Peter Butler pecat dua pemain kebangsaan
Peter Butler singkir Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dari skuad Terengganu
Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dipecat dari skuad Terengganu
DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.
Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.
Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.
“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.
Menurut Butler, dari segi pasukan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.
Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.
Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.
“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.
“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.
Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.
“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.
“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.
August 31, 2012 - 9:32 am
parop nisam doh la
August 31, 2012 - 9:34 am
bagus tindakan butler…ini caranya nak ajar biar pemain berdisiplin.dia pikir dia hebat,main utk team negara..leh buat apa saja.
GOOD JOB BUTLER
August 31, 2012 - 12:28 pm
SETUJU..MCM MANA NK CARI PENGGANTI SUPERMOKH KLU TAKDA DISIPLIN
August 31, 2012 - 9:41 am
Aduh!! Main pandai tapi disiplin tk dok
August 31, 2012 - 2:16 pm
Main bola nelang, main benda lain pung nelang.
August 31, 2012 - 10:00 am
x rock cetong lagu ni
August 31, 2012 - 10:07 am
Bagi peluang hingga habis piala Malaysia… Baru ambik tindakannya..Da Silva tu tak bagus utk jadi kreatif midfield.. Pikirlah molek2… Kesian ke team kalu Mael dan Muslim tak dok…tengok mcm lawan Kedah.. Hancur bek.. Hancur serangan Trg…
August 31, 2012 - 6:02 pm
ko keje nak kasi peluang jek ….tu yg depa besar kepala tu
August 31, 2012 - 6:29 pm
Peluang mendeee…molek bawok muslim ngan mail gi ngadap Datok mat said…biar dio soal siasat sikit,kalu dok leh jawab molek biar mat said wi nnapor jepung sutir sorang..(tanyo dio nak main ttino ke nak main bola?..bakali lamo doh dok buat keje ni..tp pasal menang dok timbul masaaloh..tp bilo kaloh jerr nak cari kes jerrr ni..nanti mung due orang ni jawablaaa…..
September 3, 2012 - 4:05 pm
peluang? standard kampung otak mu ni…
August 31, 2012 - 10:12 am
Apa yg COACH BUAT tu i setuju..cuma..TAKUT GHANU X LEPAS MASUK SUKU AKHIR dan COACH PUN X DE LAGI DI GHANU…
SAMA2 KITA TUNGGU…
KUMPULAN INI KUMPULAN MAUT..SIAPA YG MAUT NANTI SAMA2 KITA TENGOK…
August 31, 2012 - 2:48 pm
takpe,mungkin ada hikmah dua i.faruqi & muslim kena pecat.
skang pon prestasi terengganu tak menentu, boleh jadi berkaitan soal2 disiplin.
ni juga peluang p.butler susun strategi untuk mantapkan ganu untuk sekurang2nya menghadapi liga super 2013 yang bakal menjelang.
September 2, 2012 - 11:27 am
Tganu pasukan kuat tapi result teruk dari awak lagi bukan salah coach sebenarnya tapi pemain tak de disiplin tapi coach kena buang. Kalu nok kuat semula kena buat team baru dan kena buang player jahat niii spt faruqi, muslim dll. Insyalah Tganu akan kuat balik
September 3, 2012 - 4:07 pm
Player jahat? berat gelaran tu bai…
August 31, 2012 - 10:25 am
Kerah pale molek 2 org ni…gong ngak..
August 31, 2012 - 10:29 am
muslim ni dh maen lembik….krna dia kita klh truk ngn singapore msa klayakan piala dunia…bkn hbt mn pn…buang trus pn xpe main lmbik
August 31, 2012 - 11:07 am
de jgak yg x stuju ngn PJB,pdhal die bkan islam,yg islam plak nk tegakkn benang yg basah,x de otak btul..skong mne2 coach n pngurusan yg mnitik beratkn soal dsiplin ni kpada smue pemain mreka,,,PJB reject,tp msti team negara buat x tau jer,skong sgt la ngn keje mksiat tu..BODOHHHH…ELOK BUANG TRUS JER..
August 31, 2012 - 12:44 pm
setuju bro.. name jer islam.. bwk pompuan blk hotel.. bwt malu jer.. sebagai public figure, tunjuklah contoh yg baik.. bajet dah hebat ke ape.. ade yg lg HEBAT lah kat dunia nih..
