EPL: Arsenal naik tangga teratas selepas benam Aston Villa 4-2
ARSENAL memintas Chelsea untuk mendahului carta Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan bergaya 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park sebentar tadi.
Skuad bimbingan Arsene Wenger itu mengutip 29 mata untuk berada di puncak liga buat pertama kali sejak sekian lama walaupun kedudukan berkenaan mungkin tidak kekal lama jika Manchester United berjaya menewaskan Blackburn di Old Trafford selepas ini.
Arsenal yang turun dengan misi mengutip tiga mata penuh selepas aksi terumbang ambing sebelum ini menguasai permainan babak pertama dan mendahului tuan rumah 2-0 sebelum rehat menerusi jaringan Andrei Arshavin pada minit ke-39 sebelum Samir Nasri menggandakan kelebihan buat The Gunners minit ke-45.
Tujuh minit selepas perlawanan bersambung, Aston Villa berjaya merapatkan jurang gol selepas Ciaran Clark berjaya menembusi sasaran ke gawang The Gunners.
Begitupun kedudukan itu hanya bertahan empat minit sahaja apabila Marouane Chamakh menjaringkan gol ketiga Arsenal membolehkan pelawat selesa mendahului 3-1.
Walaupun Ciaran Clark sekali lagi berjaya merobek gawang Arsenal buat kali kedua pada minit ke-71 namun jaringan Jack Wilshere pada minit-minit akhir perlawanan membolehkan The Gunners pulang dengan tiga mata penuh.
July 24, 2011 - 10:32 am
saya benci kalau pemain malaysia tidak semangat bermain kalau baca ni jangan marah ye