Olimpik 2012: Kim Swee tetap positif walau tewas di tangan Syria
PENGENDALI skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berpuas hati dengan aksi dipamerkan anak buahnya walaupun tewas 0-2 kepada Syria, malam tadi.
Katanya, pemain sudah memberikan permainan dan komitmen tinggi terutamanya pada babak pertama, namun keletihan menyebabkan mereka terlepas peluang mengutip sebarang mata.
“Kita bermain amat baik pada separuh masa pertama namun menuju ke babak kedua pemain semakin keletihan.
“Bila letih, kita cepat hilang tumpuan dan hasilnya kubu kita dibolosi oleh dua jaringan pasukan Syria,” katanya ditemui sejurus tamat perlawanan.
Kim Swee mengakui pasukannya tidak mempunyai cukup masa menjalani latihan berikutan baru tiba dari Jakarta, pagi Isnin lalu.
Di samping itu, ketiadaan beberapa tonggak yang cedera (Fadhli Shas) dan (Irfan Fazail) merencatkan perancangan pasukan berdepan Syria.
“Saya harap Baddrol Bakhtiar dapat bersama kami, tapi ini bukan pasukan Bawah 23 Tahun Negara.
“Kita harus realisitik, tapi saya jangkakan Fadhli, Irfan dan beberapa pemain lain yang cedera dapat turun menentang Bahrain, Ahad ini,” katanya.
Video: Malaysia 0-2 Syria | Kelayakan Olimpik 2012
November 27, 2011 - 1:56 am
Bukan ke olympic, format dia boleh ambil 3 pemain luar umur 23 tahun?