September 2, 2012 - 7:20 pm
dia tindakan tu sbb disiplin..player malaysia mcm tu la ..bajet star si muslim tu bukan hebat sgt pun
August 31, 2012 - 11:21 am
salam..displin and mentaliti tu ptg..ini bkan main bola petang2…ini piala malaysia and wakil negeri..kena la respect pada rules dan work ethic..kita tak pasti lagi betul ke tidak kes ini..tapi kalau betul, tindakan Coach Peter memang profesional..come on la…time tahajud ko g lepak and bawak balik pmpuan..ada moral ke?2 benda dah langgar..agama dan etika sebagai pemain…
August 31, 2012 - 11:31 am
bongok.x dak kriteria.sedeh!
August 31, 2012 - 11:49 am
Jika betul maka Muslim Ahmad kena malu pada nama ler sikit… memalukan agama, bangsa dan pasukan Terengganu sahaja.
August 31, 2012 - 12:11 pm
mail dan muslim..
..wat kijo/maksiat tak mkir,habis malu se kuarga,kampung,daerah,negeri..parak nanang,kes ni ore ingat sapa bilo2..
sian kee team ganu..
August 31, 2012 - 12:34 pm
benda masih samar2. kena dengar dua-dua pihak. jgn terus jatuhkn hukuman dan kata mcm2 sedangkn kita xtau hujung pangkal. tp jika sudah didapati bersalah, tindakn PB mmg tepat.
August 31, 2012 - 1:16 pm
rasanya mu tak leh buang 2 budak tu.butler…serah ko pihak
pengurusan….baik buang che mat jusoh and mat said…tu 2 tu comform tak le main bola….peteh ganu kita.
August 31, 2012 - 2:34 pm
haaakkk.. pulang kul 3 pg & bwk gadis ke hotel?? hahahaha… nama je Muslim tp wat maksiat…. apa2pn, diharap kedua2 pemain ni brtaubat cpt…bkn kerana karier sbgai pemain bolasepak tp kerana Allah… insyaAllah…
August 31, 2012 - 3:10 pm
Memalukan ajer…dah la pemain kebangsaan, pastu org bukan Muslim (Peter Butler) pun tau buat maksiat tu salah…harap pemain lain di Malaysia ambil iktibar…
August 31, 2012 - 3:24 pm
Tuduhan ini berat kepada Muslim & Ismail, ini melibatkan maruah keluarga dan diri sendiri. Mereka berdua amat berbakat dan mempunyai masa hadapan yang cerah dalam bola sepak. Jika dibaca versi ESPNStAr.my dgn Kosmop amat berbeza cerita.
Dlm kosmo, Butler beritahu bawak Balik wanita ke Hotel pukul 3 pagi.
BAwak Balik hotel dengan bawak MASUK BILIK HOTEL adalah dua menda yang berbeza.
Jangan buat tuduhan sebarang Butler, jika hanya terima laporan daripada pihak Hotel. Mungkin pekerja hotel itu dengki dan khianat kepada pemain Terengganu.
Adakah Butler ada cukup bukti beserta dengan gambar yang pemain in bawak Balik wanita ke dalam bilik ?
Atau hanya bawak Balik wanita ke lobi hotel ?..
Jangan aniaya pemain Terengganu. Mereka ada maruah, mereka ada keluarga yang perlu diberi makan. Fikir dengan cerdik. Jangan hukum tanpa bukti kukuh.
September 2, 2012 - 11:35 am
Bodoh mung. Dio buat bukan utk dio tapi utk pasukan kito supaya tganu kuat dan menang piala malaysia. Kita cakap pasal bola.bukan pasal aniaya. Dia nak player cukup rehat dan fit masa lawan kedah tapi player tak profesional ni misconduct bukan aniaya. Bodohhhh mung nok bela org tak de disiplin tolooooool
August 31, 2012 - 3:45 pm
apa kome merepek bagai ni ha?
dengarla komen dari mulut miker sendiri
kalau x silap mak,Ismail Faruqi dah kawin.
jadi,kalau dia nak bawak masuk isteri dia(sekiranya perempuan yang konon diberitakan bawak masuk ni isteri dia la),maka x salah apa2 dalam hukum Islam.
cuma dalam bab disiplin,mak setuju la,yang bawak masuk isteri bila esok nak ade match,buat ape?
apapun,mak ingin menegur,sebagai orang Islam (Islam x komer ni?),baikla dengar dulu penjelasan dan tengok bukti2 yang ada. Janganla terus hukum hanya berdasarkan berita2 macam ni.
