki kiri dari jarak lebih 30 meter.

Kedua-dua pasukan turut terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain tuan rumah, Adul Lahsoh dan bek tengah pelawat, Aidil Zafuan Radzak mendapat kad kuning kedua dan dibuang padang dalam babak kedua.

Malaysia menurunkan kesebelasan utama yang terdiri daripada Farizal, Bunyamin Umar, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Shakir Shaari, Gary Steven Robbat, Azamuddin Akil, Norshahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Safee Sali selaku ketua pasukan.

Enam pertukaran pemain turut dilakukan Rajagobal dengan memasukkan Ahmad Fakri Saarani, Zaquan Adha Radzak, Khyril Muhymeen Zambri, R. Gopinathan, Baddrol Bakhtiar dan Mahalli Jasuli tetapi masih gagal mengubah nasib pasukannya.

Tiga percubaan terbaik Malaysia menerusi rembatan jauh Shakir dan Baddrol serta tandukan jarak dekat Ahmad Fakri yang mendapat umpanan lintang Gopinathan pada minit ke-70, 74 dan 90 pula sempat dinafikan oleh penjaga gol Thailand.

Sementara itu, kekalahan 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan Sabtu lepas, menyebabkan kedudukan skuad bola sepak negara dalam ranking FIFA jatuh satu anak tangga pada kedudukan ke-163 dalam senarai terbaru yang dikeluarkan semalam. — Utusan

Related Posts

23 Responses to Apa lagi alasan K Rajagobal?

  1. Raja Gubal tidak memilih pemain terbaik negara berddasarkan prestasi semasa, kalau tidak barisan negara akan dipenuhi pemain2 Kelantan. Kerana ego, Raja Gubal sengaja memejamkan mata daripada kekhilafan ini

    • Ayat demo ni bule kiro bengong….jange duk berlagok sangat la ayat tu…. nok tulis gapo2 pun…biar matang skit…ambo pun penyokong RW jugok..

      • setuju nge demo, nate apo nyo ngarut….. koya kuat….

        • Mung duo ekor ni hok mano mung setuju hok mano mung kato mengarut hok mano mung kato mung sokong RW ni heh? Mung pehe ko dok aku kato mggapo tu?

          Aku kato pemilihae pemain tidok berdasarkn prestasi semasa. Ngarut kok mano tu, acu oyak mari. Duke Tron ya sedak mung kato bengong tu - hok mano bengong? Aku kato Raja Saggupal ego - “biar matang sikit” kok mano? Aku doh la panah ati nge Rajo Saggupal ni kaba2 mari pulok duo ekor ni

        • moaza -> Kalu berdasarkn prestasi semasa, penuhla team Malaysia nge pemain Kelate. Tu gapo aku kato. Saloh kok mano pendapat tu? Tu pong mung tok pehe? Baso sekoloh tok abih gini la. Palo letok lutut. Orhe kato mugo laing nyi pehe mugo laing

  2. dia kata sembunyikan kekuatan sebenar dari team lain dah abih modal le tu

  3. kelantan hanya hero di malaysia…kat luar hancur..sama je..

  4. nurul azwan roya jauh lgk bagus dan kreatif drpd kuna atau alex.letih la gini asek kalah je manjang

  5. awop2.. jgn la maroh dier… siang dierrrr

  6. Agaknya senjata UTAMA kita tertinggal kat MALAYSIA…. sebab tu kita kalah… KAK SEMAH rasa RAJAGOPAL x sempat bimbing team MALAYSIA untuk KELAYAKAN PIALA ASIA.. sure kene BUNGKUS awal nie.. HAHAHAHAHAAHAHAHAHA

  7. Indonesia ngan singapore maybe kita bleh tapau tp vietnam n thailand ni yg jd masalah sal 2 team ni yg akan tunggu kite d semifinal t if jika qualified msuk semifinal lah!!! Tngk pde game smalam aku xtaw aper yg ader dlm pala coach raja!!! Clueless…game tawar..xdok urgency langsung… Moga2 akan ader prubahn sebelum sepak mula AFF ni start!!! Coach raja perlu sdar yg sesetengah pemain yg die plih mmg xperform pun thun ni dalm league!!! Jngnlah kira performance 2 thun dlu time menang AFF cup…

  8. Itu sebahgian dari strategi tactical. Biar pasukan lawan over confident. Pastu pasukan Malaysia akan pukul habis2an. Tahap permainan pasukan SEA ni lebih kurang aje. Siapa punya tactical lebih baik dia akan menang. Kuncinya pemain mesti kuat stamina. Kalau ambik pemain tua, nanti putus nafas. Next game pun akan kalah juga sebab experiment belum habis. Mungkin nak cuba penjagal gol pulak jadi penyerang, sebab dia dah biasa dengan gol2 ni.

  9. Alhamdulillah Thailand telah MEMBELASAH Malaysia.. Aku kecewa sebab Thailand hanya mendapat dua gol. Sepatut 3 atau 4 gol. Sekiranya Malaysia kalah memanjang maka penyokong berpeluang melihat KRG meletak jawatan (kalau mahu). kalau tidak kita akan terus kecewa di bwah pimpinan beliau. Di harapkan Hong Kong turut membelasah Malaysia. dan AFF berjaya di rampas oleh negara lain. INSYAALLAH. Majulah bola Malaysia tanpa KRGOBALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

  10. Pemain utama thailand sebahagian besar ada menonton kat atas (x main pun). Diaorang bg team ketiga pun kita kantoi gak. Mimpi lah ko Rajagopal woooiiiii

  11. Pingback: » Saya tidak tertekan - Rajagobal | Sokernet

  12. yg sebenarnye RG ni pilih bulu lineup yg dia senarai kbykn dr bukit jalil….

  13. kepada RG gua harap sgt la lu try ini lineup ye…..
    1.) keeper- khairul fahmi
    2.) cb- aidil & bunyamin
    3.) wb- azmi muslim&mahali jasuli
    4.) DMF- shafiq rahim
    5.) AMF- piya
    6.) winger- wan zack& mat yo
    7.)foward- safee & hai-0
    line up kedua- pemain simpanan
    1.) farizal gk
    2.) fadhli sas cb & nik sharul azim cb
    3.) shakir dmf & badrul bakhtiar amf
    4.) kunalan , azamudin akhil, amri yahya, wan zack, winger
    5.) zaquan, afiq,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>