Undian Liga Juara Eropah 2010/2011

Posted by on Aug 26, 2010 | Leave a Comment

Undian Liga Juara Eropah akan berlangsung awal pagi nanti (awal pagi Jumaat). Lihat Keputusan Undian Liga Juara Eropah Selepas berlangsung tiga pusingan peringkat kelayakan dan satu pusingan final play-off, sebanyak 32 pasukan yang layak bersaing bagi Liga Juara Eropah musim ini, kini menanti penuh debaran undian peringkat kumpulan yang dibahagi kepada lapan kumpulan. Semua 32 pasukan terbabit diasingkan dalam empat... 

Chelsea berlatih di Malaysia tahun depan

Posted by on Aug 26, 2010 | 2 Comments

JUARA Liga Perdana Inggeris, Chelsea, memilih Malaysia sebagai pusat latihan pra musim dalam program Jelajah Asia 2011 pasukan itu, demikian diumumkan oleh Ketua Eksekutifnya, Ron Gourlay. Pada taklimat media mengenai program Jelajah Asia 2011 di sini hari ini, beliau berkata kelab itu akan mengadakan latihan selama seminggu di Malaysia sebelum mengadakan satu perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur. “Sebagai pusat... 

Ferguson kecewa Nani terlepas sepakan penalti

Posted by on Aug 24, 2010 | 2 Comments

Kegagalan Nani bolehkan Fulham curi satu mata SIR Alex Ferguson mengakui Manchester United mungkin akan menyesali keputusan seri 2-2 dengan Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, kelmarin. Kegagalan Nani menyempurnakan sepakan penalti menafikan barisan bimbingan Ferguson itu peluang untuk menjadikan kedudukan 3-1 tatkala permainan berbaki enam minit dan mereka dihukum apabila pertahanan Fulham,... 

Liverpool tenggelam punca di Eastlands

Posted by on Aug 24, 2010 | Leave a Comment

MANCHESTER City membelasah Liverpool 3-0 di Stadium City of Manchester sekaligus menjadikan kemenangan terbesar pertemuan mereka sejak 1937. Pemilik City, Sheikh Mansour sangat bertuah setelah buat pertama kalinya hadir untuk menonton, beliau dihidangkan dengan aksi yang hebat. Gareth Barry membuka jaringan untuk City setelah kesilapan kapten Liverpool, Steven Gerrard yang membiarkan pemain baru tuan rumah, James Milner... 

Manchester City 3-0 Liverpool

Posted by on Aug 24, 2010 | 1 Comment

MANCHESTER City mencatat kemenangan 3-0 ke atas Liverpool, jaringan kemenangan terbesar ke atas lawannya sejak 1937, dua daripadanya dijaringkan penyerang sensasi Argentina, Carlos Tevez dalam aksi di Eastlands awal pagi tadi. James Milner yang beraksi buat pertama kali buat City membuka ruang buat Gareth Barry untuk menyumbat gol pertama pada minit ke-13 sebelum Tevez menambah dua lagi pada minit ke-52 dan 67. Liverpool... 

VIDEO Fulham 2-2 Manchester United

Posted by on Aug 23, 2010 | 2 Comments

MANCHESTER United sekadar seri 2-2 bertemu Fulham di gelanggang lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi. United yang memperoleh jaringan awal pada minit ke-11 melalui Paul Scholes, tersentak dengan jaringan gol penyamaan Brade Hangeland seminit sebelum perlawanan tamat. Fulham berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Simon Davies pada minit ke-57 sebelum Hangeland tertolak masuk gol sendiri pada... 

Fulham ikat Manchester United 2-2

Posted by on Aug 23, 2010 | Leave a Comment

BREDE Hangeland berjaya menebus kesilapannya dengan memadamkan jaringan sendiri selepas menanduk masuk gol penyamaan buat Fulham untuk mengikat Manchester United 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) di Craven Cottage malam tadi. Lihat VIDEO Hangeland berjaya menukar skrip perlawanan dalam tempoh enam minit apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-84 dan berjaya menyelamatkan Fulham daripada mencatat... 

Newcastle 6-0 Aston Villa

Posted by on Aug 22, 2010 | Leave a Comment

NEWCASTLE mencatat kemenangan besar dengan membelasah Aston Villa 6-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park, sebentar tadi. Joey Barton membuka jaringan pada minit ke-12 sebelum pemain England berusia 21 tahun, Andrew Carrol melakar hatrik menerusi jaringan pada minit ke-34, 67 dan 90. Kevin Nolan menghasilkan dua lagi gol buat tuan rumah pada minit ke-31 dan 87 untuk memulihkan kembali keyakinan peminat Magpies... 

Prebiu Fulham vs Manchester United

Posted by on Aug 22, 2010 | Leave a Comment

Fulham vs Manchester United 22 Ogos 2010, 11.00 malam Craven Cottage ALEX Ferguson mengingatkan Mark Hughes bahawa tiada peluang buat Fulham untuk mencatat kemenangan mengejut ke atas Manchester United, pada aksi Liga Perdana Inggeris. Ferguson mahu melupakan memori pahit United dalam dua aksi mereka di Fulham apabila beraksi di Craven Cottage, malam ini. Musim lalu, United tumpas 0-3 di Fulham, apabila masalah kecederaan... 

Giliran Theo Walcott catat hatrik

Posted by on Aug 22, 2010 | Leave a Comment

ARSENAL merakam kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya apabila membelasah pendatang baru, Blackpool, 6-0 di Stadium Emirates, malam tadi. Theo Walcott muncul pemain terbaik Gunners dalam perlawanan tersebut, apabila melakukan jaringan hatrik. Dia membuka tirai jaringan Arsenal pada minit ke-13 selepas menerima hantaran cantik dari Andrei Arshavin. Malang menimpa Blackpool, apabila... 
Page 27 of 32« First...1020...2526272829...Last »