Benarla kata nabi,fitnah terbesar adalah di akhir zaman.
Wallahualam(eh eh,macam Abby Abadi PAS pulok).
Jangan mare mak eh Abby Abadi,mak pun alim jugok.eh eh,melalut pulok
August 31, 2012 - 4:34 pm
KKubang molek sek gganu kite…Spatutnyer bendo ni tak patut heboh sampai dalam kelambu..,kalu nak gugurkan mereka berdua ni takyah la citer perangai buruk mereka…buat senyap2 doh la..(ni dok citer pasa bowok ttino ni wak malu ore gganu jah…moral pemain lain pong merudum..payoh.payoh..(Nanti tunggu komen datuk mat said lagu mano?)Siasat dulu…..
August 31, 2012 - 11:39 pm
bolok molek ore ganu hahaha parok cetong !!!!!!
August 31, 2012 - 11:56 pm
Muslim ahmad memang patut lama dibuang. X layak wakil negara. Dia dan mahali jasuli. Bila 2 pertahanan ni masuk u can bet msia kalah. Aku setuju ngan peter butler
September 1, 2012 - 1:12 am
Korang ni laaa….jangan diperbodohkan Mat Salleh yang reti cakap Melayu ni!Dia sedang menyediakan alasan sekiranya Teganung gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia. Ingat - dia yang mempunyai KPI menghadiahkan Piala Sumbangsih kepada Kelantan tempoh hari, gagal melakukannya dan menyalahkan “kekurangan kuasa untuk memilih pemain” sebagai sebab Kelantan tak menang! Banyak citer Mamat ni sorang…. Nasib mu lah Ganu. Mu pun beragah jugok kalu dengang orang Kelatang
September 1, 2012 - 7:12 am
apa2 pun dua2 pemain ni tak patut balik hotel kol 3 pg,sedangkan esok ada game,tak menghormati undanf2 jurulatih dan kawan2 yg lain…kalau mcm ni sikap pemain2 kita tak kemana la bolasepak kita…..
September 1, 2012 - 1:08 pm
good job peter…….ambe sokong keputusan peter… tapi dok best arr kalu tak dop mail ngan muslim dok top arr ganu lagu ni….
September 1, 2012 - 5:51 pm
sibuk molek sek2 barak,bukan player mung hok kena,g mapuh arr barak budu
September 3, 2012 - 4:14 pm
penyu tolol,
balik hotel pukul 3 pagi? teruk team terengganu ni biar player enjoy makan angin bukan pergi main bola, atau dua ekor penyu ni yang macam gampaaaaa….
September 1, 2012 - 6:15 pm
puak Gomo , jange dok campur hal pasukan lain.. kita sama puak pantai timur. Harap admin penyu dapat setel masalah ini segera
September 2, 2012 - 12:11 am
kawe rasa peter butler ni kuat semangat pas. menentang kemungkaran lebih utama.
September 2, 2012 - 12:24 am
Wat balik tino tu masih samar2 lagi kesahihannya.keno ado saksi hok sah.ore kapir x ley jadi saksi tapi balik hotel pukul 3 pagi before match meme kes parok.diiplin tarak.bulih doh koho2 intai team lain musim depe.
Pingback: Peter Butler pecat dua pemain kebangsaan » Oh Gitu Ke !
September 2, 2012 - 3:06 am
Kalau wayne rooney tau cite nii…msti dio mrh mg dio igt dio jah hok main ngan tino….player m’sia biso pd dioo lgi….hbt hbt nm jah muslim…
September 2, 2012 - 11:43 am
Rooney tok bagus lagi. Yang bagus baloteli hayun 3 perempuan sekali gus. Barangkali faruqi & muslim nak ikut jejak baloteli. Tak boleh lah faruqi sebab mung bukang org hitam dan gaji mung cukup utk bini 1 org jeee
September 2, 2012 - 10:32 am
Maksud Hadis, “Sesiapa yang menghebohkan suatu perkhabaran yang dia belum memastikan kebenarannya WALAUPUN perkhabaran itu BENAR, dia telah dikategorikan sebagai PENDUSTA BESAR”.
