EPL: Cengkaman Chelsea makin kendur
CENGKAMAN Chelsea di persada Liga Perdana Inggeris akhirnya terlerai apabila mereka sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi menentang Newcastle United di Stadium St James Park, sebentar tadi.
Chelsea dikejutkan dengan gol awal tuan rumah apabila pada minit ke-6, Andy Carroll menjaringkan gol pembukaan, namun Salomon Kalou menyelamatkan maruah pasukannya daripada terus ditimpa kekalahan apabila sebelum separuh masa pertama tamat, dia berjaya menyamakan kedudukan.
Babak separuh masa kedua, menyaksikan kedua pasukan gagal mencari gol biarpun peluang untuk menambah jaringan bagi Chelsea terbuka luas.
Biar pun seri, ia sekurang-kurang melegakan pengurusan Chelsea kerana sebelum ini pasukan kendalian Carlo Ancelotti ini tewas dua perlawanan berturut-turut.
Keputusan malam ini sekali gus menyaksikan pasukan Manchester United mengambil alih kedudukan teratas liga dengan kelebihan dua mata (31 mata) daripada Chelsea.
NEWCASTLE: Krul, Simpson, Steven Taylor, Campbell, Jose Enrique, Routledge, Guthrie, Tiote, Gutierrez, Carroll, Ameobi. (Pemain simpanan): Soderberg, Lovenkrands, Perch, Smith, Best, Kadar, Ranger
CHELSEA: Cech, Bosingwa, Alex, Ivanovic, Cole, Ramires, Mikel, Malouda, Anelka, Drogba, Kalou. (Pemain simpanan: Turnbull, Ferreira, Sturridge, Van Aanholt, Bruma, Kakuta, McEachran.
Luahan Perasaan