Senarai akhir 22 pemain ke Piala Suzuki 2010 diputus esok

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, K Rajagobal akan memberi kata putus pada Sabtu (esok) senarai terakhir 22 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia ke Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.

Ia susulan keputusan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang memberikan lampu hijau kepada permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyenaraikan tiga pemain baru bagi menghadapi kejohanan berkenaan.

Indra Putra Mahayuddin, Razman Roslan dan A Thamil Arasu dicalonkan jurulatih K Rajagobal sebagai pengganti tonggak skuad bola sepak negara yang tercedera dalam senarai awal 30 pemain.

Khidmat mereka amat diperlukan ekoran kecederaan serius yang menimpa Nasriq Baharom, Ahmad Fakri Saarani dan Norhafiz Zamani Misbah sebelum dan ketika Sukan Asia 2010 di Guangzhou, baru-baru ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>