So, pastikan ia betul2 benar baru kita boleh ceritakan kpd org lain. klw tidak, kita akn dpt dosa percuma wlwpun ianya benar2 berlaku.
September 2, 2012 - 11:21 am
Kemah ustaz mat klaaate kito ..harap2 Peter butler baco hadis ustaz mat royak ni…(w/p dio buke isle)
September 2, 2012 - 12:28 pm
Lg kemas kalu ustaz mat klate dpt tuliskan sekali siapa periwayat hadis tersebut..
September 2, 2012 - 10:41 pm
Na na na na na…. Tghanu kite…
September 3, 2012 - 9:32 am
kemah player ganu sumak gol sebelum game
September 3, 2012 - 10:12 am
rek mok sungguh la.. dop paka kije blake nih..
September 3, 2012 - 12:04 pm
tak kene lansung degan nama… pandai makang pandai simpang la bongokkkk
September 3, 2012 - 5:08 pm
dok rok chetong pok pok nih!!!! benti maing bola jadi nelayang la wehh……. makang ikang lagi bagus pado makang rasuah dale bola niiii…………
September 3, 2012 - 5:45 pm
macam ni la ye…..dalam hidup, selagi hidup…disiplin diri adalah no “wahid”(ikut arab daa). terutama dalam sukan. kalau mokhtar dahari boleh jadi player hebat pada zaman nya. sebab apa
1. usaha keras
2. disiplin
2 elemen ini wajib ada. pernah dengar orang cerita arwah mokhtar dahari menendang bola sorang2 tengah hari. itu yang kita nak. pjb buat lagu tu sebab tengok persembahan yang longlai dari mereka berdua. sarbinee pulak tak pernah belajar dari kesilapan. dok silap2 je. betapa frist nya player terengganu masa final piala malaysia 2011 melihatkan sarbinee lepas bola yang cukup mudah ke dalam gawang. hok ni pulak, “kuit” bola masuk dalam gol. kalau sepak penalti tak masuk…boleh dimaafkan. ni “kuit bola” masuk. tengok pun rasa tok logik. tak ada cara lain ke nak save bola. kata…. keeper malaysia. kalau tolak keluar lepas tu ada orang lain tendang masuk gol, tak pe la boleh dimaafkan. masalah disiplin yg 2 org ni pulak dengar nya dah lama. bukan kat kedah hari tu je. main bola ni dipanggil combat game. stamina kena 100%. so rehat kena cukup. kalu dah balik bilik masa ayam nok berkokok, renung2 kan ye
wasallam
September 3, 2012 - 5:58 pm
pandangan saya (kalu nak dengar la)
1. PJB kena set up team yg mempunyai pemain yg bersemangat dan rajin. tok pandai main sangat pun tak pe, beza team menang dengan team kalah ialah semangat. ingat lagi tak masa fina piala FA 2011 antara kelantan vs terengganu. dari awal sampai akhir . team ganu kalau nak kira dah kalah. tapi sebab semangat manaf mamat, saari dengan hadi. last mint dpt score goal.
2. DCMJ jangan bagi muka pada player yg disiplin “out”. sy rasa dia lagi tahu perangai budak2 tu.
player ganu cukup ramai. boleh katakan tiap2 negeri ada wakil dari player anak kelahiran ganu. cth hai-o, norshahrul, farhan. tak payah susah la kalu 2 atau 3 org tu hilang. yg nak main ramai lagi. akademik bola terengganu pun ramai lahirkan player. ramai lagi hok ada bakat dan disiplin. jgn harap glamer jee
September 3, 2012 - 8:20 pm
bagus sbrinie buat mcam 2 ke peter.jngan pilih peter jadi jurulatih trgganu
September 3, 2012 - 8:24 pm
mazuki patut main dngan trngganu,zubir,farizal.penyerang manaf,hadi.sayap,joseph,shukor.
September 3, 2012 - 8:28 pm
ismail faruqi x brsalah nagn muslim.