Rajagobal tetap positif walau Malaysia tewas dua aksi persahabatan berturut-turut

JURULATIH kebangsaan Datuk K.Rajagobal menegaskan beliau tidak tertekan walaupun tewas kepada Vietnam dan Thailand baru-baru ini.

Dalam perlawanan persahabatan dengan Vietnam, Harimau Malaya tumpas 1-0 dan yang terkini, Thailand berjaya menang 2-0 ke atas Malaysia.

Walaubagaimanapun Rajagobal tetap bersikap positif dan menggesa para penyokong untuk tidak bimbang dan berpendapat pasukannya masih mempunyai kelebihan menjelang Piala Suzuki nanti.

“Saya tidak tertekan, setiap pasukan masih mempunyai peluang. Tidak dinafikan Thailand dan Vietnam jauh berbeza berbanding dua tahun yang lalu.

“Namun, itu memberi kelebihan kepada kita untuk lebih bersedia sekiranya bertemu mereka di suku akhir nanti,” kata Rajagobal.

Tambahnya lagi: “Semua pasukan mempunyai peluang untuk menang, begitu juga dengan kita, tetapi kita perlu segera sedar dengan kesilapan yang dilakuakn, kalau tidak susah.”

Penyokong-penyokong Harimau Malaya mula bimbang dengan aksi kurang memuaskan skuad negara namun beliau menggesa semua untuk bertenang dan terus yakin dengan pasukan.

“Saya tak kisah pandangan orang. Tidak perlu panik dan risau. Sebagai jurulatih saya tahu resipi ada pada saya dan saya tahu kemampuan pemain-pemain saya.

“Apa-apa pun, saya tetap yakin mereka mampu memberikan yang terbaik bila sampai waktunya,” katanya lagi.




coded by nessus

Main topics: Bola Sepak Malaysia, Piala AFF Suzuki

Sub topics: , , , , , , , , , , , , , ,


Readers Comments (16)

  1. mokteh

    Aku kagumlah dengan keyakinan rajagopal. 1Malaysia dah gelabah…dia selamba aje. Aku rasa dia memang ada senjata sulit yg tersembunyi ni yg korang sumer tak tahu.

     Reply
    • Mat cherak

      Senjata sulit dia celoh kekeng tu la

       Reply
  2. wan

    mmg raja G ada senjata sulit, dia simpan dlm celah paha dia.

     Reply
  3. Osman

    Yakin la sgt… Dlm perut dia dah kecut tu… Kalah tu satu hal… Game yg sgt teruk la bro..aku rasa malu tgk team juara main mcm tu. senjata apa lg yg ada.. Cer ko sebut..

     Reply
    • mokteh

      Dari segi strategi Rajagopal dah menang. Dia dapat mengkopiuskan lawan. Lawan sekarang tak tahu nak focus kat mana bila lawan malaysia. Kalau depa tau malaysia hebat kat serangan, depa akan kuatkan pertahanan dan sacrifice bahagian tengah sket. Kalau malaysia kuat defence, depa naikkan ramai penyerang dan sacrifice pertahanan sket. Malaysia kalah dgn vietnam dan thailand pun bukan hasil bola jantan….bola pondan2 siam gitu. Ini buleh diuruskan oleh Abe Mi kita nanti. Matyo, Safeee dan shafiq akan betul serasi bila actual game nanti. La ni matyo & shafiq tengah mabuk duit jadi tak lancar sangat pergerakan. Hangpa tengok dengan Hong Kong nanti…Malaysia akan belasah Hong Kong kow kow punya.

       Reply
      • redwarrior

        Aamiiiin. Mudah-mudahan betul telahan kau mokteh, sebab kalau salah, dengan kau kau sekali akan menerima nasib sama ngan K. Raja Gubal -> diboo peminat Harimau Malaya sepanjang zaman (iaitu bab becakap, masyaAllah tak mau kalah tu)

         Reply
        • jo

          stendet la boh sek dio lagu tu belako

           Reply
  4. mek esah

    ” rupa mcm saya, suara pun mcm saya..tp itu bukan saya” ….he he he…gopal gopal

     Reply
  5. redwarrior

    Aku da naik letih ngan Raja Gubal ni sorang. Skarang kita tiada pilihan kecuali bersabor jer ler ngan gelagatnya yang kadang2 tolol, kadang2 menjengkilkan kadang2 menghiburkan. Tidak dinafikan ia mempunyai 40 orang pemain yang bebakat dalam era bolasepakmoden kini, dan aku secara peribadi berasa Haimau Malaya masih jaguh dan tiada tandingan di Asia Tenggara. Tapi yang tak tahannya ialah “permainan” yang dimainkan olah Raja Gubal dengan kita - peminat tegar Harimau Malaya. Balik modal ke dia memainkan perasaan peminat seperti ini? Apa pun, Raja Gubal tahu berapa harganya kalau dia gagal di AFF nanti. Dia tahu sangat.

     Reply
  6. wan

    Kalah dah 1hal. tiada satu jaringan (dlm 3 game terakhir) dpt dihasilkan oleh barisan serangan kononya terhebat masa kini dan selamanya. ini patut diambil perhatian oleh gopal dr dok berlagak handal.

     Reply
  7. line up

    letih la text RG asyik kate dok bt test je dr game lawan vietnam lg asyik test2 tp bila tgk line up erm players yg same je…xkn test lg kot.yg sebanarnye RG ni pilih BUlU……. gua rase la line up RG kena ade perubahan.RG punye statement tiada kompromi tentang pemain tp sbnrnye memang ade cth lihat la..l PIYA pe kurang hebatnye dh terbukti sehinggkan diiktiraf salah sorg mf terbaek asia tp RG x nampak pun tu semua…pengurusan fam pun buta agaknye bg sy gandingan piya dan shafiq rasenye terbaek lg kot… cthnye shafik bermain defensive mf n piya bermain attacking rase mantap kot.. ni dia RG tgk line up gua Lu buka mata jgn dok pilih bulu..ini maruah negara… cth apek gk aidil cb bunyamin cb , mahali lb, azmi muslim rb, shafiq dmf piya amf mat yo & wan zack winger, safee & hai 0 forward

     Reply
  8. line up

    geram tul game semalam RG ko jgn pilih bulu la cara ko ni pemerintah kroni ko buta ke tgk piya walau aku ni org johor aku tabik kat piya tu n dh terbukti di mata pemerhati bola sepak asia mengatakn piya adlh mf yg terbaek lg satu aku tgk mcm Hai-0 walau kuda tua rasenye hebat lg kt dan aku mau tegur kepada safee memang x dinafikan anda pemain yg hebat tetapi ada satu tabiat anda tolong ign tamak bila bola di kaki.lu bkn C.Ronaldo tlg la klu lu x ubah care lu hbs la.sbb lu bkn pemain yg blh control bola mcm c.ronaldo messi or pirlo. sory to say kutukan ni membina ye.ubah la safee sali cara anda sbb anda mmg hebat tp klu anda tukar sikap anda tidak terlalu tamak ofcoz anda lg hebat…

     Reply
  9. imi

    tgkkan sahaja… xperlu kata apa2…. jenis ni lebih kuat berbelit dr ular….B-)

     Reply
  10. udenn

    rAJAGUMPAL: “SAYA TAK RASA TERTEKAN KALO ITU TEAM MALAYSIA KALAH KE…KENA BELASAH KE,,. JATOH RANGKING KEE……YANG BULEH BUAT SAYA TERTEKAN KALO ITU JAWATAN COACH KENA PECATTTT…..”

     Reply