Kelantan diundi dalam kumpulan sukar buru gelaran treble
Piala Malaysia 2012
JUARA Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan bakal berdepan tugas berat untuk mencari kejuaraan Piala Malaysia musim ini apabila diundi dalam kumpulan maut pada majlis Undian Piala Malaysia 2012 yang berlangsung semalam.
Skuad bimbingan Bojan Hodak itu diundi dalam Kumpulan B yang turut dibarisi pasukan jiran, Terengganu, selain juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bekas juara double treble, Kedah.
Lain-lain kumpulan menyaksikan LIONS XII, PKNS FC, Johor FC dan Johor diundi dalam Kumpulan A, manakala penyandang juara, Negeri Sembilan bakal berhadapan Perak, Felda United dan Sime Darby dalam Kumpulan C.
Juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor pula berada dalam Kumpulan D bersama T-Team, Sarawak serta naib juara Liga Perdana yang akan beraksi semula ke Liga Super musim depan, Pahang.
Menurut pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, walaupun pasukannya merupakan juara Liga Super dan Piala FA tetapi saingan dalam Piala Malaysia tidak boleh diambil mudah tambahan lagi diundi dalam kumpulan yang sangat sukar.
“Apabila kita memasuki saingan Piala Malaysia, kekuatan semua pasukan adalah sama jadi kita seperti bertemu pasukan baru walaupun pernah bertemu dalam Liga Super mahupun Piala FA,” katanya.
Terengganu, naib juara musim lalu dianggap pencabar terbesar Kelantan, bukan saja kerana status tradisinya tetapi mereka kini dibimbing bekas pengendali The Red Warriors, Peter Butler.
ATM pula bukan sahaja akan memberi kesukaran kerana baru bergelar juara Liga Perdana tetapi dibarisi dilatih oleh seorang lagi jurulatih yang pernah melatih Kelantan, B. Sathianathan.
Sementara itu pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, undian kali ini lebih terbuka kecuali Kumpulan B yang dilihat sebagai kumpulan maut.
“Sifat ini ambil mudah perlu dikikis, jangan pandang mudah lawan yang dihadapi walaupun Selangor diundi bersama pasukan Liga Perdana, Pahang serta T-Team dan Sarawak,” katanya.
Saingan Piala Malaysia akan bermula pada 24 Ogos ini dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Saingan akhir pula akan berlangsung pada 20 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.
August 3, 2012 - 12:44 pm
Tiada kejayaan bleh dpt dgn mudah..aku harap TRW kekalkan & mantapkan lg momentum..xmustahil bleh ikut jejak Kedah jd juara treble..kumpulan maut mmg slalu ada dlm tournament mcm ni,tgk euro ke world cup ke mmg slalu wujud pertembungan team2 yg sma kuat..semoga TRW dpt lepas group stage dgn cemerlang..player,coach & penyokong perlu fokus utk buat yg terbaik for Piala Malaysia thn ni..Good luck, go go go !!!
August 3, 2012 - 5:36 pm
Juden:memang aku yang atur undi tu supaya klantan,ganu,tentera bagasak peringkat awal ni.padan muka mereka.ha.ha.ha…….
Midin: Syabas betey,inspektor sahab bla.bla…Selangor Boleh!
August 3, 2012 - 11:40 pm
ala…maut la sangat…tengok biase2 je main..semua team berpeluang tuk menang…x denye kuat..le lemah le..kan bola tuk bulat sekali bergolek sapa yang tahu arahnye…
August 3, 2012 - 12:56 pm
skrg yg perlu kita risaukan bukan siapa lawan dlm kumpulan kita, tp barisan pemain terutama barisan simpanan dan jg pemain pinjamn nnt. hrp mereka cpt ada keserasian. lg 1, jika ghaddar kena gantung game, berat jg TRW jika pemain bhgn serangan yg lain masih tumpul
August 3, 2012 - 1:04 pm
relax kalau.. bunyamin ngan amri pun tak kena gantung perlawanan kenapa gaddar kena… maknanya fam tau kalau dua org samseng kena gantung lembik le selangor..piala malaysia ..itu ko agak……..gaye nyo..hilang lagi misi tahun ni….
August 3, 2012 - 3:50 pm
heheheh tahun ini kelantang bungkus hanya tinggal kenangan. Piala Malaysia yang di idam2kan akan diserahkan secara rasmi kepada selangor. Tahniah selangor.
August 3, 2012 - 6:54 pm
budak bru bljar main telur.
August 3, 2012 - 10:50 pm
hahahaha….lucu sungguh…br blaja men telor…mane la dpt idea nih…hhahah
August 5, 2012 - 5:55 pm
pi jauh jauh main telur la kau malaya.. hahaha
August 3, 2012 - 4:48 pm
harap nesmilan kekal PM di bumi n.9..
August 3, 2012 - 6:53 pm
UNTUK JADI JOHAN KENA MENANG DGN SEMUA PASUKAN…X DE JALAN MUDAH…
GKG
August 3, 2012 - 11:32 pm
To be the best u need to beat the best!!!!!! Klu TRW dpt lpas group ni(aku yakin 100% TRW bleh mkn team2 dlm group)…..laluan nak jd champ lbih tbuka!!! Kpd slngor…misi 33 anda simpan thun dpn lah yer!!! Aku support slangor tp bkn slangor under irfan xberbakti ni….pd aku team ‘main kotor’ xdak tloq cam ni baik dlam liga kampung jlah beb!!! Pd pengurusn slangor..pleez bring back devan!!!! Apa2 pun thun aku support TRW… hahahahahahahahahahaha
August 5, 2012 - 9:19 am
sedap mulut kata kelate diundi dlm kumpulan sukar.. negeri lain tuh hok sukar sebab diundi dalam kumpulan kelate….
August 5, 2012 - 11:27 am
kelantan tu meme takdok masoaloh la….,tp cian kat ATm ngan ganu la…atm sepatutnya juara liga perdana tak masukla kmpulan ngan klate ni , masuk kumpulan lions12 pasa kat situ ada pasukan 2 pasukan johor.(jadi 1 slot klate dan booking maknanya 1 slot lagi berebut la 3 team lagi tu.ha.ha.ha….(Komfiden ni…)