Home » 2010 » November

\ \ \ \ \

El Clasico: Barcelona ratah Real Madrid 5-0

Real Madrid turut hilang kedudukan teratas Liga Sepanyol kepada Barcelona BARCELONA membuktikan kewibawaan mereka di Liga Sepanyol selepas menang besar 5-0 ke atas seteru ketat mereka, Real Madrid dalam aksi El Clasico yang berat sebelah di Nou Camp sebentar tadi. Apa yang jelas Real Madrid hanya berjaya memenangi layangan kad amaran apabila lapan pemainnya menerima […]

\ \ \ \ \

EPL: Tottenham benam Liverpool 2-1

TOTTENHAM bangkit dengan dua gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di White Hart Lane sebentar tadi. Selepas ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Martin Skrtel tiga minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, Tottenham hampir merana apabila Jermain Defoe gagal menyempurnakan tendangan penalti untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-60. Namun kehampaan itu […]

\ \ \ \ \

EPL: Cengkaman Chelsea makin kendur

CENGKAMAN Chelsea di persada Liga Perdana Inggeris akhirnya terlerai apabila mereka sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi menentang Newcastle United di Stadium St James Park, sebentar tadi. Chelsea dikejutkan dengan gol awal tuan rumah apabila pada minit ke-6, Andy Carroll menjaringkan gol pembukaan, namun Salomon Kalou menyelamatkan maruah pasukannya daripada terus ditimpa kekalahan apabila […]

\ \ \ \ \

EPL: Manchester United amuk Blackburn 7-1

Pintas Chelsea dan Arsenal naik tangga teratas liga MANCHESTER United melangkah dengan cemerlang pada perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu ini setelah mencapai kemenangan besar ketika menentang Blackburn dengan membelasah lawannya 7-1 di Old Trafford lewat malam tadi. Kemenangan itu membolehkan United mendapat tiga mata sekaligus mengumpul 31 mata daripada 15 perlawanan untuk mendahului carta liga […]

\ \ \ \ \

EPL: Arsenal naik tangga teratas selepas benam Aston Villa 4-2

ARSENAL memintas Chelsea untuk mendahului carta Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan bergaya 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park sebentar tadi. Skuad bimbingan Arsene Wenger itu mengutip 29 mata untuk berada di puncak liga buat pertama kali sejak sekian lama walaupun kedudukan berkenaan mungkin tidak kekal lama jika Manchester United berjaya menewaskan Blackburn […]

\ \ \ \

Ulasan Shebby: Barcelona vs Real Madrid

Pertemuan El Clasico di Nou Camp bakal menguji kewibawaan Mourinho KINI tiba masanya menyaksikan perlawanan bola sepak terhebat sejak final Piala Dunia 2010. Di Nou Camp, dua gergasi bola sepak dunia, Barcelona selaku tuan rumah menanti musuh ketat Real Madrid, awal pagi Selasa ini. Perlawanan dilabel sebagai ‘El Clasico’ tepat dengan gelaran ini kerana menjadi […]

\ \

Piala Suzuki: Rajagobal sekali lagi berdepan ujian getir

SEPANJANG dilantik pengurus skuad kebangsaan, mungkin inilah saat paling sukar buat Datuk Subahan Kamal - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - apabila sebahagian besar khidmat tonggak utama ketika ini tidak dapat digunakan akibat kecederaan. Menjelang saingan Piala Suzuki 2010 bakal berlangsung di Jakarta, 1 Disember (Rabu) ini, Malaysia hilang 10 tonggak utama. Semuanya […]

\ \ \ \

Liga Super 2011 bermula 15 Januari

Perlawanan Liga Super kekal berlangsung pada setiap Sabtu dan Selasa LIGA Malaysia bagi musim 2011 bermula saingan Liga Super akan membuka tirainya pada 15 Januari depan, manakala hari perlawanan kekal pada setiap Sabtu dan Selasa, tidak sebagaimana pengumuman awal FAM yang sebelum ini memaklumkan ia bermula pada 8 Januari dan bakal diadakan pada Isnin dan […]

\

Senarai akhir 22 pemain ke Piala Suzuki 2010 diputus esok

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, K Rajagobal akan memberi kata putus pada Sabtu (esok) senarai terakhir 22 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia ke Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010. Lihat senarai penuh 22 pemain Malaysia Ia susulan keputusan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang memberikan lampu hijau kepada permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyenaraikan […]

\

Senarai pemain Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2010

SENARAI asal pertama 30 pemain Malaysia yang dipilih menyarung jersi skuad negara bagi saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta bermula 1 Disember 2010. Tiga pemain tercedera iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Nasriq Baharom akan diganti dengan pemain lain yang akan diumum oleh K Rajagopal selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan. Lihat […]

\

Piala Suzuki: Penganjur terima rayuan Malaysia ganti pemain cedera

Malaysia dibenarkan ganti 3 pemain yang cedera Hasrat jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K Rajagobal untuk menggantikan tiga pemain tercedera akhirnya tercapai apabila mesyuarat Perwakilan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberi kelonggaran kepada Malaysia menyenaraikan tiga pemain baru. Berita gembira itu disampaikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang hadir […]

\

Tiket Piala Suzuki 2010 mula dijual

PEMINAT yang ingin menyaksikan aksi Malaysia pada kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki di Jakarta, boleh mendapatkan tiket yang telah pun dijual sejak 24 November lepas. Jadual Penuh Piala Suzuki | Carta Kedudukan Kumpulan Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Syarikat SeatAdvisor telah dilantik sebagai ejen penjualan tiket yang sah. Sebanyak 2,300 tiket berharga […]

Page 1 of 9123Next ›Last »