EPL: Manchester United amuk Blackburn 7-1
Pintas Chelsea dan Arsenal naik tangga teratas liga
MANCHESTER United melangkah dengan cemerlang pada perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu ini setelah mencapai kemenangan besar ketika menentang Blackburn dengan membelasah lawannya 7-1 di Old Trafford lewat malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan United mendapat tiga mata sekaligus mengumpul 31 mata daripada 15 perlawanan untuk mendahului carta liga ketika ini, dua mata mengatasi Arsenal di tangga kedua.
Penyerang antarabangsa Bulgaria, Dimitar Berbatov meledak lima gol manakala Park Ji-Sung dan Nani masing-masing menyumbat satu gol buat tuan rumah.
Berbatov menjaringkan dua gol pada separuh pertama dan Park Ji-Sung memperoleh satu gol.
Berbatov menambah tiga lagi gol pada separuh masa kedua sebelum Blackburn memperoleh gol saguhati menerusi Christopher Samba.
Manchester United mendominasi hampir keseluruhan permainan dengan gerakan pantas dilakukan rangkaian empat serangkai Berbatov-Rooney-Nani-Park.
Sementara itu, perlawanan lain menyaksikan Manchester City sekadar seri 1-1 menentang Stoke, Everton tewas kepada West Brom 1-4, West Ham menang 3-1 menentang Wigan, Bolton seri 2-2 menentang Blackpool, Fulham dan Birmingham seri 1-1 manakala Wolves berjaya menewaskan Sunderland 3-2.
November 30, 2010 - 1:09 am
mmg hbt arr MU.ak tabik same berbatov.gud luck MU