Negeri Sembilan nyaris berputih mata

KEPUTUSAN seri 1-1 ketika Negeri Sembilan menentang KL Plus pada perlawanan kumpulan A saingan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi nyata melegakan jurulatih skuad Rusa, Wan Jamak Wan Hassan.

Wan Jamak berkata keputusan itu sudah pasti dapat mengelakkan pasukannya daripada mengalami kekalahan dan mencapai matlamat mengumpul mata.

“Walaupun saya tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi sekurang-kurangnya Negeri Sembilan dapat mengelak daripada mengalami kekalahan dan mengumpul satu mata berharga,” katanya.

Pada perlawanan itu, jaringan penyamaan ketua pasukan Rezal Zambery Yahya pada minit ke-63 menyelamatkan juara bertahan, Negeri Sembilan daripada tersungkur di laman sendiri.

Terdahulu, KL Plus mendahului menerusi jaringan Irwan Fadzli Idrus pada minit ke-36.

Keputusan itu bermakna Negeri Sembilan kini mendahului senarai kumpulan A dengan empat mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Sementara itu, Wan Jamak berkata masih terdapat kelemahan pasukannya terutama penyudah tumpul yang perlu diatasi.

“Saya akui ketiadaan penyerang kebangsaan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak memang dirasai. Bagaimanapun saya harap dapat perkemaskan kelemahan yang dikenalpasti.

“Saya juga berharap pemain Negeri Sembilan akan bangkit untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Negeri Sembilan akan menentang Selangor PKNS di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 20 Sept ini.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, baib juara tahun lalu, Kelantan kembali mencerahkan peluang ke suku akhir dengan melonjak ke tangga kedua kumpulan yang sama, setelah menghampakan PKNS 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli di Stadium Petaling Jaya.

Namun, perhatian besar persaingan malam tadi kembali terarah ke aksi Kumpulan D di mana juara 2005, Selangor yang berpesta jaringan apabila membelasah Felda United 4-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Gol Merah Kuning dijaringkan oleh Safiq Rahim, D. Surendren, Safee Sali dan Amirulhadi Zainal sekali gus meletakkan juara Liga Super 2010 itu kukuh menerajui Kumpulan D dengan kemenangan kedua berturut-turut.

Tidak ketinggalan berkenduri gol ialah T-Team yang membelasah Perlis 4-0 dengan jaringan hatrik Haris Safwan Kamal pada minit ke-23, 45 dan 86 di samping Rosdi Muda (67) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol Baddrol Bakhtiar memimpin bekas juara dua musim berturut-turut, Kedah memungut kemenangan sulung mereka di Stadium Darulaman, Alor Setar apabila menewaskan Perak 2-0.

Perlawanan Pahang dengan Kuala Lumpur pula terpaksa ditangguhkan berikutan lampu limpah di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang tidak dapat berfungsi.

Related Posts

5 Responses to Negeri Sembilan nyaris berputih mata

  1. negeri 9 bolok………
    xsoh maen bola klu nakot gakk…..

  2. guano maroh tu..

  3. Negeri da best!

  4. Harap2 klate tak lepaih gi q/f..
    N9 terbaekkkk..haha

  5. kita lihat game n9 vs kelate di paroi 3 okt dulu..

    kalu n9 mene sah doh n9 juara kump A..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>