Kemalangan tidak jejas fokus Apek


Kereta Audi A4 dipandu Apek remuk di bahagian depan dalam kemalangan di Bachok, Kelantan

INSIDEN kemalangan jalan raya yang menimpa Khairul Fahmi Che Mat tidak sedikit pun menjejaskan fokus penjaga gol kebangsaan itu bagi membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia.

Sebaliknya Khairul Fahmi atau Apek tetap bersemangat menggalas misi memburu kejuaraan treble pertama skuad The Red Warriors selepas terlepas aksi ketika Kelantan menewaskan Kedah 2-1 pada Sabtu.

“Tidak ada kecederaan serius, sebaliknya hanya luka kecil saja. Hendak kata trauma tak juga.. saya masih boleh pandu kereta lagi, cuma terkejut dengan kemalangan tersebut,” katanya.

Apek terbabit dalam kemalangan kereta di Kampung Badak, Bachok kelmarin setelah kereta Audi A4 yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain ketika keluar dari simpang jalan.

Akibat kemalangan itu Apek mengalami luka kecil dan lebam di tangan dan lengan kanan, manakala kereta Audi miliknya pula remuk di bahagian pintu pemandu.

Apek berharap dia dapat pulih dalam tempoh terdekat bagi membolehkannya beraksi menentang ATM di Stadium Selayang malam esok.

“Sama ada turun atau tidak biarlah jurulatih yang menentukannya,” kata Apek.

Related Posts

One Response to Kemalangan tidak jejas fokus Apek

  1. patutla gol ATM tu.. kalau tak Apek dapat save cubaan James tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>